17 Julai 2008

Anwar ditahan polis

KUALA LUMPUR, 16 July :- Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan polis jam 1 tengah hari ini, kata isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Ismail. Wan Azizah yang mengesahkan penahanan Anwar berkata, suaminya yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan ketika dalam perjalanan pulang dari Putrajaya ke rumahnya di Segambut. Anwar dibawa dan tiba di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur jam 1.11 tengah hari ini dengan dikawal ketat polis.
Penahanan Anwar dipercayai dibuat selepas polis mendapat waran tangkap supaya dia memberi keterangan berhubung dakwaan liwat membabitkannya.

Semalam Anwar sempat hadir dalam debat bersama Ahmad Shabery Chik mengenai harga minyak, dan pagi tadi beliau telah memberi keterangan berhubung dakwaannya bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyembunyi dan memalsukan fakta berhubung kes mata lebam membabitkannya, 10 tahun lalu.
Beliau keluar dari Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR), jam 12.10 tengah hari ini selepas kira-kira dua jam memberi keterangan.

1 ulasan:

kurma berkata...

Anwar ditahan polis...10 orang anwar akan muncul pada masa akan datang...tunggu dan lihat...apa yang penting hidup kekal PAS, KEADILAN dan DAP...