17 April 2013

Letupan bom gegar maraton di AS

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



BOSTON, Massachusetts - Dua letupan kuat menggegarkan salah satu acara sukan utama di Amerika Syarikat (AS) kelmarin dengan menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala 150 lagi cedera.

Serangan berdarah itu berlaku semasa acara larian Maraton Boston sedang berlangsung di sini.

Letupan berkembar itu yang berlaku selang 13 saat terjadi lebih sedekad selepas hampir 3,000 orang terbunuh dalam serangan ke atas bandar raya New York, Washington dan Pennsylvania pada 11 September, 2001.

Seorang budak lelaki berusia lapan tahun dilaporkan antara yang terbunuh dalam letupan bom semasa maraton tersebut berlangsung. 

Akhbar Boston Globe menamakan mangsa sebagai Martin Richard manakala bapanya, William bertanding dalam larian tersebut.

Ibu dan seorang saudara perempuannya parah dalam serangan itu.
Rakaman video di televisyen AS menunjukan bom tersebut meletup di belakang deretan bendera kebangsaan negara itu dekat garisan penamat.

Badan seorang pelari berusia 78 tahun berkecai manakala sejumlah penonton terpelanting di jalan raya akibat letupan kuat itu.

Seorang pemilik hotel, Mark Hagopian menyatakan, beliau melihat beberapa cebisan kaki manusia.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Boston, Edward Davis berkata, letupan ketiga berlaku sejam selepas kedua-dua letupan tersebut dekat sebuah perpustakaan tetapi tiada kecederaan dilaporkan.
Menurutnya, sebanyak dua butir bom turut ditemui dan dimatikan pada penghujung laluan maraton sepanjang 40 kilometer tersebut.

Setakat ini, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut.
Jarak antara letupan bom pertama dan kedua ialah 90 meter. Kumpulan Taliban menafikan terlibat dalam insiden tersebut.

"Kami menyokong menyerang AS dan sekutu-sekutunya tetapi kami tidak terbabit dalam serangan itu," kata jurucakap Tehreek-e-Taliban Pakistan, Ehsanullah Ehsan.

Susulan insiden tersebut, Presiden Barack Obama dalam ucapannya di televisyen AS menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang tuduhan berhubung dalang yang melakukan letupan tersebut.
"Kita akan mencari siapa yang melakukan serangan itu. 

"Kita akan membawa mana-mana individu atau kumpulan yang bertanggungjawab ke muka pengadilan," kata Obama.

Namun, seorang pegawai White House memberitahu, letupan berkembar itu jelas merupakan 'perbuatan keganasan'.

Dalam perkembangan berkaitan, tahap keselamatan di bandar raya-bandar raya utama di AS dipertingkatkan ekoran kebimbangan berulangnya serangan pengganas pada 11 September 2001.
Kira-kira 27,000 orang mengambil bahagian dalam larian sejauh 42 kilometer itu.
Ia merupakan antara maraton paling berprestij di dunia. - Agensi

Video Seks: Polis Perlu Tangkap Dan Dakwa Blogger Pro-UMNO

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Blogger pro-UMNO diantara penyebar awal video seks "Mustafa Ali"
Masyarakat Anggap Sebar Video Kerja Umno - Prof Ridhuan

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman melihat, penyiaran video lucah akan mengukuhkan tanggapan masyarakat yang ia merupakan “kerja Umno”.

“Video ini dan video-video lucah sebelum ini semuanya mula diterbitkan blog-blog yang pendirian mereka adalah pro-Umno.

“Begitu juga dengan video terbaru ini yang turut mula ditayangkan oleh pengendali blog-blog politik pro-Umno,” katanya merujuk kepada isu terbaru membabitkan seorang pemimpin PAS.

Menurutnya lagi, Umno perlu mengeluarkan kenyataan mengutuk penyiaran video sebegitu untuk menjauhkan diri mereka daripada mereka yang menyiarkannya.

Semalam Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mengeluarkan kenyataan Umno tidak ada kaitan dengan pembikinan dan penyebaran video lucah Datuk Mustafa Ali.

Peguam Umno, Datuk Hafarizan Harun juga menghantar surat notis meminta Harakahdaily menarik balik penyataan yang mengatakan Umno terlibat dengan video lucah ini.

Ridhuan berkata, berdasarkan kajian beliau sebelum ini juga, hanya sekitar 18 hingga 21 peratus pengundi mempercayai ketulenan video seks lelaki mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan satu lagi gambar lucah lelaki mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Justeru, beliau menjangkakan kesan yang sama akan turut berlaku kepada penyiaran video lucah mirip Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali itu. -HD

Amaran polis jangan sebar video seks dikait pemimpin Pas

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PRDM) akan mengambil tindakan tegas terhadap individu atau pihak yang terbabit dalam penyebaran video seks didakwa mirip pemimpin kanan Pas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sama ada penyebaran itu dibuat melalui laman sosial mahupun dalam bentuk fizikal, kesemuanya akan berdepan tindakan tegas daripada pihak berkuasa.

