02 April 2009

Malaysia dapat PM baru esok !

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin .

Difahamkan pada pagi ini Perdana Menteri turut menjemput Najib untuk mengiringi beliau menghadap Agong.

Jika mendapat perkenan Tuanku, Jumaat ialah harinya Najib mengambil alih jawatan perdana menteri.


Abdullah akan menghadap Tuanku Mizan bagi memohon perkenan berhubung isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri seperti mana yang telah dipersetujui dalam pelan peralihan kuasa antara beliau dan Najib sebelum ini.

Upacara angkat sumpah Najib sebagai Perdana Menteri keenam dijangka berlangsung Jumaat ini di Balai Rong Seri, Istana Negara.

Difahamkan istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah menyimpan rahsia Najib akan diadakan pada pukul 10 pagi.

Tiada ulasan: