14 April 2009

Kes Demo di Kuala Kangsar di sebut pagi ini

Peserta Perhimpunan di Kuala Kangsar yang di tangkap pada 6 Februari 2009 yang lepas disebut kesnya di Mahkamah Kuala Kangsar pagi ini.

Mereka yang ditangkap itu terlibat dalam perhimpunan di sekitar Mesjid Ubudiah Kuala Kangsar pada hari berlakunya angkat sumpah Menteri Besar rampasan kuasa.Perhimpunan yang tidak dirancang oleh mana-mana pihak itu telah menarik ribuan pengunjung bersembahyang Jumaat di Mesjid sebelum gerombolan mereka cuba bergerak ke Istana namun dihalang dengan tembakan gas pemedih mata oleh FRU.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau almarhum Tuanku Sultan Idris masih ada, almarhum tentu faham yang rakyat hanya mahu mengadu kepada Sultan dan bukan berniat untuk bertindak ganas. Rakyat tidak puas hati dengan apa yang berlaku dan ingin mengadu kepada Sultan (yang pada suatu masa dikenali sebagai 'payung rakyat'). Itu sahaja. Buktinya - apabila outrider dan Tuanku Raja Di Hilir sendiri terkena gas pemedih mata, Raja Di Hilir telah memberhentikan keretanya dan membuka tingkap. Rakyat datang bersalaman dan disambut baik olehnya. Kalau rakyat berniat untuk mengganas, sudah tentu mereka boleh pukul Tuanku Raja Di Hilir kerana tuanku berada dalam keadaan terdedah. Sultan Azlan dan anakanda-anakandanya yang berlatar belakang profesional dan membesar di kota tidak faham jiwa rakyat seperti mana almarhum Tuanku Sultan Idris. Saya rasa Tuanku Raja Di Hilir pun lebih memahami perasaan rakyat ketika itu. Sepatutnya Sultan Azlan dan Raja Muda berhenti dan dengar luahan rakyat. Kalau sungguh mereka berjiwa rakyat mengapa perlu polis dan FRU dibiarkan sebagai penghalang antara seorang Raja dan rakyatnya?

moloyue berkata...

Anggota2 polis spt FRU patut ambil iktibar drpd Azhar dan Sirul yg telah dijatuhkan hukum gantung kerana membunuh Altantuya. Mereka jangan hanya tahu menyebut "ya tuan, ya tuan" kpd arahan yg diberikan oleh ketua2 mereka tetapi hendaklah menilai samada arahan tersebut mengikut undang2 atau tidak. Azhar dan Sirul, dua anggota yg taat setia membabi buta akhirnya menerima padah.

moloyue berkata...

Jelas UMNO berselindung dibelakang institusi raja untuk melanyak rakyat. Org Melayu hendaklah menilai jika ada sumbangan raja-raja melayu untuk menjaga kepengingan mereka dan agama mereka sejak zaman Melaka. Yang saya ingat hanya satu iaitu bila mereka tidak membenarkan Kerajaan UMNO mengharamkan penggunaan "Islam" dlm nama parti PAS.

Tanpa Nama berkata...

harap-harap janganle deme sabit kesalahan.Bukan nak derhake , cume sayangkan MB Nizar kite .