Katanya, setakat ini tidak ada sebarang tangkapan dibuat dan pihaknya mengeluarkan amaran keras kepada semua termasuk blogger, pemilik akaun facebook dan pengguna telefon bimbit yang memiliki, menyimpan ataupun menyebarkan video itu.

“Kita tidak mengambil kira pelaku di dalam video itu, yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang ialah penyebar video berkenaan.

“Di Kelantan, ada kes video itu dijumpai di Kuala Krai, tetapi kami masih cuba mengesan dan belum berjaya menahan mereka yang mengedar video ini,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini.

Video didakwa mirip pemimpin kanan parti itu dikesan tersebar sejak seminggu lalu di laman-laman sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada golongan pemimpin dan masyarakat.
-SH



Besi datang melayang

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

FotoPetaling Jaya: Ibarat nyawa di hujung tanduk, itu detik cemas dialami seorang wanita mengandung bersama suaminya yang nyaris tercucuk besi penghadang jalan Lebuhraya Persekutuan berhampiran sebuah pusat pameran kereta selepas kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke Puchong, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, pasangan suami isteri terbabit yang menaiki kereta Nissan Slyphy tergamam apabila terlihat sebatang besi terbang ke arah mereka sebelum menembusi cermin hadapan dan nyaris terkena mereka.

Kejadian berlaku selepas sebuah treler menghala ke Kuala Lumpur hilang kawalan selepas tayarnya pecah sebelum merempuh kereta Proton Wira di hadapannya menyebabkan kereta terbabit turut hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan.

Malah, akibat rempuhan terbabit, satu besi penghadang jalan tertanggal dan terpelanting ke arah kereta dinaiki pasangan terbabit di laluan bertentangan.
BESI penghadang jalan terpacak menembusi cermin depan kereta dinaiki pasangan suami isteri.

Isteri pasangan berkenaan yang juga sedang mengandung sebulan, Nuryanti Nordin, 31, berkata, ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Puchong terkejut apabila terlihat satu objek terpelanting ke arah mereka.

metro/-

Masalah Kemudahan Asas di Kg Tg Belipat Belum Dapat Diatasi Sepenuhnya

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

SIBUTI - Kg Tg Belipat berdekatan dengan Taman Negara Gua Niah
merupakan suatu perkampungan yang agak terpinggir. Terletak dalam
parlimen Sibuti dengan penduduknya terdiri dari berbagai suku kaum
yang hidup dalam keadaan yang agak jauh ketinggalan dari arus
pembangunan kalau dibandingkan dengan mereka yang tinggal di pinggir
kawasan bandar.

Masalah utama yang dihadapi oleh penduduk Kg Tg Belipat adalah tiada
infrastruktur dan juga kemudahan asas seperti bekalan air bersih,
jalan raya yang baik dan juga masalah penduduk tanpa pengenalan diri.

Salah seorang penduduk yang dikenali sebagai Ismail mengadu kepada
pihak kami berkaitan dengan masalah dua orang anaknya yang masih belum
memiliki surat beranak walaupun beliau adalah anak tempatan yang
pemastautin di Sarawak.

Disebabkan anaknya tidak memiliki surat beranak menyebabkan anaknya
sukar untuk bersekolah. Pihak sekolah tidak menerima pelajar yang
tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Begitu juga dengan masalah bekalan air bersih yang belum lagi
dipasangkan. Walaupun menerima bantuan tangki air 1Malaysia tetapi
saluran paip air tidak dipasang dalam kawasan mereka. Mereka terpaksa
menadah air hujan atau terpaksa berjalan kaki sepanjang 1 km untuk
mengambil air untuk keperluan harian seperti mandi, minuman dan
mencuci pakaian. Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku lagi dalam
negeri Sarawak yang sudah lama membangun.

Seorang lagi penduduk yang di kenali sebagai Jemaya juga mempunyai
masalah yang sama dengan Ismail. Beliau sudah memeluk Islam melalui
perkahwinan dengan seorang wanita tempatan tetapi masih menunggu
Mykad. Sudah lama beliau cuba untuk mendapatkan Mykad tersebut tetapi
sehingga kini masih belum ada jawaban dari pihak yang berkenaan.
Kawasan tempat tinggal beliau juga menghadapi masalah kemudahan asas
sama seperti Ismail.

Menurutnya lagi, ada ura-ura tanah dan tapak rumah tempat mereka
tinggal sekarang kemungkinan akan diambil oleh pihak berkuasa untuk
digazet menjadi tapak Taman Negara tanpa diberi pampasan. Beliau sudah
beberapa kali memohon rumah PPRT (Program Pembangunan Rakyat
Termiskin) tapi masih belum berjaya dan beliau hampa dengan sikap
pihak yang berkenaan tanpa memberi sebarang jalan penyelesaian.

Kita mengesa pihak yang terbabit atau pihak yang berkenaan segera
mengatasi masalah ini dari berpanjangan. Mereka yang mengadu masalah
ini sangat memerlukan perhatian dari pihak kerajaan agar masalah
mereka dapat diatasi dengan segera tanpa mengira bangsa, agama dan
fahaman politik.

Kerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah ini
amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

Siapa Menteri Besar Selangor?

