28 Februari 2009

Perang mulut, Parlimen dicemari.

KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Pemuda Umno Selangor 'menunjukkan fizikal kekuatan' dengan bergelut di bangunan Parlimen petang ini berhubung isu Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh mengeluarkan perkataan 'celaka' semalam.

Insiden kira-kira pukul 3 petang tadi bermula apabila 13 ahli dari Pemuda Umno dari Bahagian Petaling Jaya Utara dan Gombak mengepung Karpal yang baru tiba di pintu masuk utama ke bangunan Parlimen.

Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda Umno celaka" dan meminta maaf kepada mereka.

Karpal bagaimanapun hanya mendiamkan diri dan meminta bantuan daripada pihak keselamatan berhampiran kawasan tersebut menolongnya.

Suasana kelam-kabut di kawasan Parlimen itu bertambah kecoh apabila Ahli Parlimen Segambut, Lip Li Eng dan Bukit Bintang, Fong Kui Lun cuba mempertahankan Karpal.

Namun salah seorang daripada Ketua Pemuda terbabit, Zulkarnain menarik baju ahli Parlimen Segambut itu.

Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya disekat anggota polis dan pasukan keselamatan Parlimen manakala Karpal segera dibawa masuk ke menara Parlimen.

Namun, keadaan panas semula apabila ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo keluar dari bangunan Parlimen dan mencabar Pemuda Umno berdepan dengannya.

Semalam, Karpal menarik balik perkataan "celaka" yang ditujukan kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Sementara itu, menurut Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau kesal dan mengecam keras tindakan yang dilakukan oleh Pemuda Umno itu.

"Kami mengutuk keras tindakan biadap dan ganas seperti ini dan jika ia dibenarkan akan membahayakan keselamatan ahli Parlimen.

"Kita mahu tindakan segera dan jaminan daripada pihak polis dan kerajaan supaya kemuliaan dewan dan kebebasan ahli-ahli Parlimen terjamin," katanya ketika ditemui.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang juga Penasihat DAP pula menyifatkan apa yang berlaku hari ini sebagai satu perkara yang memalukan dan tidak pernah terjadi dalam sejarah Parlimen di negara ini.

"Pada sesi pembukaan kali ini satu usul telah dikemukakan mengenai pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan ahli Parlimen namun apa yang berlaku ia telah dilanggar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau juga meminta, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta maaf atas apa yang terjadi kepada Karpal hari ini.

"Saya minta Abdullah dan Hishammuddin meminta maaf secara terbuka atas apa yang berlaku ke atas Karpal hari ini. Mereka patut minta Pemuda Umno berhenti daripada mengamalkan tindakan ‘gangsterism’ ke atas Ahli Parlimen pembangkang.

"Mereka (Pemuda Umno) telah melanggar undang-undang negara dan akta di Parlimen," katanya.

Sementara itu, Karpal dan Gobind Singh ketika dihubungi malam tadi masing-masing menafikan sudah membuat laporan polis berhubung insiden pergaduhan yang berlaku di bangunan Parlimen petang semalam.

"Saya belum buat apa-apa laporan kepada polis lagi setakat ini. Kita mahu lihat dulu bagaimana tindakan yang akan diambil oleh kerajaan dan Parlimen dahulu,"kata Gobind kepada mStar Online malam tadi.mstar.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul ke TG Hj Hadi pun ada kata UMNO celaka?

asalbayu berkata...

Lawaknya. Kata hormat dan nak junjung Rukun Negara. Tapi tiba-tiba pakai Rukun Rimba pula. Betullah di dunia manusia juga ada nafsu haiwan. Beginikah jati diri orang Melayu?

Tanpa Nama berkata...

Tuan guru Haji Hadi tak ada kata UMNO celaka. Tuan guru Haji Hadi cuma suruh rakyat cantas pemimpin celaka yang menjahanamkan negara! Siapa yang makan cili dia terasa la pedasnya...
Rakyat sendiri boleh fikir pemimpin mana yg celaka. Siapa yang menyebabkan Singapura terkeluar dari Malaysia, Pulau Batu Putih tidak lagi jadi milik Malaysia, WPI,Pulau Pisang bakal menyusul nasib yg sama... PPSMI bakal hilangkan jati diri bangsa peribumi Malaysia orang Melayu, warga asing (Al-Tantuya) mati di Malaysia tanpa diketahui siapa pembunuhnya setelah bertahun-tahun kes berlanjutan, media perdana putar belit tak habis-habis... memusing maklumat benar kepada palsu, provokasi dan sebagainya, Rampasan kuasa di Perak melalui jalan yg tak bermoral, tidak dibenarkan pula apa-apa penerangan oleh pembangkang.SIAPA YG CELAKA KALAU BUKAN PEMIMPIN UMNO!!!!!!!!!!!!!!!!! AKU BENCI PEMIMPIN UMNO TERUTAMA NAJIB yg pernah rosakkan masa depan aku dengan perancangan tak tentu hala dia wujudkan UPU Infoline... Aku tak dapat tawaran universiti walaupun SPM gred 1.
SIAPA YANG CELAKA KALAU BUKAN PEMIMPIN UMNO????
TOLONGLAH SEDAR!!!!!! Ahli UMNO yang masih ada maruah.... keluar la dari UMNO... sertai PR!!!!

Tanpa Nama berkata...

Lagi satu nak tambah nak mengatakan betapa jelas CELAKA nya Pemimpin UMNO bilamana POLIS digunapakai untuk menjaga keselamatan pemimpin UMNO dan BN dan bukannya menjaga keselamatan rakyat. Walhal gaji POLIS RAKYAT YANG BAYAR MELALUI PELBAGAI CUKAI YANG DIKUTIP. NI TOL NAIK LAGI, MENTEKEDARAH DUIT RAKYAT LAGI.Macam mana lagi nak bagi tau kalau tak JELAS TERANG LAGI BERSULUH PEMIMPIN UMNO DAN BN ADALAH PEMIMPIN CELAKA YANG MENJAHANAMKAN NEGARA MALAYSIA DAN RAKYATNYA.

Tanpa Nama berkata...

PEMIMPIN PEMUDA UMNO,PEMIMPIN UMNO,POLIS,SPRM MEMANG CELAKA..MEMANGG CELAKA...dr bekas ahli UMNO..(bekas ahli UMNO x cilaka yer)

Tanpa Nama berkata...

Bila membaca kisah pelajar mati atau cedera akibat gangsterisme, terasa takut dan sedih. Tapi bagaimana budaya ini tidak menular sedangkan pemimpin masyarakat dan negara pun begitu....
Bagaimana masa depan kita di Malaysia ini agaknya?

Tanpa Nama berkata...

stakat ni aku x nmpak sorang pun pemimpin umno/bn yg x celaka...
xdak satu pun yg brjenis,specis x tau malu memang belambak dlm pertubuhan ni...
lebih2 lg simamak pedukang yg haram kat perak tu...haaaak ptuuuiihh...

Tanpa Nama berkata...

Pemuda UMNO tidak sepatutnya disebut celaka!
cuma mungkin ciri2 celaka ada dikalangan pemimpin mereka.. na'uzubillah

Tanpa Nama berkata...

Drs,Nama pun pemimpin,kalau amanah tak dijaga dan dilaksanakan dgn penuh bertanggungjawab."Celaka"badan d i sula derita..Contoh paling mudah ADUN Bebas yg menanggung "kecelakaan" sampai terpaksa bersembunyi hinnga kini.Celaka sarat kalimat penuh maana .Lalu duka nestapa dan merana. Mohon YB memberi tazkirah tentang nya. Nona Ratana Chulaborn