02 April 2008

Pakatan Rakyat saingan baru Barisan Nasional

PETALING JAYA 1 April – Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS hari ini bersetuju menggunakan perkataan “Pakatan Rakyat” bagi menggambarkan kerjasama tiga parti itu, kata Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, penasihat DAP Lim Kit Siang, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan membawa perkara itu kepada parti masing-masing untuk persetujuan.

“Nama Pakatan Rakyat ini akan disahkan setelah ketiga-tiga parti mendapat persetujuan pimpinan masing-masing dalam masa terdekat ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat antara ketiga-tiga pihak itu di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Anwar berkata, bagi memantapkan kerjasama Pakatan Rakyat, satu Majlis Pimpinan yang terdiri daripada tiga ketua parti itu akan diwujudkan selain satu Sekretariat Bersama yang mempunyai wakil setiap parti.

Pakatan ini sekaligus memecah kebuntuan yang hampir menjangkau 10 tahun. Beberapa penganilisa politik menjangkakan dengan adanya pakatan baru ini mempercepatkan lagi perubahan landskap politik Malaysia dalam mengisi 50 tahun kemerdekaan akan datang.

1 ulasan:

Selongsong berkata...

Alhamdulillah.

Harap Al-Fadhil Tuan Guru Khalil Idham Lim akan dipilih sebagai mewakili PAS sebagai pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat negeri Perak, Insya-Allah.

selongsong.pencucuh