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


PRU13

PRU13
SHAH ALAM – Sejak Timbalan Pengerusi Pilihan Raya BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan empat calon disenarai pendek sebagai menteri besar sekiranya BN dapat merampas kembali negeri ini, banyak pihak mula berteka-teki.

Baik pengamal media, penyokong BN serta orang awam cuba membuat telahan sendiri berdasarkan maklumat, pemerhatian, pemantauan serta kajian pendek yang dibuat ke atas beberapa calon yang dirasakan layak.

Nama calon-calon yang diumumkan di peringkat Dun diteliti satu persatu dan diperhatikan berulang kali bagi mengetahui siapa yang bakal menerajui Selangor nanti selain melihat kepada sumbangan khidmat bakti mereka kepada rakyat.

Beberapa bulan sebelum ini ada cerita kononnya, Ketua Umno Bahagian Subang, Datuk Ir Muhammad Bushro Mat Johor bakal diangkat sebagai menteri besar Selangor sekiranya BN kembali memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke 3 (PRU13) seolah-olah membenarkan namanya disenarai pendek.

Malah beberapa rakan dari parti pembangkang pernah menyebut, sekiranya BN berjaya mengambil alih Selangor, mereka lebih selesa jika Muhammad Bushro menjadi menteri besar berbanding pemimpin Umno lain.

Ini menunjukkan beliau yang dikekalkan di Dun Paya Jaras itu antara yang berpotensi besar untuk mengepalai Selangor selepas PRU13 kelak bagi mengubah persepsi negatif sesetengah rakyat kepada BN.

Sementara itu, pemimpin Umno Selangor yang dilihat berkaliber dengan jawatan menteri besar adalah calon dan juga penyandang Dun Taman Templer, Datuk Subahan Kamal.

Ketegasan dan kebijaksanaan yang ditonjolkan setiap kali mengambil bahagian dalam perbahasan pada Sidang Dun Selangor menyebabkan beliau dikagumi semua pihak.

Sikap membela dan mengambil berat terhadap rakyat di kawasan beliau yang begitu terserlah itu membawa nama beliau bakal menteri besar Selangor.

Tidak kurang juga Ketua Umno Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M Zin yang dicalonkan di Dun Batu Tiga menentang calon PKR, Rodziah Ismail.

Melihat kepada perjalanan politik dan sejarah keluarganya yang boleh dikatakan 200 peratus menyokong BN, Sinar Harian tidak menolak kemungkinan beliau juga berpeluang bergelar menteri besar Selangor.

Lebih menguatkan lagi apabila beliau dicalonkan di peringkat Dun, bukannya di parlimen walaupun beliau dikatakan layak dan mampu menentang penyandang Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Penyandang dan calon Dun Sungai Burung, Datuk Shamsudin Lias juga ada disebut-sebut sebagai calon menteri besar Selangor.

Orang lama dalam Umno dan BN Selangor dianggap sebagai seorang pemimpin yang cukup tenang dan penuh berpengalaman terutamanya dalam bidang pentadbiran kerana pernah memegang jawatan Pegawai Daerah di Sabak Bernam, Petaling serta Kuala Selangor.

Sinar/-

Serah polis buat siasatan

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


SELAMA - Pemuda Pas Larut kesal dengan tindakan segelintir pihak yang didakwa menyebar beberapa risalah berunsur fitnah kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Pemuda Pas Larut, Mohd Nazri Din berkata, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama berikutan mahukan siasatan menyeluruh dilakukan terhadap risalah fitnah berkenaan.

Menurutnya, dalam masa sama, pihak polis juga perlu mencari dalang di sebalik semua tindakan tersebut dan sekali gus dihadapkan ke muka pengadilan.

“Kita amat kecewa kerana dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi, fitnah seolah-olah telah menjadi bahan kempen,” katanya.

Mohd Nazri berkata, seharusnya pihak yang terlibat perlu mengemukakan dasar-dasar manifesto atau tawaran kepada rakyat dan bukannya fitnah seumpama ini.

“Antara fitnah yang disebarkan dalam risalah tersebut termasuk gambar yang memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu,” katanya.

Mengulas perkara tersebut, Mohd Nazri berkata, gambar itu sebenarnya adalah gambar bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan bukannya Guan Eng.

“Ini adalah satu fitnah yang amat besar terhadap beliau. Saya berharap agar pihak polis dapat melakukan siasatan secara menyeluruh terhadap penyebaran risalah ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan kepada seluruh jentera Pilihan Raya Pas Larut agar dapat memantau pengedaran risalah tersebut.

“Sekiranya pihak berwajib tidak menghalang penyebaran risalah ini, maka jentera kita telah bersiap sedia untuk menghalangnya dengan cara kita,” katanya.

Mohd Nazri (tiga, kiri) bersama beberapa ahli Pas Larut menunjukkan laporan polis dan risalah fitnah yang telah diedarkan di kawasan berkenaan.

Sinar/-

PAS Mendapat Restu Bertanding Di 7 Parlimen Di Sarawak

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUCHING - Datuk Sri Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah
mengesahkan bahawa PAS Sarawak akan bertanding di 7 kawasan parlimen
di Sarawak. Perkara ini telah dinyatakan oleh beliau dalam sidang
media di pejabat PAS Kota Samarahan, Kuching pada hari Ahad 14hb April
2013.

