11 Jun 2017

Panjang Umur dan baik amalannya

Pena Idham Lim
16 Ramadhan 1438H.

Sudah seperdua dari Ramadhan telah kita lalui dan berlalu maka marilah kita doakan semoga kita termasuk dalam golongan yang di Sabdakan oleh Nabi Muhammad SAW "Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang umurnya dan baik amalnya” (HR. Tirmidzi).

Semoga  juga sisa dan baki Ramadhan yang akan kita hadapi akan mendatangkan kita bertambah rasa syukur kepada Allah. Semakin lanjut usia seorang beriman pastinya semakin bertambah amalnya. Sebab, sebaik-baik seorang insan, kata Nabi SAW, seperti hadits di atas ialah yang berumur panjang dan baik pula amalnya.

Sejahtera Bersama Islam.

10 Jun 2017

Perbanyakkan Bersedekah.

Pena Idham Lim
15 Ramadhan 1438H.

Bulan Ramadhan adalah bulan kita perbanyakkan sedekah sebagaimana yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Beliau adalah manusia yang paling pemurah terlebih lagi di bulan Ramadhan. Kerana itu dibulan inilah banyak sekali pihak yang kita temui menawarkan peluang kepada kita untuk membantu. Ianya kalau difahami bukannya gangguan namun sebagai satu peluang. Maka bersedekahlah semampu mungkin di bulan yang mulia ini.

Sejahtera Bersama Islam.

09 Jun 2017

Jangan berkira dalam beribadah

Pena Idham Lim
14 Ramadhan 1438H.

Ingatlah segala ibadah yang di lakukan termasuklah di bulan Ramadhan adakah puasa, Tarawih dan pelbagai ibadah lain yang kita kerjakan bukan untuk orang lain tetapi untuk bekalan diri sendiri untuk menghadapi kehidupan yang abadi kelak. Saya hairan melihat orang yang sangat berkira mengenai ibadah yang dikerjakan . Malah ada yang sanggup bertelagah mengenai jumlah rakaat solat tarawih sedangkan segalanya adalah untuk diri sendiri. Tidak rugi sesuatu amalam soleh yang dikerjakan sedikit apa lagi banyak kerana ianya adalah bekalan yang berguna bila kita dipanggil Illahi nanti.

Sejahtera Bersama Islam.

JAGA KEHARMONIAN NEGARA, TOLAK BUDAYA SAMSENG

Adalah merisaukan apabila melihat beberapa insiden yang 'viral' dilaman media sosial dengan wujudnya satu gejala baru dalam masyarakat seperti pukul sebelum dibawa kepada pihak berkuasa dan tanpa soal siasat sehingga membawa kes kematian dan budaya membuli, telah mengundang suasana tidak harmoni dalam masyarakat dan menimbulkan ketegangan antara kaum dan bangsa.

Rakyat Malaysia adalah sinonim dengan budaya ketimuran yang lemah lembut dan sopan santun bersesuaian dengan Rukun Negara iaitu kesopanan dan ketatasusilaan. Amat tidak wajar budaya samseng wujud dan membiak dalam negara ini yang tidak memberi faedah dan kebaikan kepada pembangunan negara dan bangsa Malaysia.

08 Jun 2017

Presiden PAS di benar keluar dari IJN.

Makluman Media - 7 Jun 2017

Alhamdulillah pada hari ini Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) setelah hampir sebulan mendapat rawatan intensif dari pakar pakar IJN.

Pihak kami diberi maklum oleh pasukan perubatan IJN bahawa Tuan Guru masih perlu mendapat rehat yang secukupnya supaya benar benar pulih dari pembedahan yang dialaminya.

Nikmat Kurma.

Pena Idham Lim
13 Ramadhan 1438H.


Teringat masa kanak-kanak di kampung semasa sekitar tahun 70 han dan 80 han sebelum memeluk Islam. Kami orang Cina sekali setahun dapat merasa makan kurma yang dibeli dikedai kampung. Dibalutnya selepas ditimbang dalam kertas suratkhabar. Nikmat terasa kurma  yang katanya dari India dalam guni melekat-melekat dijual sekali setahun hanya dibulan Ramadhan.

Zaman tersebut sudah berlalu dan hampir dilupakan. Sekarang kurma sudah jadi pemakanan sepanjang tahun malah bertangkai sekali. Setengah tempat pokok kurma sudah di tanam dan berbuah lebat. Itulah antara nikmat Allah yang tidak terhingga. Marilah kita insafi dibulan mulia ini.

Sejahtera Bersama Islam.

07 Jun 2017

Memberi Makan Orang Yang Berbuka.

Pena Idham Lim
12 Ramadhan 1438H.

Bila masuknya bulan Ramadhan ramai yang berlumba-lumba untuk menganjurkan majlis berbuka puasa di mesjid dan surau. Namun perkara yang utama apakah niat sebenar penganjuran majlis berbuka itu sehingga sanggup mereka mengeluarkan belanja ribuan ringgit.

Semoga mereka yang menganjurkan majlis berbuka mendapat ganjaran sebagaimana hadits Nabi s.a.w.

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

06 Jun 2017

Doakan Rakan Non Muslim.

Pena Idham Lim
11 Ramadhan 1438H.

Antara amalan yang perlu diperbanyakkan sepanjang bulan Ramadhan ialah berdoa. Banyak tempat dijanjikan doa yang akan dimakbulkan oleh Allah SWT sepanjang bulan mulia ini. Antaranya semasa sebelum berbuka.

