17 Mac 2008

Majlis pelantikan, angkat sumpah Menteri Besar Perak esok

IPOH 16 Mac — Majlis pelantikan dan istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak akan diadakan esok pada pukul 11.30 pagi diIstana Iskandariah, Kuala Kangsar.Setiausaha Sulit Sultan Perak, Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor berkata Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah telah berkenan mengadakan majlis itu.

“Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr Nazrin Shah telah berkenan majlis pelantikan dan upacara angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak Darul Ridzuan diadakan pada hari Isnin 17 Mac 2008 pada pukul 11.30 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar,”katanya dalam satu kenyataan yang difaks kepada Bernama di sini hari ini.

Setiausaha PAS Perak Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, dijadual mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak di Istana Iskandarian pada Khamis lepas tetapi majlis itu terpaksa ditangguhkan selepas ketiga-tiga parti pembangkang DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS tidak mencapai kata sepakat yang ketara dalam penubuhan kerajaan campuran.

Beberapa jam sebelum majlis pelantikan dan istiadat angkat sumpah itu diadakan, Penasihat DAP Lim Kit Siang mengarahkan semua 18 wakilrakyat DAP di Perak tidak menghadiri istiadat mengangkat sumpah itu kerana tidak setuju dengan pemilihan wakil PAS sebagai Menteri Besar. Lim kemudian memohon maaf danmenarik balik kenyataan itu. — Bernama

2 ulasan:

Selongsong berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Selongsong berkata...

Tidak mengapa, sekiranya wakil-wakil dari DAP tidak mahu hadir, kita masih ada Drs. Khalil Idham Lim untuk mewakili masyarakat Cina.

Drs. Khalil Idham Lim untuk Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Negeri Perak!