HIMPUNAN AMAN MEMBANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK
ANJURAN PROTES
TARIKH : 6 JULAI 2008 (HARI AHAD)
MASA : 9 PAGI
TEMPAT : PADANG TIMUR, PETALING JAYA, SELANGOR
(BERHADAPAN AMCORP MALL)
HIMPUNAN AMAN MEMBANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK
ANJURAN PROTES
TARIKH : 6 JULAI 2008 (HARI AHAD)
MASA : 9 PAGI
TEMPAT : PADANG TIMUR, PETALING JAYA, SELANGOR
(BERHADAPAN AMCORP MALL)
Walaupun saya berada di Kuala Lumpur semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-12 yang berlangsung selama 4 hari (24-27 Jun 2008), saya tetap dapat mengikuti agenda perbahasan dan pergulungan setelah Paduka Seri Sultan Perak menyampaikan titah Ucapan Perasmian membuka sidang tersebut pada hari pertamanya. Ini adalah kerana persidangan itu dapat disaksikan secara langsung melalui ‘video streaming’ di laman web yang julung-julung kalinya pernah dilakukan kerajaan negeri Perak. Tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang mengambil inisiatif bagi memudahkan rakyat negeri Perak khasnya, dan masyarakat umum di seluruh negara amnya dapat mengikuti persidangan tersebut.IPOH, 27 Jun (Hrkh) - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V. Sivakumar Varatharaju kesal dengan sikap Adun Barisan Nasional Perak yang bertindak memulaukan sidang dewan.
Beliau menyifatkan tindakan pembangkang itu bersifat keanak-anakan, sekali gus tidak menghormati konvensyen parlimen dan tidak bertanggong jawab.
"Tingkah laku mereka membuktikan hanya bahawa mereka semata-semata ingin mencari publisiti murahan dan mendurhaka kepada mandat yang diberikan rakyat dalam PRU-12 lalu," katanya.
Beliau juga menyatakan rasa amat kecewa terhadap sikap sombong dan bongkak Adun BN yang menunjukkan contoh tauladan buruk yang sepatutnya tidak dilakukan oleh mereka yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan mendalam dalam arena politik.
Beliau menasihatkan wakil-wakil rakyat supaya tidak mencari atau membuat kekekecohan di Dewan ketika Titah Ucapan Sultan Perak sedang diperbahaskan.
"Jika mereka daripada barisan pembangkang awal-awal lagi sudah bertindak keluar sidang maka cara tak langsung ia bererti mereka tidak menerima ucapan tersebut," katanya.
IPOH, 26 Jun (Hrkh) :- "Beberapa hari lagi genaplah usia 100 hari usia Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan dalam tempoh ini tidaklah boleh dijadikan kayu pengukur untuk menilai apakah kerajaan ini telah berjaya atau sebaliknya." Ketua Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan juga Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim berkata demikan, sewaktu berucap menyembah ucapan tahniah serta menyunjung kasih atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak di Dfewan Undangan Negeri semalam..
"Adalah tidak adil kalau ada pihak yang ingin menjadikan tempoh ini sebagai 'platform' untuk menilai Kerajaan Perak Darul Ridzuan sekarang sedangkan ianya telah mencapai kemerdekaan sejak lebih 50 tahun yang lampau," katanya.
Justeru itu beliau mengajak semua pihak mengukur kerajaan ini dengan secara adil tanpa mengira fahaman, idealogi, bangsa dan agama. Dan semua pihak telah memikul satu amanah yang berat bagi memakmurkan bumi ini..
"Kita bertanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negeri yang dipilih oleh rakyat di Dun masing-masing. kerana itu kekuatan dan kelemahan dewan ini, penghormatan dan keyakinan rakyat kepada dewan ini sangat bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh Adun-Adun.
"Antara pilihan raya lepas dengan pilihan raya yang akan datang marilah kita memenuhi hasrat rakyat untuk hadir di dewan yang mulia ini bagi mencari rumusan yang terbaik bagi memajukan negeri Perak ini,. berbahaslah secara matang dan bermoral, peraturan dewan yang sedia sudah cukup bagi memastikan dewan ini tidak dipandang serong oleh pelbagai pihak,� ujarnya.
