25 April 2009

BN pengacau besar di Perak, rakyat makin benci !

Baru dua bulan lebih merampas kuasa di Perak, BN mula menunjukkan sikap dan sosok tubuhnya yang sebenar. sesuatu yang sangat malang dan tidak kami jangkakan apabila dengan rakus kerajaan kudeta BN memecat semua Ketua Kampung yang dilantik secara pemilihan semasa kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak.

Perlantikannya adalah untuk jangkamasa dua tahun dan akan berakhir pada tahun 2010 nanti. Kalau kami sebelum ini tidak memaksa Ketua kampung yang masih sah jawatannya sehingga akhir 2008 untuk melepaskan jawatannya, rupanya BN sudah hilang pertimbangan akal yang waras. Semua 817 orang Ketua kampung telah ditamatkan perkhidmatannya bermula 16 April yang lepas.

Persoalannya sekarang kenapakah Zambry dan kumpulan kudetanya sangat gopoh bertindak kepada satu institusi yang sangat dihormati diperingkat rakyat bawahan. Ketua Kampung yang bukan hanya dilihat sebagai penyalur maklumat kepada peringkat lebih tinggi namun ianya satu jawatan yang sekian lama didambakan untuk berkerja dengan telus adil tidak mengira bulu.

Di sanalah kejayaan yang dicipta oleh semua Ketua Kampung semasa Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak. Sesudah 50 tahun ketua Kampung menjadi badan yang diperalatkan namun semasa dibawah teraju Pakatan Rakyat mereka bebas berkerja tanpa kongkongan dan arahan melampaui tugas yang sebenar.

Kerana itu mereka cukup selesa bersama PR walaupun gajinya tidak seberapa. Baru tahun ini sahaja mereka dihargai dengan kenaikan elaun dari RM 200 ke RM 400. Setiausaha JKKK pula diberi elaun sebanyak RM 200.

Walaupun tidak diberikan apa-apa imbuhan semacam mereka sanggup berbakti untuk anak desa masing-masing, ditambah mereka kebanyakannya ada pendapatan tetap atau dikalangan mereka yang pencen dari jawatan kerajaan dan swasta. Sesetengahnya semacam mengahabiskan sisa hidup untuk berbakti dengan jawatan yang diamanahkan itu.

Kini rampasan kuasa kepada jawatan ketua Kampung yang dilantik oleh rakyat dan kerajaan Pakatan Rakyat menyebabkan rakyat makin meluat dan benci kepada Ketua Kampung JKKP yang kembali berkuasa. Begitulah kebencian kepada kerajaan Kudeta BN di Perak, ianya semakin dibenci oleh rakyat bawahan.

Sesungguhnya rakyat dapat menilai yang mana kaca yang mana intan. Saya cadangkan kepada Zambry dan kumpulan kudetanya, lakukan banyak lagi perkara yang akan menambahkan rakyat membenci BN. Kerana realitinya BN sudah siap untuk ditolak secara total dalam tempoh masa yang mendatang, cepat atau lambat itu tidak penting, yang lebih penting rakyat telah pun membuat keputusannya.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sepupu saya adalah seorang mangsa pemecatan besar-besaran BN terhadap ketua kg pilihan masyarakat setempat. Bukan setakat satu surat dilayang untuk mempastikan supaya Ketua Kg pilihan rakyat ini berhenti malah 2 surat di hantar selang sehari oleh setiausaha daerah Tk. Intan dan Pegawai Daerah Tk. Intan. Dari dulu lagi saya agak dah bahawa kebanyakan penghulu mukim dan DO sebenarnya adalah agen BN yang digunakan utk mempastikan kerajaan PR di perak lumpuh. Sebagai contoh kami pernah berjumpa dgn DO Tk. Intan bertanyakan status Lesen Menuai Sawit Sementara yang telah dianugerahkan kepada mantan ketua kg BN tanpa mempertimbangkan permohonan JKKK pilihan rakyat yang juga memohon dengan alasan mantan ketua kg memohon dalam bentuk koperasi.......entahlah sampai bila semua DO dan penghulu mukim ini akan menjadi talibarut BN....

Tanpa Nama berkata...

Biarkan mereka berterusan tidak sedar diri tetapi mari kita ajak rakyat menyedari keangkohan mereka dan bersedia membuat perubahan dengan melontarkan mereka satu hari kelak.
Lawan tetap lawan.

Tanpa Nama berkata...

do bawah pr payah nak makan rasuah,masa bn perut buncit kekenyangan makan rasuah...bn sentiasa bagi motovasi kearahh itu.

ڤنا مينڠ / PENA MINANG berkata...

Apa Kurangnya Pula Dengan Pakatan Khawarij yang melucutkan jawatan JKKK yang dilantik semasa pemerintahan BARISAN NASIONAL....Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang, Dia Tu Yang Lebih

soklan berkata...

Salam Drs. Khalil Idham,
Apa komen PAS ttg keputusan kabinet utk kekalkan agama anak yg blm baligh stlh ibu atau bapa peluk agama Islam. Harap pimpinan PAS dapat keluarkan kenyataan mengutuk keputusan tersebut, jgn nk tunggu basi baru nk sibuk2.

mamak teh tarik satuu berkata...

jkkk dibawah bn bukan dilucutkan jawatan tapi mereka yg nak letak jawatan. fahamilah jkkk dibawah pr dipilih melalui suara undian tapi diwah bn sape org bn dialah jkkk. pena minang ikuttak perkembangantu? jgn dok ngata tanpa usul pekse. ni namanya xikut perkembangan yg betul duk percaya tv3 sukujelani

Tanpa Nama berkata...

Drs,MB kudeta dgn juak juak nya persis puak puak musta'jilun yang akan bersama Si Luncai dgn labu labu nya.Rakyat akan menjadi tuan di PRU ke 13.Masa pantas berlalu.Akan tiba hari nya mereka terpukul dek keangkuhan mereka sendiri. Nona Ratana Chulaborn.

anakjatiperak berkata...

pena minang mana tau.dia orang nogori.nyibuk eh masuk blog orang perak.ekau mana tau.Ekau tau tak?JKKK BN lantik expired dulu, baru lantik baru.Bawah PR,mengundi.ada gak orang UMNO kena lantik,jangan tak tau.la ni JKKN orang umno dah mula nak keluar umno.minang tau tak?

Tanpa Nama berkata...

paneh miang elok duduk ajo di rumah. Jangan Masuk campur rumah tanggo urang kok indak tau cerito sebana. Buek malu urang awak jo waang ko.