KUALA LUMPUR: Calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini didapati bersalah melanggar peraturan kempen pemilihan parti. Namun dia tetap dibenarkan bertanding, Inilah persoalan yang mungkin memeningkan kepala banyak pihak.
Beliau bagaimanapun hanya diberi amaran dan masih layak untuk bertanding jawatan itu pada pemilihan minggu depan.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn, di sini, sebentar tadi.
Katanya, Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda didapati bersalah di bawah Perkara 10.1, Tataetika Ahli Umno.
Dalam sidang media itu, beliau turut mengumumkan 14 lagi ahli Umno yang didapati bersalah termasuk Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Mohd Ali yang akan sepatutnya bertanding jawatan Timbalan Presiden bagaimanapun telah hilang kelayakan bertanding kerana didapati bersalah di bawah Perkara yang sama.
Ditanya sebab Khairy hanya dikenakan amaran manakala Mohd Ali hilang kelayakan bertanding sedangkan kesalahan mereka jatuh di bawah Perkara yang sama, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, jenis perlakuan kesalahan yang dilakukan mereka adalah berbeza.
"Mereka tidak ada kes yang sama. Apa yang dilakukan oleh ejen mereka juga berbeza.
"Contohnya antara rasuah makan-makan atau rasuah wang, sudah pasti kesalahan dan hukuman itu juga berbeza walaupun kes itu dalam Perkara Tataetika yang sama," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, seorang lagi calon Ketua Pemuda iaitu bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pula didapati tidak bersalah.
Pertandingan bagi merebut Ketua Pemuda Umno pada 25 Mac ini membabitkan tiga calon termasuk Khairy, Dr Mohamad Khir dan Datuk Mukhriz Mahathir.Mstar.

5 ulasan:
Rasuah tetap rasuah walau apa istilah yang digunakan. Amalan rasuah dalam kehidupan kita mampu menjauhkan rahmat ALLAH s.w.t.
Menyokong manusia yang mengamalkan rasuah seolah-olah kita redha dengan amalan yang jelas dan nyata HARAM SERTA DILAKNAT OLEH ALLAH S.W.T!!

1) Apa beza politik wang dengan rasuah? Kenapa kalau pemimpin pembangkang ada kes rasuah, istilah "rasuah" digunakan? Tetapi apabila ada kes dalam pihak kerajaan, istilah "politik wang" dan salah "guna kuasa" digunakan dengan meluas.
2) Kedua-dua kes yang melibatkan Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin adalah dari jenis kesalahan yang sama. Ejen mereka melobi (politik wang) perwakilan dengan rancak. Tetapi kenapa Ali Rustam dilarang bertanding, tetapi Khairy hanya diberi amaran?
3) Kenapa kes ni disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO dan bukan SPRM seperti yang lain? Apa kuasa Lembaga Disiplin UMNO sehingga boleh menyiasat perkara ni dan menjatuhkan hukuman ke atas pesalah?
4) Kenapa Azalina Othman tidak disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO? Adakah beliau terlibat dalam rasuah, tetapi bukan poltik wang?
5) Kenapa ada double standard dalam kes penyiasatan antara ahli kerajaan dan ahli pembangkang?
6) Adakah pesalah yang disabitkan kesalahan mereka oleh Lembaga Disiplin UMNO tidak perlu lagi disiasat oleh SPRM?
7) Adakah adil bagi seseorsang tu yang terbukti bersalah melakukan politik wang dikenakan hukuman sedangkan orang lain yang melakukan kesalahan yang sama hanya diberi amaran? Padahal, tiada beza berat atau tidak kesalahan mereka, yang penting mereka telah terbukti melakukan kesalahan tu, bukannya masih dalam tuduhan!
8) Adakah ejen pelobi mereka memandai je melobi perwakilan untuk mendapatkan jawatan tanpa diarah oleh seseorang? Di mana ejen-ejen tu mendapat duit yang banyak untuk melobi perwakilan? Adakah mereka menjadi ejen secara sukarela dan tidak ada kena mengena dengan calon-calon? Bagaimana mereka boleh menjadi ejen-ejen kepada calon-calon ni jika mereka tiada kaitan dengan calon-calon ini?
9) Adakah adil, hanya ejen-ejen yang dikenakan tindakan sedangkan "bos" mereka tidak? Adilkah ejen-ejen ni hanya disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO dan bukan SPRM sedangkan terbukti mereka memberi rasuah?
Sebab dia menantu PM. Kan Pak Lah masih lagi berkuasa?
rasuah ade had ade hari..halal separuh..haram separuh..yg khairy punya boleh dimaafkan..hihi..lucu jugak umno ni
Catat Ulasan