23 April 2008

7 Perkara Jaminan Pakatan Rakyat Perak

Berikut adalah 7 perkara dasar yang disepakati dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak untuk dilaksanakan dengan kadar segera seperti yang diucapkan oleh YB Nga Kor Ming di Himpunan Rakyat di Ipoh baru-baru ini Antaranya adalah:

1. Memberi hak milik kekal selama 99.99 tahun kepada penduduk-penduduk di Kampong Tersusun dan Kampong Baru. Menurut YB Nga, ada dikalangan pemohonan itu dibuat semenjak tahun 1947 lagi dan terdapat juga pemohon yang meminta tanah tersebut telahpun meninggal dunia.

2. Seluruh kompaun yang dikenakan sebelum pengangkatan sumpah Menteri Besar Perak oleh pihak Majlis Bandaraya, Perbandaran dan Daerah dilupuskan serta-merta.

3. Mengecualikan kutipan cukai ke atas semua institusi-institusi pendidikan yang meliputi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Cina, Sekolah Kebangsaan Tamil dan sekolah persendirian dengan hanya perlu membayar RM 1.00 sahaja setahun.

4. Semua Barisan Exco dikehendaki mengisytiharkan harta masing-masing dan pengisytiharan ini akan didedahkan kepada rakyat negeri Perak untuk dibuat perbandingan sebelum dan selepas.

5. Menetapkan 30% kuota terbuka diperuntukkan kepada semua pihak baik dari Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), ahli-ahli akademik ataupun rakyat negeri Perak yang berkemampuan sebagai Ahli Majlis Bandaraya/Perbandaran/Daerah.

6. Bersetuju menghapus gejala dan unsur-unsur nepostime dan krosnisme dengan mengadakan tender terbuka.

7. Menghapuskan politik dan parti perkauman dengan menjadikan semua masalah kaum adalah masalah bersama. Beliau mengakhiri ucapan dengan harapan agar semua kaum Cina di Perak berdiri teguh bersama-sama dalam Pakatan Rakyat

4 ulasan:

Nurfirdaus berkata...

Salam,... dan selamat sejahtera

Tahniah saya ucapan kpd Sdr di atas kesungguhan Sdr dalam menyampaikan maklumat dan mendidik masyarakat sebelum dan selepas menjadi YB (Yang Berkhidmat).

Di sebalik 7 perkara jaminan Pakatan Rakyat, saya berpendapat perkara ke-2 agak tidak munasabah dari segi moralnya. Jika rakyat melakukan kesalahan di sisi undang2, maka selayaknya mereka dihukum mengikut hukuman yang telah ditetapkan. Ini adalah di antara cara untuk mendidik mereka selain dari memberi ilmu dan nasihat.

Perkara ke-2 ini perlu dikaji dari sudut implikasinya kepada masyarakat dalam jangka panjang. Kita tidak mahu di sebalik 'hadiah' yang ingin diberikan oleh kerajaan PR di atas sokongan rakyat, maka rakyat (khususnya generasi muda)akan 'terdidik' dengan nilai bahawa setiap kesalahan undang2 boleh dilepaskan begitu sahaja.

Jika kesalahan yang dilakukan itu kerana menyalahi undang2 yang 'tidak manasabah', maka undang2 itu sendiri terlebih dahulu mesti dimansuhkan.

Contohnya, jika kesalahan melanggar lampu isyarat merah di sekitar jam 2 atau 3 pagi, maka ini tidak munasabah kerana peraturan lalulintas ketika itu tidak praktikal. Di luar negara, sistem lampu isyarat ditukar menjadi 'blinking red and yellow' selepas jam 10 malam di kebanyakkan persimpangan. Jadi undang2 dibuat untuk menjaga kepentingan rakyat secara menyeluruh bukan 'asalkan ada sudah'.

Sekian, wassalam.

Nurfirdaus berkata...

Salam,... dan selamat sejahtera,

Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan PR.

Namun saya percaya bahawa ada perkara2 lain yang mustahak dan perlu mendapat keutamaan oleh pihak kerajaan PR.

Antaranya ialah:

1) pastikan bahawa setiap projek pembangunan mengikut piawaian dan kualiti yang menyeluruh dengan mengambilkira kesan kepada masyarakat (sosial kaum), alam sekitar, ekonomi, dan ergomik. Pastikan projek, misalnya, pembinaan jalanraya mengikut spesifikasi dan dilaksanakan dengan saksama - tidak kira kawasan PR ke atau BN ke.

2) Wujudkan dialog ilmiah yang lebih kerap dan terbuka di antara kaum supaya mereka lebih saling kenal mengenal antara satu sama lain terhadap nilai, adat resam, kepercayaan, dan agama. Ini penting untuk meningkatkan persefahaman di antara kaum. Menghadiri majlis2 jamuan hanya sekadar membentuk persefahaman yang 'superficial' sahaja. Dialog, diskusi, dan program bersama akan dapat menjalinkan silaturrahim yang mendalam!

3)Beri latihan kepimpinan dan pentadbiran secepat yang mungkin dan secara komprehensif kepada semua pegawai2 kerajaan PR dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawap mereka tanpa ada 'mental block' politik berparti. Amalan baik pentadbiran (good governance) adalah agenda untuk rakyat. Jika perlu, wujudkan slogan yang diyakini dan dihayati seperti "Adil, Amanah,dan Ehsan".

4) Gantikan 'mentality' atau minda kerajaanlah yang berkuasa ke atas rakyat kepada kerajaanlah yang bertanggungjawap ke atas maslahat rakyat.

.....cukup sekadar tu dulu.


sekian, wassalam.

MK Nizam berkata...

Assalamualaikum wbt. YB Ustaz Khalil, saya terpanggil untuk menyatakan sesuatu. Peranan PAS PB perlukan kekuatan dan sokongan golongan Muda. Jadi, Pas PB perlu bekerja kuat untuk mendekati golongan muda, remaja ini. Dari pandangan YB sendiri apa perancangan yang telah digariskan untuk mendekati generasi muda.

Idham Lim (林川興) berkata...

terima kasih dengan respon sahabat-sahabat dan ana ambil perhatian. Mengenai program untuk golongan muda , ana sedang merancang suatu program yang akan diumumkan kelak. Kalaulah sdr. Muizuddin ada cadangan tertentu sila kemukakan dalam email ana.