19 Jun 2008

SAPP isytihar hilang kepercayaan kepimpinan Abdullah

KOTA KINABALU, 18 Jun :- Komponen Barisan Nasional (BN), Parti Maju Sabah (SAPP) mengatakan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bersedia untuk menyokong sebarang undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Presidennya Datuk Yong Teck Lee berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) lewat menyelesaikan semua isu-isu membabitkan Sabah.

SAPP mempunyai dua ahli parlimen iaitu Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr. Chua Soon Bui dan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun yang menang atas tiket BN pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

2 ulasan:

Juraimi Zainal berkata...

Syabas kerana berani, jgn jadi macam yg lain tu, sokong membawa rebah...

Pada sy rakyat Sabah terlalu kecewa dan tawar hati dgn pentadbiran Pak Lah... Lantak, Pak Lah nak buat apa pun utk ambil hati rakyat Sabah, nasi hampir jadi bubur dah...

Tukar jer orang lain memerintah...

Hebatnyer Melayu berkata...

salam..........

SAPP baru memberi press conference dan perkara itu masih belum berlaku dan kita perlu tunggu dan lihat. conatoh seperti di perak dimana ADUN DAP mengumumkan keluar daripada DAP disebabkan tidak dapat jawatan speaker DUN dan akhirnya tiba-tiba bersetuju untuk masuk kembali ke DAP setelah ditawarkan jawatan speaker bukan kah itu polimik politik. jadi perkara sebegini harus kita tunggu dan lihat dan jangan membuat sebarang kenytaan terburu-buru.

sekian..