02 April 2008

Komen Karpal mengenai tindakan Siva

PULAU PINANG 1 April – Pengerusi DAP, Karpal Singh kesal dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, A. Sivasubramaniam memburukkan nama baik parti dengan “bermain tarik tali” dalam soal peletakan jawatan dan hasrat untuk keluar daripada parti itu semalam.



Beliau berkata, tindakan ADUN itu bukan sahaja menjejaskan imej parti malah memalukan diri sendiri apabila menarik balik keputusannya selepas beberapa jam mengumumkan perletakan semua jawatan dalam parti serta keluar daripada parti itu.

“Perkara ini bukan boleh main-main. Saya tidak faham kenapa beliau buat seperti ini dan saya tidak boleh terima perbuatan seperti ini,”

5 ulasan:

TheTruth berkata...

Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram, sebagaimana yang diputuskan oleh Dewan Ulama Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Kelantan pada 1963

Begitu juga dengan Ketua Dewan Ulamak Pas Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981:

“Orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik.”

Tetapi hari ini tersiar berita yang menyatakan Pas, DAP dan PKR menjalinkan kerjasama yang lebih erat.dengan PAKATAN RAKYAT!

Lupakah orang Pas pada kata-kata Karpal Singh; Langkah mayat dia dulu kalau nak tubuh negara Islam…..

Maka, selamanya selagi Pas bergabung dgn Dap, cita-cita tubuh negara Islam tidak kesampaian...

MasyaAllah… demi kuasa, pegangan yang selama ini dipertahankan, dikesampingkan…

wildan berkata...

Buat thetruth...pi tanya tok guru yg masih hidup....baru boleh paham. Jgn dok buat sangka-sangka tak baik.

aosis berkata...

the truth,gimana si mau tubuh kerajaan tanpa kongsi kalau cuma ada 6 kerusi.syukurlah itupun kita dilantik MB.Ataupun the truth mengharap PAS kongsi sama itu UMNO hantu,hubaya,hubaya......harap maaf saya bukan pecacai politik.

Pengasas berkata...

Siyasah Syar'iyah itu luas dan mengandungi banyak kaedah. ALLAH MAHA BIJAKSANA. Justru sesuai untuk setiap masa, tempat serta keadaan.
Bertenanglah wahai sahabat-sahabatku!

Pengasas berkata...

Siyasah Syar'iyah itu luas dan mengandungi banyak kaedah. ALLAH MAHA BIJAKSANA. Justru sesuai untuk setiap masa, tempat serta keadaan.
Bertenanglah wahai sahabat-sahabatku!