Sebelum sidang media bermula, semua calon yang terpilih telah Bai`ah
bermaksud berjanji untuk taat setia atau bersumpah dengan aku janji
dihadapan Tuan Guru Presiden PAS. Hj Hadi memberi nasihat dan juga
mengingatkan calon-calon PAS agar sentiasa taat dan setia dengan parti
yang telah memberi amanah untuk jadi calon. Jangan mengkhianati amanah
yang telah diberi oleh parti dan juga rakyat.

Kesemua 7 calon PAS telah diberi watikah perlantikan atau surat
pengesahan untuk menjadi calon PAS dalam Pilihanraya Umum ke13 nanti.
Antara lain PAS Sarawak juga mencalonkan golongan bukan Islam dari
ahli DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) Sarawak sebagai calon untuk
parlimen Julau, iaitu Dr Ambrose Labang Jamba. Inilah pertama kali PAS
meletakkan calon bukan Islam sebagai calon parlimen di Sarawak.

Selain parlimen Julau, PAS Sarawak turut mencalonkan Ahli Jawatankuasa
PAS Pusat, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus untuk kerusi Parlimen Kota
Samarahan,  Dr Mohd Jolhi (Batang Sadong), Jurina Mut (Tanjung Manis),
Nani Sahari (Mukah),  Ajiji Fauzan bagi kerusi Parlimen Igan dan akhir
sekali  Robby Tandang (Sibuti).

Kesemua calon tersebut telah mendapat restu dari pimpinan PAS pusat
termasuk juga dari pimpinan PR (Pakatan Rakyat) di peringkat pusat
untuk mewakili PR dalam PRU13 nanti. Kita harap dengan keputusan ini,
semua jentera PR dapat bergerak bersama tanpa mengira dari parti mana
dalam Pakatan yang akan bertanding.

Ahli-ahli serta penyokong PR seharusnya taat, patuh serta menghormati
keputusan yang telah dibuat oleh pimpinan pusat demi mencapai impian
rakyat. Tiada gunanya bergaduh sesama sendiri sedangkan matlamat kita
sama.

Kita tidak mahu mendengar ada sebarang perasaan tidak puas hati
dikalangan ahli serta penyokong PR dalam pembahagian kerusi sehingga
menyebabkan berlaku perpecahan disaat akhir seperti apa yang berlaku
semasa pilihanraya umum negeri Sarawak yang lalu. Hari penamaan calon
hanya tinggal beberapa hari lagi.

Janganlah hanya disebabkan perebutan beberapa kerusi, rakyat jadi
keliru dan tidak yakin akan perpaduan dalam PR. Elakkan perselisihan
faham disaat ini dimana kita perlu bersatu untuk menumbangkan BN.
Belajarlah dari kesilapan yang lalu, agar ianya tidak berulang lagi,
apabila kita berselisih sesama sendiri di saat-saat akhir ini akan
menguntungkan pihak musuh,  Kita sedang berlawan dengan musuh kita
yang sama, maka hindarilah perasaan tidak puas hati tersebut dari
merosakan perpaduan dan persiapan yang telah kita lakukan bersama
selama ini.

Perbuatan mereka yang cuba memecah-belahkan PR seharusnya dihentikan
dengan segera, janganlah disebabkan oleh kepentingan peribada dan
tidak puas hati menyebabkan rakyat terus menderita dibawah
pemerintahan yang zalim selama ini.

Ini kalilah masa untuk kita bersama rakyat menukar kerajaan yang ada
sekarang kepada yang lebih baik.

Bersatu kita teguh, bercerai Pakatan akan runtuh. Sepakat membawa berkat.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

Abby Abadi, Aishah Di Kalangan Empat Golongan Sokong PAS Berbanding PRU Terdahulu - MP Tumpat

