21 Julai 2008

Tolong menolong dalam kebaikan.

“Dan hendaklah kamu bantu-membantu dalam berbuat kebajikan dan bertawwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam melakukan dosa (maksiat) dan pelanggaran” (QS. Al-Maidah: 2).

Kebahagiaan yang tidak terhingga akan dirasakan (sebahagian) manusia bila mereka mahu membantu orang lain secara ikhlas. Hati akan terasa puas ibarat baru menjuarai suatu permainan bola sepak. Itulah kurnia Allah yang diselipkan pada hati manusia yang ikhlas. Yang lebih penting lagi, membantu orang lain dalam kebaikan bukan hanya mendapatkan kelegaan atau kepuasan hati semata-mata.

Dalam sejumlah ayat dan hadits disebutkan, membantu orang lain dalam kebaikan juga akan mendapat ampunan Allah. Bahkan ampunan bukan hanya kerana membantu manusia, tetapi juga membantu makhluk lain. Sebagaimana dikisahkan Rasulullah SAW, suatu hari seorang kehausan di tengah padang pasir. Lalu ia menuju suatu perigi dan minum airnya. Namun ia mendapati seekor anjing yang sedang menjilat-jilat debu karena kehausan. Mengetahui anjing itu kehausan, orang itu membuka kasutnya, mencelupkan ke perigi itu untuk mengambil air, serta memberikannya kepada anjing itu. Menurut riwayat, orang itu diampuni dosa-dosanya yang terdahulu oleh Allah.


Membantu orang lain dalam kebaikan adalah pembeza antara ahli neraka dengan ahli surga. Menurut Rasulullah SAW, ahli surga akan selalu berjuang di jalan kebaikan, sedangkan ahli neraka akan selalu berjuang dan bantu-membantu di jalan kejahatan. Jalan mana yang selalu menjadi pilihan hati kita, itulah diri kita yang sebenarnya.

4 ulasan:

kurma berkata...

Assalamualaikum semua...

tentang tolong menolong dalam kebaikkan bagi saya bantu-membantu dari segi kewangan saya cuma boleh bantukan orang miskin yang tak berdaya sahaja ikut melalui kemampuan saya...

kalau derma dari segi zakat...
bagi saya tak perlu derma untuk masjid ataupun rumah anak-anak yatim piatu sebab kalau tidak tak derma orang-orang kaya vvip pun boleh derma...

bukankah lebih elok lagi derma kepada jiran-jiran kita yang miskin sampai tiada rumah untuk tinggal,
mereka semua memerlukan bantuan kita...kalau kita tak hulurkan bantuan siapa nak bantukan mereka nak tunggu vvipkah come on lah mereka hanya nak derma kepada masjid nak cari nama jadi terkenal sahaja masuk dalam siaran tv itu sahaja.....

Allah maha melihat apa yang kita lakukan....

kurma berkata...

saya nak sarankan kepada semua golongan rakyat miskin yang ada kerja sambilan, golongan sederhana mempunyai kerja tetap dan golongan orang kaya ahli perniagaan marilah kita hantarkan beras ke pejabat YB untuk YB hulurkan bantuan dari segi beras kepada miskin tegar jangan harapkan dana PAS sahaja...mereka tu tak mengapalah dah kayakan...kalau kita hulurkan bantuan kepada orang miskin hati kita pun rasa tenang dan ketenangan yang diberikan oleh Allah...
marilah...Allah sungguh melihat perbuatan kita adakah secara rahsia ataupun secara terbuka semata-mata nak jadi terkenal sahaja....

Idham Lim (林川興) berkata...

terima kasih denan pandangan dari kurma yang membina dan memberi semangat kepada semua.

kurma berkata...

YB kita sebagai umat Islam bekerja demi kepentingan Allah dan juga bekerja untuk Allah kan.....