Persidangan dewan kali ini katanya, catat lembaran baru dengan menyiarkan secara langsung sidang dewan untuk ditonton oleh rakyat Negeri Perak sahaja tetapi dutut ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia dan luar negara.
Oleh itu segala tindak tanduk wakil rakyat akan disaksikan dan dinilai oleh semua pihak. terutama generasi muda yang rata-rata gemar berada di depan komputer dan melayari internet akan terdidik dengan suasana dewan ini, jika ianya sentiasa kecoh, bising tidak beradap serta melanggar peraturan bagaimana mereka dapat mencontohi akhlak para Adun.
Mengenai kemenangan Pakatan Rakyat memerintah negeri ini, ia menggambarkan sikap rakyat yang inginkan perubahan dan semua pihak sepatutnya akur dengan kemenangan tersebut.
Sehubungan itu beliau mengucapkan kasih kepada Adun Pangkor yang memberi penghormatan kepada Kerajaan Perak, seperti yang tersiar dalam berita jam 8.00 malam 24 Jun lepas yang turut memberi nasihat dan pandangan secara matang kepada Kerajaan Perak yang perlu menjadi Kerajaan yang baik.
Namun begitu katanya, sesuatu yang malang sekiranya masih ada yang menafikan kemenangan ini apalagi tidak mahu mengiktiraf kemenangan yang telah dicapai dalam proses demokrasi .
"Proses demokrasi manakah lagi yang kita hendak guna pakai kalau keputusan ini masih tidak boleh mendapat pengiktirafan," ujarnya..
IPOH, 27 Jun (Hrkh) - Isu yang direka cipta oleh wakil pembangkang khasnya yang dibangkitkan oleh dua Adun wanita BN, iaitu Adun Sungai Rapat dan Adun Hulu Kinta mengenai tiadanya wanita menjadi exco dalam kerajaan Pakatan Rakyat Perak berjaya 'dipatahkan' oleh wakil kerajaan. Adun Titi Serong ketika 'mematahkan' hujah tersebut memberitahu Terangganu yang diperintah BN juga tidak melantik wanita untuk menduduki kerusi Exco Kerajaan Negeri Terengganu.
Jika kerajaan Pakatan Rakyat Perak ditohmah mengetepikan peranan wanita dalam Kerajaan Negeri, mengapa wakil BN tidak mempertikaikan Kerajaan Terengganu, katanya.
"Sebenarnya wakil pembangkang sudah tiada modal, sedangkan Kerajaan Negeri telah memberikan peranan yang penting kepada wanita dalam Kerajaan Pakatan Rakyat apabila melantik wanita sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri.
"Orang luar puji kita kerana melantik wanita sebagai Timbalan Speaker Dewan, wakil rakyat pembangkang cuba menafikannya," jelas Khalil Idham Lim.
Selain itu wakil pembangkang turut mengaitkan peranan Kerajaan Negeri dalam memilih Ahli Jawatankuasa Kariah dan menuduh PAS telah mempolitikkan masjid untuk kepentingan diri.
Isu tersebut sekali lagi dapat 'dipatahkan' oleh wakil kerajaan yang telah membongkarkan siapa sebenarnya mempolitikkan masjid.
Adun Titi Serong ketika bangun menjelaskan, sebelum ini ahli jawatankuasa kariah ditentukan oleh Umno bahagian.
Tetapi bila Kerajaan Pakatan Rakyat ambil alih pemerintahan, PAS tidak pun bertindak seperti Umno bertindak dahulu. Jawatankuasa kariah yang dilantik terdiri dari ahli PAS, KeADILan dan Umno, katanya.
IPOH, 27 Jun :- Sidang yang bermula pada jam 9.00 pagi tadi seperti yang dijangkakan hangat dengan perbahasan dari wakil penyokong kerajaan dan BN berkaitan dengan tindakan wakil BN yang keluar dewan dalam persidangan dewan kelmarin.
