oleh : Herman Samsudeen
Di penghujung Usrah Pemuda Titiwangsa malam tadi ada sahabat yang membangkitkan soal kenapa pimpinan Pas begitu tenang melihat muqabalah Anwar-Abdullah yang berlangsung pada 10 Mac lepas di di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Ini berbeza dengan respon yang diterima oleh pemimpin Pas dari kebanyakkan rakan Pakatan setelah isu Muqabalah Pas-Umno hangat diperdebatkan.
Anwar dalam kenyataan menafikan bahawa ada sebarang rundingan tengahari itu, begitu juga Abdullah yang turut menolak untuk menceritakan isi perbincangan mereka sepanjang berada di madrasah itu.
Walaubagaimana pun MSO ada menceritakan sedikit bagaimana pertemuan yang dikatakan tidak dirancang itu berlaku. Beliau menceritakan bahawa Abdullah sampai dulu dan kemudiannya diikuti Anwar dimana kedua-duanya terus dibawa masuk ke rumah Tuan Guru Sheikh Mahmud dan makan tengahari.
Dalam satu ceramah, Ust. Badrul Amin yang turut berada ditempat kejadian mengesahkan hal ini dan turut menyatakan bahawa dalam satu ketika Anwar dan Abdullah ada dipanggil oleh Sheikh Mahmud untuk masuk ke dalam sebuah bilik dirumah itu dan berbincang sesuatu. Walaubagaimana pun, tiada siapa yang tahu isi perbincangan itu melainkan mereka bertiga dan Allah sahaja.
Ramai orang melihat pertemuan itu satu kebetulan, malah Anwar mengakui bahawa turut sama berada di madrasah hari itu adalah ketua sami Buddha dari Bangkok serta bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman Thailand Profesor Dr. Bhokin. Mereka datang untuk memberikan ucapan berkaitan dengan isu-isu keamanan dan perpaduan.
Cuma pelik sedikit kerana kenapa Sheikh Mahmud memanggil Anwar dan Abdullah berbincang dalam bilik. Dan kenapa selepas solat Zohor, hanya Abdullah sahaja diberikan peluang berucap? Jika VIP lain yang dijemput turut dibenarkan berucap sebelum itu, kenapa Anwar tidak diberikan peluang itu? Kenapa Sami Buddha dari Thailand mendapat keutamaan untuk sampaikan ucapan berbanding Anwar? Adakah benar Anwar dijemput hanya sekadar untuk meramaikan majlis dan makan tengahari sahaja?
Kenapa Anwar perlu buang masanya disitu jika tiada hal yang penting walhal pada hari itu beliau ada agenda penting dalam Persidangan Parlimen?
Yang peliknya, kenapa Abdullah yang dijadualkan merasmikan program sambutan maulidur Rasul di madrasah itu pada hari keesokkannya datang sehari lebih awal dan bertembung dengan Anwar? Adakah Abdullah ada datang pada hari keesokkannya untuk rasmikan majlis itu?
Nampak seolah-olah pertemuan itu sudah diatur dan mereka berdua kena naik terus ke rumah sebaik sahaja tiba. Sama ada ada Anwar dan Abdullah terlibat dalam komplot pertemuan yang tidak ‘dirancang’ ini atau tidak, saya tidak pasti. Namun Seperti yang dikatakan oleh pemimpin PKR, Ust Badrul Amin, bahawa mereka ada berbincang sesuatu, maka pastilah ada sesuatu yang dibincangkan.
Adakah ianya soal kerjasama PKR atau Pakatan dengan Umno-BN. Atau adakah ianya satu detik penyatuan pemimpin melayu-Anwar dan Abdullah untuk kepentingan bersama sekaligus menghalang Najib jadi PM? Siapa pun tidak tahu. Anda tidak tahu, saya pun tidak tahu.
Kenapa Pemimpin Pas tenang sahaja?
Itu persoalan rakan Usrah saya. Soal muqabalah atau pertemuan yang tidak ‘dirancang’ ini bukanlah persoalan yang seharusnya menserabutkan akal pemikiran kita. Bagi saya, biarlah kalau Anwar nak jumpa Abdullah kat mana-mana sekalipun. Anwar nak jumpa Najib pun saya tak kisah. Buat apa nak kecoh. Itu hak mereka untuk bertemu dan berbincang secara baik tentang apa jua isu.
Namun begitu saya jelas dan faham akan tujuan soalan yang dilontarkan oleh sahabat itu. Apa yang beliau mahu adalah supaya pemimpin Pas komen, sama seperti pemimpin PKR dan lain-lainnya termasuk ahli Pas yang komen bila pertemuan sulit pemimpin Pas dan Umno selepas PRU-12 terbongkar. Sahabat itu mahu pemimpin Pas komen sama sepeti orang lain kritik kenapa Pas perlu bermuqabalah dengan Umno tahun lalu.
Ya! muqabalah. Ia idea Presiden Pas yang ditentang oleh ramai anggota Pakatan termasuklah kalangan segelintir pimpinan dan ahli Pas yang tak faham politik cara Islam. Secara peribadi, ketika Presiden keluarkan idea itu saya setuju dan begitu juga dengan pemimpin pemuda Pas Wilayah yang lain.
Kami setuju bila Presiden kata;
“Kita akan mengadakan muqabalah apabila perlu kerana ia turut memberi keuntungan kepada banyak orang, contohnya dalam isu Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) yang memberi keuntungan kepada Hindraf,”
Maka disitu ada satu garis panduan tentang tujuan dan matlamat muqabalah itu. Justeru itu, saat Anwar kantoi (ini bahasa rakyat marhaein), maka pemimpin Pas tenang. Pemimpin Pas langsung tak nak kata apa kerana itu adalah hak mutlak Anwar untuk bertemu dan berbincang, apalagi jika ada hasrat yang baik disitu.
Pemimpin Pas tak kata “Hah! sekarang Anwar bermuqabalah boleh pulak, bila Pas nak buat tak boleh sampai Pas dituduh khianati Pakatan kerana tak bincang dulu dengan rakan lain sebelum jumpa Umno”
Walaupun ada orang yang bermulut celupar pernah maki Pas dan Presiden kerana pertahankan isu muqabalah, tapi saat isu muqabalah muncul kembali pemimpin Pas tak nak komen apa kerana mereka lebih faham dari orang yang tak faham. Walaupun pertemuan Anwar-Abdullah tidak dimaklumkan pada rakan Pakatan yang lain, itu tidak menjadi isu kerana ikatan Pakatan tidak sama dengan BN. Setiap anggota Pakatan mempunyai hak ekslusifnya sendiri untuk bertemu dan bersahabat dengan mana-mana pemimpin dan parti.
Maka dalam hal ini, benarlah tindakan dan pandangan Presiden Pas sebelum ini dalam isu muqabalah. Kita tidak seharusnya menutup ruang untuk bertemu dengan Umno atau parti komponen BN yang lain. Sekiranya ada isu yang kita boleh duduk bincang dan cari jalan penyelesaian bersama kenapa kita perlu tolak amalan muqabalah. Bukan Pas atau Anwar sahaja boleh bermuqabalah dengan Umno, Lim Kit Siang, Karpal atau mana-mana pimpinan Dap pun boleh. Masing-masing ada pandangan dan cara, tapi kepentingan rakyat perlu diambil kira dalam bermuqabalah.
Dalam apa jua isu, Hormati pandangan Presiden Pas
Oleh itu, saya melihat dalam hal ini. Kebijaksanaan Presiden Pas dalam mentafsirkan kepentingan dan keperluan sesuatu itu begitu jauh kehadapan. Malah beliau telah membuktikan bahawa apa yang beliau lakukan itu bukan untuk kepentingan peribadi dan parti, tapi lebih kepada kepentingan semua pihak.
Oleh itu, gagasan pemikiran beliau perlu disambut oleh segenap lapisan pemimpin dan dibahaskan secara positif dan bukannya menolak dengan gaya pemikiran ortodoks yang konservatif.
Banyak juga isu yang menarik perhatian seperti isu negara Islam, Hadharah Islamiah, Negara Berkebajikan dan terkini isu Unity Goverment yang dilhamkan oleh Presiden masih gagal dihayati dan dikembangkan oleh kebanyakkan pimpinan dan ahli akar umbi. Seharusnya buah-buah pemikiran beliau dibengkelkan dan diseminarkan bagi mendapatkan pandangan yang lebih jitu.
Apa jua yang keluar dari kotak pemikiran beliau wajar diambil untuk difikirkan bukannya ditentang secara membuta tuli. Malah pandangan beliau tidak pernah berbeza dengan mursyidul Am. Telitilah setiap kenyataan yang melibatkan isu-isu panas yang mereka komen, pasti ada persamaannya walaupun mulanya nampak berbeza.

5 ulasan:
PAS adalah PAS. JIM adalh JIM. Noktah.
Pandangan Rasulullah dan para Khalifah pun pernah disanggah.Dan ternyata mereka sendiri pernah tersilap. Contohnya, semasa Rasulullah mengambil pandangan Abu Bakar tentang tahanan perang lalu Allah Ta'ala menurun ayat membenarkan pendapat Umar.
Bukan cara Islam sekiranya pemimpin tidak boleh di tegur. Dan jangan begitu mudah mengatakan yang ahli PAS membuta tuli hanya kerana keinginan anda sama dengan keinginan Dato'Presiden.
Seperkara lagi, kita semua tahu tentang persahabatan Rasulullah dan Sahabat-sahabatnya - betapa rapat dan penuh dengan kasih sayang. Tetapi mereka juga pernah tidak sependapat.
Amat menghairankan jika dikatakan pandangan Presiden TIDAK PERNAH berbeza dengan pandang Mursyidul Am. Ajaib!
Main silap mata kut....
Tak payahlah kita perbesarkan perkara yang boleh membawa perpecahan umat Islam, apalagi sesama jemaah..pendapat-pendapat yang sentiasa ingin dilihat mereka lah yang betul dan pandai senang diracun oleh syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan kita semua. Muhasabahlah diri kita dan berjuanglah hanya kerana Allah dan RasulNya..Setiap kekurangan yang ada pada pimpinan kita hendaklah kita bersama bertekad untuk membetulkan dan berjuang dan menyokong bersama mereka..Insya-Allah..
Syaitan lebih mudah membisikkan kepada hati yang kotor. Kita mungkin beribadat tetapi belum tentu hati kita bersih.
Banyak yang kita tidak tahu, tetapi berlagak pandai kerana dah jadi kerenah orang politik suka bercakap. Inilah antara perkara yang akan melemah dan memecahkan kita. Penyakit di dalam UMNO dah mnejangkit ke dalam Pakatan.
Cara terbaik berdiam diri. Andaian lebih banyak salah dari benar. Itu lah yang banyak dibincangkan setakat ini.
Tidak semua perkara ahli perlu tahu, sebab mulut tempayan memang sukar dibendung.
anwar yg xnk berucap bkn org x pelawa cuba tgk video pertemuan tu
Catat Ulasan