25 April 2009

32 disyaki anggota sindiket 'black money' ditahan

KUALA LUMPUR: Seramai 29 rakyat Afrika termasuk dua wanita yang mengaku sebagai pelajar kolej dan univerisiti tempatan ditahan dalam serbuan di Kepong hari ini kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan 'black money' dan dadah.

Turut ditahan dalam sebuan di sebuah apartment pada pukul 3 petang itu ialah tiga wanita tempatan.

Polis turut merampas pelbagai barangan yang dijadikan peralatan untuk mereka bergerak aktif dalam sindiket itu termasuk lebih 20 komputer riba dan mesin pengimbas, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Koh Hong Sun.

"Mereka dipercayai terlibat dalam pelbagai jenayah antaranya penipuan black money, penipuan perniagaan, nombor ekor, loteri dan dadah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Beliau berkata, kesemua mereka yang berumur antara 20 dan 40 tahun itu kini dtahan reman bagi membantu siasatan.

Sementara itu, seorang maut manakala dua lagi parah apabila sebuah lori yang membawa muatan tanah dari Kuala Lumpur ke Ijok bertembung dengan sebuah lori kosong di Kilometer 20, Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur-Ijok pada kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

Penumpang lori yang membawa muatan tanah itu, Roslan Rasdi, 29, mati di tempat kejadian dan Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa satu jam untuk mengeluarkan mayatnya yang tersepit, kata Ketua Trafik Selangor Supt Che Husin Che Mat. Mstar.

Tiada ulasan: