KOTA BHARU, 13 Julai (Hrkh) ? Persidangan ketua-ketua kerajaan Pakatan Rakyat akan diadakan di sini tidak lama lagi sebagai satu platform mengeratkan hubungan yang sedia terjalin.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Husam Musa berkata, kesemua lima pemimpin iaitu dari Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Perak dan Kelantan akan mengadakan pertemuan pertama di Kota Bharu.
?Kelantan tetap akan menjadi tuan rumah pertemuan itu, bagaimanapun ia tidak dapat diadakan dalam waktu terdekat ini kerana ada beberapa perkara termasuk perundingan penggunaan NGV,? katanya di sini.
Menurut dalam pertemuan tersebut beberapa cadangan akan dibangkitkan termasuk menggunakan NGV di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Sebelum ini, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu Kelantan akan menjadi tuan rumah pertemuan lima pemimpin Pakatan Rakyat.
Sementara itu, Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Menteri Besar Kelantan boleh dijadikan rujukan kepada ketua negeri lain di bawah Pakatan kerana mempunyai pengalaman luas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan