10 Mac 2009

Siapa sebenarnya yang berhak mohon bubar DUN ?

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiada hak untuk memohon perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, dakwa Menteri Besar Perak Kudeta, Zambry Abdul Kadir.

Menurut Zambry, Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa hanya Menteri Besar yang mempunyai hak menghadap Sultan Perak untuk memohon perkenan baginda bagi membubarkan DUN.

Sedangkan tanpa beliau menyedari dia lah yang terlebih dulu melanggar perkara 16(6) dengan mengangkat sumpah setelah melakukan kudeta sebelum Menteri Besar yang sah terlucut jawatannya.

Zambry berkata demikian dalam kenyataan satu muka surat yang difaks kepada Bernama di sini malam ini sebagai mengulas kenyataan YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Mohammad Nizar, hari ini bahawa beliau akan memohon perkenan untuk menghadap Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan tiga usul, termasuk memohon pembubaran DUN, yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di bawah pokok di Ipoh Selasa lepas.

Mohammad Nizar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang dilaporkan berkata pihaknya akan mengemukakan surat dan dokumen berkaitan hasil persidangan berkenaan kepada Sultan Perak Selasa ini.

9 ulasan:

Budak Perak berkata...

amen0 buta undang2 tubuh kerajaan perak...
amen0 pkei undang2 rimba...
tarzan..

Awanama berkata...

semalam tuanku pergi ke slim river. kg orang asli program kementerian luar bandar. menteri muhd taib tak datang hantar ksu. zambry pergi dia buat ucapan. semasa pr jadi kerajaan kalau program kementerian tak da peluang le nak beri ucapan. teman dengor orng asli mengadu pada sultan pasal kerajaan bn.

matspy.

Sheikh Sambal berkata...

Kalu Sultan sayang negeri Perak.....bubarkan DUN. DS Nizar sepatutnya dibenarkan mengadap.

Awanama berkata...

mamak kalu mu jantan ngadap tuanku .jangan cakap yang meka saja yg berhak utk dpt perkenan tuanku utk bubar dun.teman dah jemu degor.rasa teman meka ne tak da .... (batu)

Awanama berkata...

"Sedangkan tanpa beliau menyedari dia lah yang terlebih dulu melanggar perkara 16(6) dengan mengangkat sumpah setelah melakukan kudeta sebelum Menteri Besar yang sah terlucut jawatannya."

...Zamry Kudeta sedar, buat-buat tak sedar, kerana kemaruk kuasa dan harta.

"Apakah yang ditakuti oleh seorang Sultan, sehingga baginda tidak mahu membubarkan DUN?" Ilmunya baik, Akalnya baik, tetapi apa yang mengganggu hatinya, sehingga tidak mahu mengikuti akalnya?

Tiada faedah bertemu Sultan, jika belum betul-betul mengenalinya. Aturan apa yang boleh dilakukan supaya Sultan boleh kata "yes"?

Wallau'lam.

Awanama berkata...

ZAMRI KADIR SUNGGUH TIDAK BERMORAL,BELIAU MENGANGKAT SUMPAH JADI MENTERI BESAR SEDANGKAN MENTERI BESAR YG SAH MASIH MEMEGANG JAWATAN. BAYANGKAN BAGAIMANA KALAU RAJA NAZRIN MENGANGKAT SUMPAH JADI SULTAN SEDANGKAN SULTAN AZLAN MASIH HIDUP......

mat_terab berkata...

Kes di perak ni ibarat macam ni la.....
Sorang mamak Kutty tu pi curi bini orang lepas tu bawak rumah Tok Kadi(sultan), lepas tu nak kahwin dengan bini orang tu dalam masa yang sama laki dia belum ceraikan lagi....oleh kerana si mamak ni dah tak tahan dah kahwin jugak, manakala Tok Kadi ni lurus bendul punya terima dan kahwin kan Si mamak dengan bini orang ni......Lepas kahwin tu Si Mamak ni arak bini dia keliling kampung suruh semua penduduk kampung terima dan Iktiraf yang dia dah berkahwin........
jadi kesimpulannya sah tak perkahwinannya tu.....?

Awanama berkata...

YB zambry memang individu yang tak tahu malu....
Dapat kuasa cara begitu, ramai umat yg melaknat...
itu belum lagi laknat dari Allah s.w.t

kontraktorwibawa.blogspot.com berkata...

HA HA HA..

AKU SUKA DENGAN KIASAN MAT_TERAB..

SYABAS MAT_TERAB