IPOH, 26 Jun :- Semua Wakil Pembangkang mengambil tindakan memulaukan sidang Dewan Negeri pada pagi ini dengan bertindak keluar dewan beramai-ramai. Tindakan ini diambil atas alasan mereka bahawa speaker tidak bersikap adil setelah wakil Kubu Gajah tidak dibenarkan menjadi pembahas pertama.
IPOH, 26 Jun :- Soalan dari wakil Canning kepada Kerajaan Negeri Perak berkaitan dengan pemberian tanah kepada parti-parti politik yang diluluskan bagi tempoh tahun 2004 hingga 2008.
IPOH, 24 Jun :- Bagi memudahkan kerja harian semua wakil-wakil rakyat kerajaan dan pembangkang yang berjumlah 59 orang di negeri Perak, maka Kerajaan negeri telah membekalkan sebuah komputer riba kepada mereka semua.
YB.Tuan Yang Dipertua, saya mewakili Y.A.B Menteri Besar bangun untuk mencadangkan kepada Dewan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Kebawah D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Perak sempena perasmian Penggal Pertama, Dewan Negeri Perak Yang Kedua belas. Usul yang berbunyi:-
NIBONG TEBAL, 22 Jun :- Usaha untuk melemahkan pendidikan pra-sekolah Pusat Asuhan Tunas Islam yang dilakukan oleh pihak yang iri hati dengan keujudannya diyakini gagal sehingga sekarang. Sebaliknya ianya terus mendapat sambutan dari pelbagai pihak. Itulah antara kandungan ucapan ADUN Titi Serong, YB.Drs. Khalil Idham Lim yang hadir bersama isteri semasa meresmikan Hari Sukan Pasti al Qamar di kampung Relau Sabtu lepas.
Drs. Khalil menyampaikan ucapan perasmian.
PARIT BUNTAR, 22 Jun :- Dalam kesibukan masa yang ada namun ADUN Titi Serong telah meluangkan masanya untuk melawat kawasan pusat bandar Parit Buntar bagi meninjau masalah yang dialami oleh peniaga dan pengunjung di sekitarnya. Lawatan yang mengambil masa sekitar 3 jam itu menunjukkan keperihatinan beliau kepada permasalahan dalam DUN sendiri.Drs. Khalil dengan keluarga Tionghua yang membeli-belah.
Sembahyang berjemaah di surau stesen teksi.
Selain itu Drs. Khalil juga meninjau keadaan supermarket Minat dan Billion yang berdekatan. Wakil rakyat yang lebih dikenali dengan YB. Lim oleh warga Cina setempat disapa oleh kebanyakan penduduk yang rata-rata menyedari kehadiran beliau.
Bersama sebuah keluarga India yang menunggu bas ke Johor Bharu.
PARIT BUNTAR, 22 Jun :- Pejabat Pusat Khidmat ADUN Titi Serong membuka lembaran sejarah baru apabila dengan resminya memulai program keilmuan untuk kaum wanita bagi DUN berkenaan. Program yang dinamakan Kuliah Wanita DUN itu diresmikan dengan kuliah pertama yang disampaikan oleh Yg. Bhg. Ust. Ahmad Awang, Bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM).
Ust. Ahmad Awang menyampaikan Kuliahnya sambil diperhatikan oleh ADUN Titi Serong
Drs. Khalil sedang meyampaikan ucapan aluan.
Namun sambil berseloroh beliau menyakinkan hadirin bahawa semuanya bukan hasil rasuah tetapi hasil dari usaha beliau yang selama ini dikenali sebagai peniaga.
Menyingkap usaha yang hampir sama , bekas YDP PUM itu mengatakan beliau juga mengadakan Kuliah Tassawur Islam di Bagan Serai yang telah menjangkau usia 10 tahun yang bermula dari beberapa khemah dan berdirinya sebuah bangunan sekarang.
Kaum Wanita yang hadir sedang mendengar kuliah .
Kupasan Ust. Ahmad Awang dalam kuliahnya berkisar mengenai kepentingan menuntut ilmu. Katanya bila seseorang itu berilmu, dia akan memahami rahsia allah SWT dan sebaliknya, termasuklah memahami masalah kekurangan stok barangan dan kenaikan harga barang.