Marilah kita mendoakan sesuatu yang jarang kita doakan iaitu mendoakan rakan dan kawan-kawan non muslim yang sekian lama dikenali dalam apa saja keadaan supaya Allah berikan kepadanya Hidayah dan Petunjuk Nya sehingga menjadi orang yang beriman. 

05 Jun 2017

Kesihatan Presiden PAS Semakin Baik.

MAKLUMAN MEDIA - ISNIN 5 JUN 2017

Pihak kami ingin memaklumkan bahawa keadaan kesihatan Tuan Guru adalah semakin baik dan proses pemulihan selepas pembedahan berjalan dengan lancar.

Ketika saya bertemu Tuan Guru malam tadi, sempat juga Tuan Guru mengambil sedikit masa untuk mencatatkan nukilan beliau bagi bacaan awam yang telah dikeluarkan pada hari ini.

Kami dimaklumkan bahawa Tuan Guru dijangka akan keluar dari wad hospital dalam beberapa hari lagi, insyaAllah.

SIAPA PM SELEPAS INI?

Saya mengikuti perbincangan hangat dikalangan semua parti yang sedang berjuang menghadapi PRU 14 yang begitu galak menamakan calon Perdana Menteri, kecuali PAS tidak mencalonkan sesiapa.

Dahulunya ada pemimpin jadian dalam PAS juga berwirid dengan nada yang sama. Sekarang sudah meninggalkan PAS. Semua pihak merasa hairan mengapa PAS diam membisu? Adapun ahli dan penyokong PAS yang sangat setia sanggup tidak berpeluh dan berpecah kepala bertanya siapa calonnya sama ada jawatan Penghulu Kampung, ADUN, Parlimen dan jauh sekali siapa calon PM.

Fasa ke 2 Ramadhan : Keampunan

Pena Idham Lim
10 Ramadhan 1438H.

Fasa ke 2 Ramadhan iaitu "Keampunan" bermula selepas kita melepasi fasa pertama "Rahmat" dari Allah SWT.

Sesungguhnya keampunan dari Allah amat kita dambakan lantaran tidak ada manusia yang terlepas dari melakukan dosa yang pelbagai. Dengan harapan itu marilah kita tumpukan sepenuh jiwa dan tenaga untuk memperolehi keampunan Allah di bulan yang mulia ini.

Sejahtera Bersama Islam.

Isu Penjualan Arak dalam Penerbangan MAS

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

5 JUN 2017/ 10 RAMADHAN 1438
KENYATAAN DATUK MAS ERMIEYATI : PEMUDA PAS RAKAM TERIMA KASIH

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan terima kasih atas sokongan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin terhadap gesaan DPPM sebelum ini agar Malaysian Arlines (MAS) menghentikan hidangan minuman alkohol dalam semua penerbangannya.

04 Jun 2017

Mulianya mereka.

Pena Idham Lim
9 Ramadhan 1438H


Terkesan solat Tarawih  dibelakang imam yang cacat penglihatannya namun mampu menhafal Al Quran dan menjadi imam di Mesjid As Syarif Gombak kepada mereka yang sempurna penglihatannya. Setiap selesai 2 rakaat  selepas salam imam yang diperkenalkan dengan nama Ustaz Syukri itu segera menyemak Al Quran Braille dengan meraba-raba halaman pilihannya. Allahuakbar.

Disebelah saya seorang anak muda berpakaian kerja bertarawih sehingga selesai 23 rakaat bersama witir. Katanya setiap malam balik kerja dia akan singgah di beberapa mesjid untuk solat berjemaah. Mulianya seorang anak muda yang tidak lupa menjadi sebahagian dari mereka yang mengimarahkan Ramadhan.

Sejahtera bersama Islam

03 Jun 2017

Puasa adalah Perisai

Pena Idham Lim
8 Ramadhan 1438H.

Dalam keadaan kita berpuasa di bulan Ramadhan biasanya ada sahaja ujian kepada kita yang sedang berpuasa. Sejauhmana kita mampu menghadapinya sejauh itulah kesan Ramadhan yang dapat menjadi pendindingnya. Kalau kita gagal mengawalnya berarti Ramadhan kita telah gagal mendidik kita untuk menjadi orang lebih baik. Kerana itu Rasulullah bersabda :

“Puasa adalah perisai, jika salah seorang dari kalian sedang berpuasa janganlah berkata keji dan berteriak-teriak, jika ada orang yang mencercanya atau memeranginya, maka ucapkanlah, ‘Aku sedang berpuasa” (H.R. Bukhari dan Muslim).

Sejahtera Bersama Islam.

DARI JENDELA INSTITUT JANTUNG NEGARA (IJN)

Oleh ABDUL HADI AWANG
Jumaat, 7 Ramadan 1438H/ 2 Jun 2017

Perasaan saya di ketika ini adalah penuh dengan kerinduan yang tidak terkira kepada keluarga dan sahabat – sahabat seperjuangan, walau pun fizikal sedang diganggu kesakitan dan ditahan di sini kerana rawatan yang diwajibkan.

Paling dirindui ialah Kuliah Dhuha Masjid Rusila (Marang, Terengganu) dan semua pelajarnya yang dimulakan sejak tahun 1976 kerana didesak oleh orang tua penduduk Kampung Rusila supaya menggantikan kuliah ayahanda (semoga mendapat rahmat dari Allah) yang baru meninggal dunia pada 1 Mei 1975. Saya juga sangat merindui berada di samping semua pemimpin PAS disemua peringkat termasuk rakyat jelata. Saya turut mengalami dan bersama dengan denyut kesusahan dan keperitan mereka khususnya di kalangan petani, nelayan dan pekerja rendah, serta belia menganggur yang sangat menekan perasaan saya.