10 Februari 2008

Hari Keluarga PAS mendapat sambutan luar dugaan

KUALA KURAU (3 Februari) : Program Hari Keluarga Bersama PAS yang diadakan di Parit Tok Him di sini telah mencatatkan kehadiran luar dugaan. "Makanan yang kami sediakan untuk 200 tidak cukup kerana yang hadir lebih 300 orang. Kami tidak menjangka kehadiran sebegini ramai " Kata Tuan Haji Ahmad bin Abdullah Bendahari MTD Kuala Kurau.



Hari Keluarga anjuran MTD Kuala Kurau dengan kerjasama Dewan Pemuda dan HALWA MTD Kuala Kurau ini telah memuatkan acara-acara pertandingan yang menarik penyertaan penduduk setempat dan menghiburkan. Antara pertandingan yang dijalankan ialah peraduan mewarna, masakan, anyaman ketupat, gubahan, boling nyok, gusti lengan dan lain-lain. Khidmat Kesihatan percuma dijalankan semasa Hari Keluarga ini dengan bantuan enam orang doktor sukarela. Khidmat kesihatan ini meliputi ujian tekanan darah, ujian glukosa dan ujian berat badan unggul selain kaunseling kesihatan. Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Dr. Mujahid Haji Yusuf Rawa telah hadir merasmikan perasmian penutup program ini. Beliau menyarankan semua penduduk yang hadir supaya mengeratkan tali silaturrahim dan bersama-sama PAS memperjuangkan negara berkebajikan untuk semua rakyat.

"PAS akan pastikan kekayaan khazanah negara dinikmati oleh seluruh rakyat bukan beredar di kalangan pemimpin BN dan kroni mereka. PAS telah membuktikan negeri berkebajikan di Kelantan " Terang Dr Mujahid.

Dr. Mujahid bersama isteri beliau telah sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan. Sebelum itu Dr. Mujahid menyampaikan sumbangan kepada lapan keluarga susah di sini termasuk sumbangan kerusi roda kepada seorang pesakit yang kurang upaya. Seorang penduduk yang ditemui berkata kehadiran ramai penduduk setempat ke program anjuran PAS ini membuktikan sokongan besar kepada PAS di DUN Kuala Kurau. "Hanya PAS parti yang paling layak menghadapi BN di DUN Kuala Kurau.

Berdasarkan kesungguhan PAS menganjurkan berbagai kegiatan terutama sekali melibatkan hal-hal kebajikan termasuk dengan kaum bukan melayu, ianya pasti akan melonjakkan lagi undi berbanding dalam pilihanraya lepas." Tegasnya yang kerap bersama dalam program PAS. Sementara itu, MTD Titi Serong juga mengadakan program Ceramah Kesihatan di Bagan Tiang pada masa yang sama. Program ini menjemput seorang pakar kesihatan masyarakat menyampaikan ceramah dan kaunseling kepada penduduk yang hadir. Khidmat kesihatan juga diberi selepas ceramah.

Berita dan gambar lengkap layari :http://paritbuntar.pas.org.my/

Tiada ulasan: