12 Februari 2008

Pirdaus Teringin Sangat Bertanding Di Permatang Pauh

Pada 1 Feb lepas bekas calon Barisan Nasional (BN) kawasan Permatang Pauh ,Datuk Pirdaus Ismail ‘tidak kisah’ sekiranya beliau tidak terpilih sebagai calon pada pilihan raya umum ke-12 akan datang. Sebaliknya, beliau berkata, kemenangan BN di kawasan panas itu adalah agenda yang harus diberi perhatian sepenuhnya terutama di kalangan pemimpin, ahli serta jentera parti berbanding dengan soal calon. ‘‘Hak memilih calon terletak sepenuhnya di tangan Perdana Menteri, dan persoalan sama ada saya dipilih atau tidak, saya tidak kisah dan ia tidak akan membebankan saya.

Kelmarin lain pula kenyataannya di mana dia berkata yakin akan menang dan merampas semula kerusi Parlimen itu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika dipilih bertanding dalam pilihan raya umum ke-12. Menurutnya, berdasarkan sokongan kuat daripada rakan-rakan serta penduduk Permatang Pauh yang rata-rata mahukan perubahan, beliau yakin dapat membantu BN menamatkan penguasaan hampir 10 tahun PKR di kawasan itu.

Malah katanya, keyakinannya itu juga berdasarkan kemampuan BN mengurangkan kemenangan undi majoriti PKR daripada 9,077 pada tahun 1999 kepada hanya 590 undi ketika beliau menjadi calon pada pilihan raya 2004. "Saya sentiasa bersedia (bertanding) untuk parti dan kalau dipilih sekali lagi menjadi calon untuk melawan pembangkang, saya yakin keputusan (pilihan raya 2004) lalu akan dapat diubah.

Inilah reaksi pelbagai "imam duit" yang populer dengan tendangan kakinya kepada peti undi dalam PR umum yang lepas. nampak sangat dia ingin bertanding sehingga dua kali keluar kenyataannya dia atas dalam akhbar Utusan. Adakah kena bayar berapa banyak duit untuk mendapat tempat dalam akhbar tersebut?

Tiada ulasan: