14 November 2008

Usul Mansuh ISA dilulus setelah dibahas hangat .

IPOH, 13 Nov :- Usul yang telah diberi notis daripada wakil kerajaan dari Teja, Chang Li Kang telah dibahas dengan hangat oleh pihak Kerajaan dan Pembangkang .

Usul itu yang berbunyi " bahawa Dewan ini menetap dan mengecam sekeras-kerasnya Akta Keselamatan Dalam negeri(ISA) yang membenarkan penahanan tanpa bicara. Dewan ini mendesak Kerajaan Pusat membebaskan semua tahanan ISA, tutup Kem Tahanan Kemunting dan mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim dan tidak demokratik"

Tiga pembahas telah memberikan hujah-hujah oleh wakil kerajaan dan pembangkang. Wakil Kerajaan yang membahas usul ini ialah wakil Teja dan Canning. Sementara wakil pembangkang dibahas oleh wakil Pengkalan Hulu.
Setelah Wakil Pembangkang habis mengemukakan hujah menolak usul tersebut mereka seorang demi seorang meninggalkan dewan sehingga semua kerusi pembangkang dalam keadaan kosong.
Semasa Wakil Canning menjadi pembahas ketiga, bangun wakil Titi Serong bertanya adakah beliau sedar semua pembangkang sudah tiada di dewan, jelasnya ini adalah bukti kukuh pembangkang tidak sanggup mendengar hujah yang membuktikan ISA hendaklah segera dimansuhkan.
Akhirnya Menteri Besar menggulung mewakili pihak Kerajaan dan menegaskan sekali ISA mestilah dimansuhkan disebabkan kan ianya satu kezaliman yang dilarang oleh Islam sesuai dengan satu petikan ayat Al Quran yang dibacanya.
Sesudah itu dewan mengundi dengan cara bersuara, dan Speaker mengesahkan Usul ISA itu diterima oleh DUN Negeri Perak.
Hadir sama dari pagi menjadi pemerhati sidang hari ini ialah wakil dari Gerakan mansuhkan ISA yang diketuai oleh Pengerusinya Syed Ibrahim dan ADUN Selangor, Syaari Sungip.
Semasa menyerahkan surat terima kasih kepada YAB Menteri Besar Perak dari GMI atas keperihatinan DUN Perak meluluskan Usul berkaitan ISA itu, Syed Ibrahim menegaskan Perak adalah negeri kedua sesudah Selangor berbuat demikian dan berharap diikuti oleh negeri Pakatan Rakyat yang lain.