08 April 2008

Pak Lah pantang berundur

KOTA KINABALU, 7 April :– Tekanan yang kuat dari pelbagai pihak supaya melepaskan jawatan sebagai PM dijawab hari ini oleh beliau. Abdullah berkata, beliau sedia melepaskan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya kini apabila tiba masanya.Katanya, beliau tidak akan pegang jawatan itu lebih lama daripada yang sepatutnya dan akan menyerahkan kepada pengganti apabila tiba masa yang sesuai.

Bagaimanapun kata Perdana Menteri, pada masa ini beliau masih mempunyai tanggungjawab yang perlu ditunaikan terhadap negara selain memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan stabil.

“Saya tidak akan memegang jawatan bertahun-tahun lamanya. Sudah tentu tidak. Saya tidak akan memegang jawatan lebih lama daripada yang sepatutnya.“Saya akan bersara satu hari nanti tetapi saya tidak akan berhenti dalam keadaan politik sekarang.

Alasan yang diberikan oleh beliau ialah“Saya tidak boleh berhenti pada ketika parti dalam keadaan begini. Saya tidak boleh berhenti pada ketika kami sedang menyiapkan pelaksanaan projek pembangunan. Kami telah pun berjanji kepada rakyat. Kami akan melakukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin parti komponen BN Sabah di sini hari ini.

Sebenarnya negara kita dalam keadaan yang sangat-sangat tidak stabil seperti yang diakui pak lah dalam pertemuan tersebut. Ketidakstabilan ini sangat diyakini adalah kesan dari sikap beliau yang tidak mahu tunduk kepada pelbagai pihak supaya mahukan dia melepaskan jawatan.

Tiada ulasan: