28 Februari 2009

Nizar serah kediaman rasmi MB Perak tetapi simpan kereta rasmi

IPOH: Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat,YAB. Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, secara rasmi menyerahkan kunci kediaman Menteri Besar di sini, hari ini, selepas lima hari beliau bertindak mengosongkan kediaman itu Ahad lalu.

Bagaimanapun, beliau masih enggan menyerahkan kenderaan rasmi kerajaan negeri, Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AGS 10, dengan alasan kereta ia sebagai simbolik perbicaraannya untuk mendapatkan perisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah belum selesai.

Penyerahan kunci kediaman dilakukan oleh Pegawai Khas Mohammad Nizar, Amran Harun, kepada Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Bahagian Khidmat Pengurusan, Shamsul Zaman Sulaiman, yang mewakili SUK, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, pada 11.30 pagi tadi di kediaman berkenaan.

Majlis penyerahan ringkas itu mendapat perhatian ramai wartawan.

Amran Harun menjelaskan penyerahan kediaman itu bukan maksudnya pakatan rakyat mengalah, termasuklah kereta rasmi Menteri Besar tidak akan diserahkan lagi seperti yang diputuskan oleh pimpinan pakatan Rakyat sebelum selesai kes di mahkamah. Sekiranya mahkamah sudah membuat keputusan barulah kenderaan itu diserahkan.

11 ulasan:

kesturi berkata...

salam ,

.. apa yg kita lakukan ... lakukan dengan nawaitu yg ikhlas .. sejauh mana ikhlasnya kita .. hanya Allah yg tahu ..!

maun berkata...

Tindakan DS Nizar tu betul supaya tak orang nak kata bahawa DS Nizar dah mengakui si Zambry sebagai MB Perak kerana dah serah segalanya. Pegang satu harta kerajaan negeri sebagai simbolik dan bukti kepada mahkamah bahawa DS Nizar sebenarnya masih MB sah Perak memang tindakan yang amat bijak. Bijak bebeno MB teman ni, tak sia-sia rakyat Perak memilih mika, bergeliga kepala otaknya..teman pun tak terpikior.

lailarahmat berkata...

semoga simbolik mb yang sah - AGS 10 dalam peliharaan Allah juga......musuh2 yg dengki akan cuba pelbagai cara untuk menghancurkan ......mana tahu ade cubaan jahat cuba menjahanamkan kereta itu ketika di jalan raya / cuba melanggar atau sebagainya....waayazubillah ...semoga dilindungi Allah.....

Awanama berkata...

TAKKKKBIRRRRRR!!!!!!kita lawan tetap lawan...Allah bersama org2 yg benar!!!

Awanama berkata...

nizar tak de duit nak beli kereta...

Awanama berkata...

anonim 06:33:00, ko ni ape lah bengap sgt tak reti politik ke? org mcm ko ni lah selalu kena beli dek UMNO/BN tiap2 kali pilihanraya.
Setakat Camry tu kami Ahli PAS/PR colect 10minit je dah boleh belikan utk YAB Nizar tu.
Lainlah kalau sama harga dengan kapal selam Najib tu!

Awanama berkata...

ALlah menguji Ir Nizar dgn pelbagai ujian dan mehnah.InsyaALlah setelah hak itu dikembalikan rakyat dpt menyaksikan keikhlasan yg terpancar sebagaimana rakyat Kelantan menyayangi Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat.Semua bangsa menyanjungi nya hatta selantang dan segedebe MP Pasir Mas beliau amat menghormati TGNA sedaya mungkin utk tidak menyinggung hati TGNA dlm keadaan apa sekalipun. Eric Mersat.

Awanama berkata...

Anonim 06.33 mai cek nak habak mai. Setakat Camry tu Nizar dah ada pun sebijik cuma colournya yang yang lain. Masa kami kempen dulu pun dah guna. Hang ni kalut betui. Kita ada prinsip la.... Yang penting itu hak MB yang sah.

Power Renjis berkata...

zambry cakap dia tak nak pakai kete tu..dio nk bkhidmat untuk rakyat je..tp boleh caya ke?

Awanama berkata...

haha,ble caya ke nak khidmat tuk rakyat??!! konon.. MB HARAM.. rakyat pun tak perlu khidmat kau.zambry nape ko tak muncul2 pun nak pertahankan status ko. penakut.. mesti sembunyi macam najib takut nak datang perak.cesss...

Awanama berkata...

weh,takat camry tu bapak aku pun ble bagi la kat YB nizar. tapi tu dah prinsip dia sebagai MB yg sah. bukan macam zamry, lepas jadi MB haram tak pernah muncul pun di kalangan rakyat. takut kena baling kasut macam Bush ker??hampeh!! wat malu warga uia jer. kena kutuk jer kat sini.