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


TUMPAT: Pelakon Abby Abadi dan penyanyi Aishah merupakan di kalangan empat golongan yang semakin menyokong PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13) jika dibandingkan dengan pilihan raya umum (PRU) terdahulu, kata Ahli Parlimen PAS-Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar.
Beliau berkata, sejak akhir-akhir ini terdapat empat kumpulan yang menyokong kuat dan bersama parti.
"Kumpulan yang menyokong kita yang berbeza dalam pilihan raya sebelum ini ialah seperti yang diwakili oleh Abby Abadi pada malam ini (Selasa) iaitu golongan karyawan, artis, pelakon, seniman dan penyanyi berkumpulan.
"Tahun ini... Alhamdulillah cukup ramai bersama kita, pilihan raya sebelum ini, pilihan raya 1999 ada dah, tapi pilihan raya umum ke-13 ini artis-artis menyokong kita secara terbuka termasuk Abby Abadi dan juga Aishah yang akan menjadi calon PAS di Parlimen Jempol," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah sempena majlis melancarkan kempen 'K' (Kekal) di peringkat Tumpat di Kota SPP Warisan di sini, malam Selasa.
Abby Abadi merupakan antara penceramah jemputan selain Exco Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Ketua Dewan Pemuda PAS Tumpat, Rusli Abdullah.
Kamaruddin berkata, ia merupakan suatu perubahan besar kerana golongan artis menyedari martabat, maruah dan peranan mereka jauh lebih tinggi daripada sekadar hiburan 'murahan', berkepentingan yang hanya bertujuan untuk suka-suka dan gembira sahaja.
"Tetapi tidak, seperti mereka (Abby Abadi dan Aishah) mempunyai nilai dan prinsip hidup, ada pegangan agama yang kuat. Tahun ini mereka sanggup terbuka (menyokong PAS) dan ada yang sanggup menjadi calon parti PAS bertanding pada PRU akan datang," katanya.
Difahamkan, segelintir hadirin menunggu kemunculan istimewa Abby Abadi yang dikhabarkan bakal diumumkan sebagai calon PAS untuk bertanding pada PRU-13 sekali gus mengikuti jejak Aishah.
Bagaimanapun, tiada pengumuman dibuat mengenainya sehingga majlis itu selesai pada lewat malam Selasa.
Menurut Kamaruddin, selain golongan artis, tiga yang lain ialah anak-anak muda, bekas tentera dan polis serta bekas menteri yang semakin menyokong PAS.
"Paling hebat yang kita kena akui, berbeza dan lebih daripada pilihan raya-pilihan raya sebelum ini ialah golongan anak muda di seluruh negara.
"(Dan) tahun ini, dah jadi calon, dah umum pun di (Parlimen) Baling, iaitu Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad, bekas Pengarah Kor Agama Angkata Tentera (Kagat). Bagi pesara polis, ialah Datuk Ramli Yusuff (bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman) di Pasir Mas yang mungkin diumum calon, mungkin tidak.
"Sehari dua ini pula, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang disebut-sebut akan isytihar masuk PAS. Dan ada juga seorang bekas Menteri Besar Kedah daripada Umno yang tidak boleh disebut namanya buat masa ini akan mengisytiharkan menyertai PAS," katanya.
mStar/-

Kisah sebenar Umno yang dilupakan

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Saya tertarik dengan tindakan dan kenyataan pimpinan Solidariti Anak Muda Malaysia dan Revolusi 13 apabila mereka dengan berani mengemukakan injuksi terhadap United Malays National Organization (Umno) bahawa parti itu adalah pertubuhan haram.

Cerita pengharaman Umno adalah kisah klasik yang sentiasa diingati oleh orai-otai Umno. Namun begitu, menurut pemerhatian saya cerita ini jarang dan hampir tidak diketahui oleh anak-anak muda yang konon taksub Umno. Tidak tahu mengapa, sama ada ikut membuta tuli tanpa tahu asal-usul atau cerita tersebut disorokkan oleh orang tua mereka.

Asasnya, Umno yang wujud pada hari ini bukanlah Umno asal yang ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Dato’ Onn Jaafar. Umno yang asal telah pun diharamkan pada 4 Februari 1988 mengikut suatu keputusan Mahkamah Tinggi.

Umno yang ada pada hari ini adalah parti politik ciptaan Dr Mahathir dan dikenali sebagai Umno Baru.

Dalam membincangkan isu ini, semua orang pasti sedar Dr Mahathir adalah seorang ‘political animal’ yang begitu oportunis. Umno Baru ciptaannya ditubuh bukan setakat untuk memastikan kuasa parti konservatif itu dapat diteruskan tetapi juga untuk ‘batang tengkuknya’ sendiri.

Hari ini, Umno diketuai oleh Najib Razak. Pengumuman calon pada hari ini amat mengejutkan apabila ‘anak kesayangan’ Dr Mahathir iaitu Ibrahim Ali tidak mendapat tempat dalam mana-mana kerusi termasuk di kawasannya sendiri, Pasir Mas.

Selain itu, anaknya Mukhriz juga tidak mendapat tempat di kerusi parlimen Jerlun sebaliknya diletakkan di DUN Ayer Hitam yang disifatkan kerusi kurang selamat kerana ia adalah kubu kuat PAS. Manakala, kemasukan Khairy Jamaluddin dalam senarai calon BN juga memberi tamparan hebat kepada Dr Mahathir kerana kebenciannya terhadap KJ sudah diketahui umum.

Saya melihat ini adalah satu percaturan yang menarik. Terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa tindakan ini dibuat bagi tujuan mengurangkan pengaruh Dr Mahathir dalam Umno bagi Najib mengekalkan jawatan Presiden dalam parti itu.

Ini terjadi mungkin disebabkan kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan bahawa Najib Razak akan hilang jawatan Presiden sekiranya gagal dalam PRU13 ini.

Jika Umno gagal pada kali ini, maka akan terciptalah sejarah.

