27 Oktober 2008

Orang Melayu hanya boleh berubah dengan agama.

Semasa menghandiri walimatulurus bekas setiausaha kerja Dewan pemuda PAS Perak semasa saya menjawat jawatan Setiausaha Pemuda PAS Perak suatu masa dulu, Sdr. Azuan, saya berkesempatan bertemu malah makan sekali dengan Ust. idris Hj. Ahmad, AJK PAS Pusat.

Banyak topik yang dibicarakan apa lagi kami sudah lama tidak bertemu, masing-masing sibuk dengan amanah dan kerjaya masing-masing.

Antara perkara yang dibincangkan dengan beliau ialah tentang jumlah pratus orang Melayu yang"swing" dalam Pilihanraya yang lepas. Menurut Ust. Idris, mengikut kajian Merdeka Center jumlah orang melayu yang berubah cuma 5 % saja. Semuanya sudah maklum bagi saya.

Bagi menyelesaikan masalah orang melayu menurut beliau ialah dengan mengembalikan mereka kepada agama Islam. Itu saja tegasnya tidak ada cara lain.

Saya menyokong penuh kenyataannya, kerana kita tidak boleh berharap terus kepada faktor-faktor sampingan lain yang sekejap datang dan sekelip mata boleh pergi.

Makanya prinsip peribadi saya wakil rakyat mestilah berada dalam masyarakat untuk menguruskan persoalan mereka seperti sembahyang bersama, orang mati, kenduri, sakit dan sebagainya. Mahu tidak mahu KBSM, Kawin, Beranak, Sakit dan Mati kena di uruskan dengan baik.

Tegas ust. Idris tarbiyah dan pengajian mesti dipertingkatakan. kefahaman kepada Islamlah yang akan memenangkan perjuangan Islam yang kita sayangi ini.