26 Februari 2009

TERKINI JAM 11.15 pagi: ADUN Kuala Kurau Sedang Memberi Keterangan kepada SPRM

IPOH:-Satu laporan rasuah sedang dilakukan oleh ADUN Kuala Kurau,YB.Yunus Jamahri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) atas usaha pimpinan BN merasuah beliau dengan wang dan jawatan.

Hadir bersama beliau ialah ADUN Pakatan Rakyat, YB. Drs.Khalil Idham Lim(Titi Serong), YB.Chan Ming Kai(Simpang Pulai), YB.Chang Lih Kang (Teja), YB.Leong Mee Meng (Jalong), YB Sum Cheok Leng (Bercham), YB. Sivasubramaniam(Buntong) dan YB. Ramli Tusin (Gunung Semanggol).

Dalam sidang akhbar sebentar tadi, ADUN Kuala Kurau mendedahkan usaha membeli beliau supaya melompat kepada BN bermula sejak minggu PR menang di Perak sehinggalah sebelum BN merampas kuasa di Perak.

Beliau juga mendedahkan tawaran yang diberikan antaranya dengan sogokan wang dari RM3juta hingga RM8 juta. Disamping dengan tawaran kompatmen balak dan jawatan Exco Perak.

8 ulasan:

Awanama berkata...

hidup YB Kuala Kurau.. masih pegang pada prinsip hidup & parti, kerana menolak cubaan rasuah dari Be-End.. kami menyokong penuh kepimpinan Pakatan Rakyat.

Awanama berkata...

terjah@sabah

BN DAN UMNO AKAN MUSNAH TIDAK LAMA LAGI

Rakyat Malaysia sekalian, politik Sabah bakal mengalami gelombang Tsunami ke-2 ekoran dari “cakap-cakap” pemimpin veteran Sabah, tindak-tanduk pemimpin mereka yang “pelik” pada persidangan dewan parlimen dan info sulit yang diperolehi dari maklumat “dalaman” beberapa parti politik di Sabah. Pemimpin-pemimpin Sabah bakal “memberontak” kerana cukup merasa tersisih dari arus perdana medan politik Negara apatah lagi Sabah dan Sarawak memegang “anak kunci” kepada ketuanan mutlak Melayu UMNO. Hati-hatilah kamu BN!

Awanama berkata...

kalau buat laporan pastikan ada fakta dan bukti yang lengkap YB..baru la SPRM tak leh nak cakap tak cukup bukti...
Tahniah YB berpegang pada prinsip jgn jadi katak lompat@2

azhar berkata...

salam..yb..sebenornye rasuah ni memang banyak tak terkire..deme banyak takut..tau-tau hilang..kena letup..susah tu..tambah kalau orang biaseje..tu ramai yang takut nak lapor..ade setengah kes tu kita lapor..kita pula kena siasat..inilah namanye SPRM..Suruhanjaya Pelindung Rasuah Malaysia..

Awanama berkata...

dari dulu hingga kini ramai orang melayu dalam sejarah filem melayu adalah peminat nordin ahmad .cukup. woi umno paham la yer...

Power Renjis berkata...

teruskan lapor..deme tetap diam je..tunggu tak lihat2 la jawabnya..

Awanama berkata...

sebaik hang tak lompat yunus..kalo tak mau aku buat banner khas untuk hang..

Awanama berkata...

UMNO dah semakin menggila..................
UMNO dah semakin meroyan...................
UMNO dah semakin tertekan...................
Fikir2kan Bro!