Maka, termakbulah doa Arwah Ustaz Fadzil Noor supaya dipanjangkan umur Mahathir Mohamad supaya dapat melihat kemusnahan yang berpunca daripada tindakannya serta melihat parti kesayangannya tumbang dihadapan mata.

harakahdaily/-


Lima calon BN Selangor dituduh mempunyai ijazah palsu

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Kohilan dituduh membeli Ijazah Sarjana Sains Perdagangan dan Ekonomi Industri dari Pacific Western University, Amerika Syarikat. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 17 April — DAP mempersoalkan integriti lima calon Barisan Nasional (BN) Selangor selepas menuduh mereka, termasuk seorang timbalan menteri, “membeli” kelulusan pengajian tertinggi.
Ahli strategi pilihan raya parti pembangkang itu Ong Kian Ming menamakan Timbalan Menteri Luar A Kohilan Pillay, Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) Teh Kim Pooh, Ching Eu Boon dan Lee Ban Seng dari MCA dan ketua hal ehwal agama Umno Ab Wahab Ibrahim menggunakan ijazah akademik dari universiti yang pernah didedahkan menjual ijazah.
“Calon yang merasakan mereka perlu membeli ijazah, baik diperingkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, menyebabkan  integriti mereka dipersoalkan.
“Jika calon ini sanggup menipu pengundi mengenai kelayakan akademik mereka, bahagian penting dalam kehidupan seseorang, bahagian kehidupan mana lagi calon tersebut sanggup menipu termasuk kepentingan awam dan pengurusan dana awam serta tanggungjawab menggunakan sumber awam,” tanya beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Undang-undang pilihan raya Malaysia tidak memerlukan seseorang calon itu mempunyai ijazah sebagai syarat untuk bertanding pilihan raya, kata Ong dan menambah ianya tidak akan meningkatkan taraf kehidupan seseorang dalam masyarakat secara automatik.
Ong menggesa lima calon tersebut mengundurkan diri dari pilihan raya 5 Mei ini jika tidak boleh menafikan ijazah mereka yang boleh dipersoalkan itu.
Beliau mengingatkan mereka, Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mengatakan integriti senarai calon BN telah disahkan dan agak mengecewakan jika terbukti mereka mempunyai ijazah palsu untuk meningkatkan peluang dipilih sebagai calon.
Kohilan yang menjadi calon BN di kerusi parlimen Puchong dituduh membeli Ijazah Sarjana Sains Perdagangan dan Ekonomi Industri dari Pacific Western University, Amerika Syarikat (AS), yang pernah disaman dan ditutup selepas didapati menjual ijazah.
Teh, 62, calon bagi kerusi parlimen Klang, dituduh membeli Ijazah Doktor Falsafahnya dari New Port University, yang Ong dakwa sebagai universiti diragui dan telah mengeluarkan ijazah doktor falsafah (PhD) kepada penyandang Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.
Ab Wahad dari Umno, yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan telah disenaraikan mempunyai PhD dalam Pentadbiran Awam dari Irish International Universiti yang dilaporkan oleh British Broadcasting Channel pada 2008 sebagai palsu, kata Ong.
Sementara calon DUN Pandamaran, Ching mendapat PhD dalam Rangkaian Pemasaran dari universiti diragui St George University International manakala calon BN Kajang, Lee dituduh membeli ijazah pentadbiran perniagaannya dari Universiti Rutherford di AS.
The Malaysian Insider/-

Bendera Pas kena conteng

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Azizan Abdul Razak

Gambar Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak turut menjadi sasaran individu tidak bertanggungjawab.
Bendera Pas

Bendera Pas yang diconteng di jalan sekitar Wan Tok Rendong.
LANGKAWI - “Buat pertama kali dalam sejarah politik Langkawi ketika PRU selama 12 tahun, ini tindakan paling melampau oleh individu tidak bertanggungjawab. Perbuatan menconteng pada bendera Pas amat keterlaluan,” kata  Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Langkawi, Zabidi Yahya.

Menurutnya, pihaknya percaya di sebalik kejadian itu ada dalang yang ingin melihat kekacauan berlaku ketika pilihan raya dan kesemua AJK Pas Kawasan Langkawi melahirkan rasa kesal jika individu terlibat diupah pihak tertentu.

“Tindakan tegas wajar diambil terhadap individu dan dalang di sebalik kejadian ini.

“Perbuatan itu tidak bertamadun dan tidak selari dengan transformasi yang dilaungkan. Ini satu tindakan terdesak dan boleh mencetuskan suasana kurang harmoni ketika bahang PRU13,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Langkawi, Zubir Ahmad berkata, sikap saling hormat-menghormati perlu diamalkan semua pihak terutama parti politik yang terbabit dalam PRU13.

“Walaupun kita berbeza ideologi dan sokongan pada mana-mana parti, situasi di Langkawi berbeza kerana pulau ini kecil sahaja, semua macam adik-beradik.

"Tidak perlu berpolitik secara tidak matang atau cuba bangkitkan suasana tidak sihat terutama isu sensitif agama lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dalam keadaan sekarang, semua pihak perlu menjaga tata susila dan adab supaya tidak terkeluar dari landasan sebenar dan menjauhi perkara yang dimurkai ALLAH SWT.

“Ambil pendekatan mudah iaitu walaupun kita lawan kita tetap kawan,” katanya.

