10 Mac 2009

Tanam pokok juga derhaka ?

IPOH: Menteri Besar Kudeta Negeri Perak, Zambry Abdul Kadir menuduh tanpa asas tindakan Pakatan Rakyat membina tugu berbentuk plak di bawah pokok hujan di tempat berlangsungnya Sidang Tergempar DUN Perak pada 3 Mac lepas serta menanam lima batang pokok sebagai yang disifatnya tanda dan kemuncak penderhakaan kepada institusi Raja.

Beliau mengaitkan sekali lagi ini sebagai tanda penderhakaan apabila Pakatan Rakyat menentang pelantikan beliau sebagai menteri besar oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, serta mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa perkenan baginda.

Dengan melindungi fakta sebenar kenapa sidang itu diadakan di bawah pokok dan kenapa ianya sah disegi undang-undang, Zambry "berkokok" ke hulu dan kehilir dengan kawalan ketat dari pasukan keselamatan.

"Kita lihat mereka mengatakan itu adalah tempat dan pokok demokrasi, tetapi bagi saya ia adalah tempat 'patik mohon sembah derhaka' sebenarnya. Itulah punca dan kemuncak yang mereka lakukan," dakwanya selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul dan pelancaran Bulan Dakwah peringkat negeri oleh Sultan Azlan Shah, di sini, hari ini.

Mengenai penanaman tambahan lima pokok , beliau berkata, pihak Pakatan Rakyat mengetahui bahawa kawasan tanaman itu adalah kawasan rizab jalan dan terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sehubungan dengan itu beliau mempertiakai tindakan itu adakah sudah mendapat kelulusan MBI atau belum .

Kenyataan Zambry hari ini adalah jelas menggambarkan beliau dam dilema dan ketakutan dengan sambutan yang kuat dari rakyat berbilang bangsa dan agama kepada Pakatan Rakyat setelah dia dan kuncu-kuncunya melakukan kudeta di Perak.

Malam tadi dalam pelancaran Gerak Kerja Pilihanraya P 059 Bukit Gantang seramai hampir 30,000 orang memenuhi dataran ceramah yang disediakan. Saya cabar UMNO untuk kumpul penyokongnya seramai itu dalam tempoh terdekat !

Yakinlah Zambry semakin menghampiri hari-hari akhir sebagai Menteri Besar yang tersingkat usianya dalam sejarah politik Perak malah di Malaysia.

Keghairahan penyokong UMNO sendiri nampak tidak menyebelahi Zambry dan tindakannya. Kalau benar tindakannya dan kenyataan rakyat menyebelahinya, kenapakah pada 3 Mac cuma "samseng tahi minyak" yang datang mempertahankan dewan dari kami memesuki dewan.

Itupun mereka sudah berundur namun ahli-Ahli Yang Berhormat terpaksa akur dengan benteng FRU yang diarah oleh tukang arah yang tidak sepatutunya.

14 ulasan:

Awanama berkata...

UMNO kalau nak tunjuk ramai penyokong, habis kakitangan kerajaan, pelajar dsbgnya diangkutnya. Dan di'upah' dengan nasi bungkus dan air minuman....

Awanama berkata...

hahaha lawak sungguh perangai zambry ni

muryadi berkata...

Itulah saja senjata mereka yg tinggal, kononnya segala tindakan kerajaan PR Perak sebagai menderhakai Sultan.

Dengan ini tidak semena2 telah mengheret YMM Sultan Perak kekancah politik.

Terkutuknya umno/BN ni.

Awanama berkata...

UMNO ni takut tak habis-habis. Dulu takut dengan budak-budak kecil sampai nak tutupkan PASTI. Sekarang takut dengan pokok pula!!!

Awanama berkata...

elok ler diletakkan gmbar bdk rentung kat tajuk n...same ler dgn mamak rentung tu,mcm tu ler ropenyer dia bla memekak...hudoh..

Dr. H. H berkata...

Survival terakhir UMNO ialah dengan menggunakan isu raja Melayu.

Awanama berkata...

umno dah gelabah gila.pokok pun nk di tajinya.

Awanama berkata...

Yang dia kalut orang dok tanam pokok apasal? Bukannya orang tanam mak bapak dia. Kalau dah perut busuk, orang buat apa pun dia dengki.InsyaAllah kita akan tanamkan UMNO dan suku sakatnya dalam PRU nanti

Awanama berkata...

Drs,Apa tak gabra ya YB,kalau kita baca "The Star" hari ini rakyat dah mengunjungi dan siap berposing sekali bergambar "under the raintree".Tak cukup dgn itu minta Tourism Perak declare destinasi pelancungan terbaru di Ipoh.Dek terharu MB kudeta tu tak habis habis nak kait dgn isu derhaka pd Sultan.Hai desperate sungguh Si Zambri.. Nona Ratana Chulaborn.

Awanama berkata...

Salam,

1. Zambry zombie 'berkokok' tapi ekor bergelumang dgn tahi. Lepas ni kepala pulak yg tumbuh tandok

2.Nak kumpul 30,000 org dgn sukarela? 100 org pun belum tentu Zambry atau UMNO akan berjaya!!!

azhar berkata...

salam...
sekarang kita manusia sibuk derhaka..derhaka..derhaka..
tahukah kita hari-hari kita derhaka kepada Allah..Allah suruh kita bertudung..kita buka..derhaka..Allah suruh berkahwin kita main kaki tiga..derhaka..Allah suruh tadbir negara ikut hukum kita pakai Lord Reid..derhaka..tak payah sembang le..ameno ni lagi jauh...pakatan rakyat kira ada usaha mengikut kaedah ..ameno langsung tak cerita..ameno assobiyyah..kuat perkauman hingga menidak hak orang lain..

Ubaid Madani berkata...

pah bedah pun posing gak bwh pokok demokrasi tu dengan cucu2 Ahad kelmarin..ramai betui orang nak ambik gambo..kena tunggu giliran lak..bukanya apa,ini sejarah kezaliman UMNO...sebenonye..si Zambry tu dah kecut perut giler kerana sambutan roadshow yeop Nizar disitiawan baru ni,ramai betui...

Awanama berkata...

Jangan layan puak amno ni....aku pasti sokongan rakyat kpd PR akan bertambah khasndlm PR13 nanti. pastikan PR dpt undi majorirti besar dlm PRU13. Allahuakbar!!!

Awanama berkata...

zombiery rentung,teh tarik satuu...ekekek..
kpd si rentung x sdaq dri,ni aku nk habaq sket,naik melugai aku bca knyataan hg tntng demokrasi...btoi la hg ni jnis mamak pedukang yg mudah lupa...hg tu sapa? yg aku tau hg mai dri krajaan haram,org mcm hg ni patutnya kna hntaq pi dok kat papua atau tmur leste ja hg tau dak,tu pun x tau lg depa mau ka x mau kat hg...dri segi rentung kira bleh masyuk la dgn depa...
org tanam pokok pun hg takut,apa daaa...akai pendek btoi,cmna la hg bleh dpt Phd..(tiru kot)
takut gak hg kat PR no...
aku rsa hg ni tdoq x lena dignggu mimpi sivaji da boss tgh bersidang bwh pokok...
hg ni btoi2 manusia rentung yg x tau malu punya org...woi malu la,malu la woi,woi malu la,malu la woi...

from taiping with love,yg anti zombiery si rentung...