02 April 2009

"Mohon restu rakyat" Poster besar BN tidak beri kesan.

Poster Besar BN mula di pasang dimerata tempat dalam Parlimen Bukit Gantang dengan tema "Mohon Restu Rakyat". Slogan itu di letakkan di tiga keping gambar utama, Najib, Zambry dan Ismail.

Bagi saya slogan yang diletak itu tidak aan memberi kesan dan penambahan undi kepada BN. Kerana slogan yang diletakakan ini tidak cukup untuk memujuk rakyat yang tidak sabar untuk menghukum BN di Bukit Gantang.

Saya ucapkan dibeberapa tempat ceramah yang diikuti bahawa kedatangan pemimpin BN ke Bukit Gantang setelah mereka melaui proses pemilihan yang diselubungi dengan politik wang alias Jenayah Rasuah yang jijik itu.

Ribuan laporan yang hanya disiasat cuma beberapa kerat, yang tidak lebih dari "kambing hitam" bagi mengatakan bahawa Lembaga Displin sudah pun mengambil segala langkah dan tindakan untuk meghukum mereka yang terlibat.

Bukti yang jelas kita lihat apabila pertembungan pemilihan jawatan yang telah berlangsung itu adalah semacam membeli jawatan itu dengan sejumlah wang yang banyak.

Yang sedikit berbelanja, atau tidak cukup berbelanja sudah pun kalah walaupun mereka MB ataupun menteri termasuklah timbalan menteri.

Perwakilan tidak akan menilai jasa mereka menjaga rakyat tetapi perwakilan nampaknya akan melihat sejauh mana dan sebanyakmana kebajikan dalam bentuk sejumlah wang sebagai ganti untuk mengundi.

Tragedi perebutan kuasa itu berakhir sebelum mereka ke Bukit Gantang, jadi mereka datang dengan peluh yang masih tidak kering dari PWTC, iaitu peluh rasuah yang sangat maklum oleh seluruh rakyat termasuklah di bukit Gantang.

Jadi buatlah slongan Mohon Restu Rakyat sebanyak manapun saya kira tidak akan merubah pespektif pengundi bahawa kalau undi BN cuma untuk restu kemanangan semata-mata, dan disebalikan dengan habuan keduaniaan yang diharapan,walau dijanjikan atau tidak. Inilah trend lama politik UMNO dan BN termasuk dalam PRK Bukit Gantang.

Sebaliknya Restu dan Ridha Allah SWT yang sangat di fahami oleh penduduk Bukit Gantang khususnya yang beagama Islam, sebab itu saya yakin mereka tetap akan meneruskan hasratnya memangkah calon PAS, Ir. Hj. muhammaad Nizar jamaluddin.

14 ulasan:

Awanama berkata...

Rakyat Bukit Gantang termasuk mereka yang bersama UMNO pun sudah naik muak. Mereka yang masih mahu menerima UMNO adalah dari kalangan yang berperangai serupa. Rasuah dalam politik sehingga nak pasang baner BN pun kena sumbat wang.

Awanama berkata...

UMNO buta jawi?

Assalamualaikum YB..saya terpanggil bila YB cerita pasal billboard BN di tepi2 jalan...saya nak komen sikit pasal billboard BN yang tulis guna tulisan jawi...ejaan yang digunakan salah...pada perkataan "AMALAN"...amalan adalah perkataan serapan dari Bahasa Arab "AMAL"...jadi kaedah yang digunakan adalah dengan mengekalkan ejaan dalam Bahasa Arab tersebut dan ditambah huruf "NUN"untuk imbuhan...

ZAMRI kecik's berkata...

depa ni apa pun tak reti.bahasa arab tak reti.bahasa melayu pun tak reti.
tu pun dok kalut nak belajaq bahasa inggeris.
dah tau tak reti tulisan jawi yang pi mansuhkan matapelajaran jawi kat sekolah kebangsaan tu pasaipa!?

PASShahAlam berkata...

