14 April 2009

Drs. Khalil : Didiklah anak-anak mencintai Rasulullah.

TITI SERONG, 12 April :- Ibu bapa berperanan mendidik dan memastikan anak-anaknya mencintai Rasulullah dalam keadaan yang mendedahkan mereka berkemungkinan lebih mencintai artis dan sebagainya berbanding Rasul. Demikian antar kandungan ceramah mauludul Rasul yang disampaikan oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim di Mesjid Parit Hj. Wahab disini .

Beliau juga mengatakan usaha untuk mengembalikan kecintaan kepada Rasul sehingga program seumpama itu diadakan an diperbanyakkan. Seramai lebih 150 orang hadir dalam program tahunan seumpama itu bagi mesjid berkenaan.

Mengulas mengenai tahap kecintaan yang bagaimana yang diperlukan untuk mencintai Rasulullah, beliau mengambil sebuah hadis yang menjelaskan kecintaan kepada Rasulullah itu mestilah melebihi berbanding kecintaan kepada diri sendiri, kaum keluarga dan sebagainya sehingga itu dikaitkan dengan kesempurnaan iman seseorang.

"Sifat Rasul adalah lil-alamin, bukannya Lil-muslim, oleh itu tidak menjadi masalah kepada sesiapa pun yang ingin mengambil hujjah Al Quran , peristiwa kemasukan Umar ke dalam Islam sesudah beliau membaca lembaran Al Quran dari surah Thahaa" Katanya

Tegasnya tidak timbul masalah kalau ada orang Islam merujuk kepada dalil Al Quran, yang jadi masalah ialah orang Islam sendiri yang menolak Al Quran, malah ada yang menhina secara terang-terangan dengan menterjemahkan kalimah "aamanu" dengan nama sebuah parti, ini menyesatkan dan menyeleweng.

Pada kesempatan ceramah hampir sejam itu beliau menceritakan beberapa kisah kemasukan orang bukan Islam kepada islam setelah mereka merujuk kepada Al- Quran. Antaranya Cat Stevan dan Neil Amanstrong.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ya ini baru "TABLIQ".

YB sering lah menyampaikan dalam bentuk begini
dan tidak menyerang yang bukan sehaluan dengan
kita, dengan kata-kata menghina, memaki dan apa-apa kataan yang menyakitkan hati bagi mereka yang membaca dan memberi pendapat terutama daripada pendapat dari 'APA KECIK's?.