Sinar/-


3 pemimpin BN isytihar perang parti sendiri

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Tidak menunggu lama, tiga veteran BN terus mengisytiharkan perang terhadap BN apabila nama mereka tidak termasuk dalam senarai calon pilihan raya umum ke-13 yang diumumkan semalam.


Mereka adalah Penyelaras Gerakan Batu Uban A Mohan, bekas anggota Parlimen Tasik Gelugor Shariff Omar dan penyandang kerusi Sungai Dua Jasmin Mohammed.


NONEMohan dan Shariff malah memutuskan untuk tetap bertanding, masing-masing di Parlimen Batu Kawan dan Tasik Gelugor, yang akan menyebabkan berlakunya pertembungan tiga penjuru.

Mohan juga berkata beliau bercadang untuk bertanding bawah tiket Parti Kesejahteraan Insan (KITA).

Manakala Shariff (kanan) pula mahu menjadi "wakil bebas mesra Pakatan", tetapi tidak menyebut parti mana akan dipilihnya.

Kesemua mereka akan memaklumkan keputusan muktamad mereka pada Sabtu ini.

Ekoran itu, dengan penamaan calon tidak berapa hari, BN Pulau Pinang kini dikatakan dalam keadaan panik terhadap kemungkinan munculnya kepuakan dalam parti dan sabotaj dalaman di kerusi-kerusi Umno dan Gerakan.


Ia juga sekali gus tidak memberikan petanda yang baik kepada BN yang berharap bergantung kepada Melayu di kampung-kampung dan kawasan campuran - di mana Umno dan Gerakan bertanding.

Malaysiakini/-

Usah momokkan pengundi, kata Musa pada Dr M, Shahrizat

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Bekas ketua polis negara Musa Hassan menggesa ahli politik berhenti menakutkan orang ramai dengan membuat kenyataan tentang kemungkinan berlakunya ketegangan dan rusuhan kaum jika terdapat pertukaran kerajaan dalam pilihan raya umum.


Bercakap dalam forum berhubung peralihan kuasa yang aman dan lancar di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam, Musa mengulas kenyataan terbaru oleh Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil dan bekas perdana menteri Dr Dr Mahathir Mohamad.

NONEShahrizat sebelum ini dilapor membangkitkan peristiwa 13 Mei 1969 dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Tahunan Umno pada November tahun lalu.

Sementara Mahathir pula baru-baru ini menulis di blog bahawa pemimpin popular DAP Lim Kit Siang boleh merenggangkan Melayu dan Cina dalam kempennya untuk mendapatkan Gelang Patah.

"Sebagai pemimpin, mereka patut menasihatkan rakyat bertenang dalam memilih kerajaan pilihan hati mereka," kata Musa, yang dilihat lantang menyuarakan pendapatnya selepas bersara.

"Bagi saya, (kenyataan) itu hampir seperti menghasut," tambahnya.

Malaysiakini/-
[Baca berita penuh]

Nasib 4 katak: Hilang madu sepah dibuang

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


(Jamaludin, Othman, Hee dan Keshvinder...kemana mereka)

IPOH: 'Hilang madu sepah dibuang'. Setelah berjaya mendapat kuasa, mereka yang berjasa kepada mereka selama ini dibuang begitu sahaja.

Itulah nasib empat bekas wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak yang menolong BN menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan di Perak.

Dalam pengumuman calon-calon BN semalam, kesemua mereka tidak mendapat sebarang kerusi dalam pilihan raya ini.


(Dalam kenangan...Najib ketika mengumumkan tindakan tiga ADUN Pakatan keluar parti dan sokong BN. Sekarang ke mana mereka?)

"Setelah rampasan kuasa di Perak, kini BN mengkhianati 4 katak yang bantunya rampas kuasa. Rakyat tak akan lupa. Ini Kalilah!" tulis Nga Kor Meng, bekas Exco kerajaan negeri Perak.

Sebelum ini, beliau yang juga Setiausaha DAP Negeri Perak mencabar Barisan Nasional (BN) menyenaraikan empat calon bebas, Datuk Hee Yit Fong, Jamaluddin Radzi, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Keshvinder Singh sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Nga Kor Ming berkata, keempat-empat penyandang kerusi Dun itu perlu diberi peluang susulan tindakan mereka meninggalkan parti masing-masing untuk membolehkan BN mentadbir negeri ini.

Katanya, BN perlu mengenang jasa keempat-empat penyandang kerusi Dun itu dengan mencalonkan mereka untuk bertanding semula pada pilihan raya umum kali ini.

"Mereka perlu diberi peluang selepas tindakan mereka menamatkan pemerintahan sebuah kerajaan yang mendapat mandat sepenuhnya daripada rakyat. Kami cabar BN Negeri Perak senaraikan 'fantastic four' ini sebagai calon PRU13.

"Peletakan keempat-empat calon bebas itu bakal membuktikan tahap sebenar sokongan rakyat kepada mereka," katanya pada sidang media, di sini sebelum ini.