PAS boleh buat tema yang best

"MOHON RESTU ILAHI"
"MOHON RESTU ALLAH"

LV berkata...

blajar bhs Inggeris tu bagus, ada feadahnye..
ble blajar bhs Inggeris, bhs Melayu tak dipinggirkan pun..

Cumenye pelajar yg tak pandai bhs Inggeris tu sbb mak bapak diaorg sibuk dok tentang bhs Inggeris..
dah la mak bapak tak pandai bhs Inggeris, anak2 depa pun ikut skali..apa la..

Nanti kat U pun kna gak blajar bhs Inggeris..xrugi pun blajar dr skrg..

SAYANG MELAYU

abgBro berkata...

mohon restu rakyat eh...jadi kalu bn kalah 7 april ni bermakna rakyat tak restu najib jd pm rakyat tak restu zambri jd mb dan rakyat memberi restu kat ismail jd mp...tak gtu yb?

Awanama berkata...

Semalam saya ke ceramah Dato Zambry di Bukit Gantang,saya nak tukar angin dengar di sebelah sana pulak. Bagi seorang Menteri Besar sambutan yang di beri tidak begitu memberangsangan. Hadirin sekitar 1000 ke 2000 orang.Semasa bersalaman pun beliau yang pergi bersalam dgn hadirin dan sangat berbeza keadaan di sebelah Pakatan Rakyat.

Awanama berkata...

Sayang melayu ni sayang melayu membabi buta dan tak paham orang cakap dalam bahasa melayu. Sape kata kite tentang pembelajaran bahasa inggeris. Yang kite tentang PPSMI. Dan yang menentang ni bukan orang bodo bodo macam awak. Prof2 dan cendikiawan2. Saya nasihatkan awak belajar pemahaman bahasa melayu supaya awak faham ape orang tulis dan cakap. Dah terlebih omputih le tu!

Unknown berkata...

Mohon restu Rakyat? UMNO nak suruh restu apa ni, nak suruh rakyat restu UMNO tipu rakyat lagi ke? Bagi hukuman pada pesalah rasuah pun pilih bulu, UMNO dah restui pemimpin UMNO yang rasuah... rakyat tahu tu... rakyat tak nak telibat... rakyat takut dosa... rakyat akan restui pemimpin yang besih dan amanah macam MB Nizar... UMNO jangan marah ah... UMNO dah tua... nanti bertambah tua...

Anak Bugis berkata...

MOHON RESTU RAKYAT..???

BUKAN UMNO SELAMA NI TAK PEDULIKAN RAKYAT..??

MERAMPAS HAK RAKYAT..

MENGHALALKAN YANG HARAM..?

Awanama berkata...

PASTIKAN JENTERA2 PRK KITA PANTAU JALAN2 MASUK KE CKT JERING MELALUI TRONG, KUALA KANGSAR, SIMPANG, KAMUNTING DSB.

Kekacang berkata...

Yang sokong PPSMI tu sebab dia tak faham Bahasa. Pi la US ke UK ke, mana ada orang cakap guna istilah Sains.
Yang ngikut PPSMI tu sebab dia tak bodo, tak tahu apa - apa..

adam berkata...

salam yb,,,saya setuju beno la klu bukit gantang tu milik pas,,saya sudah muak dgn perangai umno yg menyerupai munafik,,,dlm pilihan raya macam2 dijanjikan,,tp bila menang satu bende pun tak wat,,macam sarawak la,,org yg sama pegang tapi kemajuan tak da,,,tapi bila batang ai nak pilihan raya sama gak cakap mereka,,akan majukan sarawak,,yg musykil nya mane duit2 yg patut majukan batang ai sebelum ni,,ke perut la weh,,,

KERISKARAT berkata...

Mohon restu rakyat kononnnn....naik harga minyak,naik harga tol,naik harga barang,rampas kerajaan PR Perak tidak mintak restu rakyat???? Dlm pilihan raya ni pandai pulak mintak restu rakyat....pegi jahanam amno/bee end...