Harakahdaily/-

Pas bantah teroka hutan haram

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Pas bantah teroka hutan haram

Nor Azman sedang berucap di tapak penerokaan Hutan Simpan kekal Miku. Turut serta, Abdul Hadi (duduk, kiri) dan Mohd Taufek (duduk, kanan) di tapak penerokaan hutan simpan kekal
Pas bantah teroka hutan haram

Kain rentang yang ditulis bagi membantah kegiatan penerokaan hutan simpan kekal.
Pas bantah teroka hutan haram

T.Kumar (kiri) ditemani Mohd Taufek berucap di tapak penerokaan Hutan Simpan Kekal Miku.
JOHOL – Ahli Pas berkumpul di Hutan Simpan Kekal Miku, di sini bagi membantah penerokaan hutan yang didakwa dilakukan secara haram sejak tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, keluasan tanah yang diterokai 28.95 hektar dan perkara itu perlu ditangani segera.

Menurutnya, penebangan kayu balak ini bukan dilakukan oleh masyarakat Orang Asli, sebaliknya ada dalang yang ingin mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

“Menteri Besar cakap Orang Asli yang lakukan sedangkan perkara itu tidak berlaku.

"Orang Asli tidak ada jentera pengangkutan, tidak ada modal besar untuk keluarkan balak.

“Kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar itu tidak bertanggungjawab ibarat untuk melepaskan diri atas kesalahan tersebut. Kita mendesak pihak terbabit tampil untuk menjelaskan perkara ini bukan menuduh Orang Asli melakukan penerokaan Hutan Simpan Kekal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di tapak Hutan Simpan Kekal Miku, semalam.

Hadir sama, Ketua Penerangan Pas Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad.

Mohd Taufek berkata, Pakatan Rakyat (PR) akan terus berjuang memelihara kebajikan masyarakat Orang Asli dan alam sekitar.

Menurutnya, PR tidak akan berdiam diri malah, penebangan kayu balak secara haram di kawasan Serting, Gunung Angsi sudah didedahkan hingga ke peringkat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

“Jika kita diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), perkara awal akan diberi tumpuan ialah soal pembalakan secara haram yang berleluasa seluruh negeri ini,” katanya.

Malah,  kenyataan penerokaan hutan sudah dicatatkan dalam Penyata Rasmi Persidangan Kedua Penggal ketiga Dun yang ke 12 pada 9 Ogos 2010.


Segera cari dalang

Sementara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian supaya menyiasat perkara itu dan mencari dalang di sebalik penerokaan hutan simpan kekal Miku.

Abdul Hadi berkata, adalah tidak munasabah untuk masyarakat Orang Asli melakukan kegiatan penerokaan itu kerana penerokaan hutan melibatkan modal yang besar.

“Jangan kerana hendak menutup agenda lain, Orang Asli dipersalahkan walhal mereka tidak melakukannya.

“Lagipun, hutan adalah tempat Orang Asli mencari sumber rezeki. Takkan mereka hendak merosakkan periuk nasi sendiri. Cuba fikir secara betul dan rasional. Ingin saya tekankan di sini, dalang di sebalik penerokaan hutan ini perlu dicari dan
disiasat malah perlu bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan,” katanya.


Rakyat berhak tahu

Timbalan Setiausaha Agung Keadilan, T. Kumar berkata, merujuk kepada Ketua Audit Negara 2010 teguran terhadap Kerajaan Negeri Sembilan sudah diberikan kerana tidak menggantikan hutan simpan.

Menurutnya, ini jelas bahawa kegiatan pembalakan dan penerokaan di negeri adalah berleluasa dan di luar kawalan apabila hutan simpan yang dibatalkan statusnya tidak diganti semula.

“Sebanyak lima peratus setiap lima tahun, hutan simpan diterokai. Anggaran kawasan hutan dan tadahan hujan boleh pupus sepenuhnya dalam tempoh 50 tahun terutama apabila saban tahun hutan simpan semakin berkurangan.

“Justeru itu, saya menggesa Menteri Besar membentangkan kepada rakyat dengan serta-merta semua maklumat konsesi pembalakan yang telah dan diberikan melibatkan kuota 4,800 hektar setiap tahun seperti yang disebut sebelum ini.

“Rakyat berhak tahu siapa mendapat konsesi balak dan berapa hasilnya kepada Kerajaan Negeri dan status hak milik tanah setelah diterokai,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian pada 25 Oktober 2012 melaporkan mengenai kenyataan Menteri Besar berhubung penyelewengan pengurusan tanah hutan simpan.

Beliau ada menyebut kerajaan negeri sudah menggantikan lebih 2,400 hektar tanah untuk dijadikan hutan simpan.

Malah kerajaan negeri juga memperuntukkan 4,800 hektar tanah setiap tahun dari hutan simpan bagi tujuan pembalakan dan hasil kayu.

Bagaimanapun Kumar berkata, tindakan kerajaan negeri membatalkan status hutan simpan kekal di Hutan Simpan Jeram Padang Selatan adalah tidak sah di sisi undang-undang kerana melanggar Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

“Status ini masih belum mendapat jawapan daripada Menteri Besar dan perkara ini hanya dibiarkan begitu sahaja. Oleh sebab itu, saya membuat laporan polis di Seremban pada 1 November 2012 supaya siasatan  dapat dilakukan dengan segera,” katanya.

Sinar/-