15 April 2009

Krisis di Perak : Bubar DUN langkah terbaik.

Pagi tadi saya menerima SMS dari Dato' Ngeh Koo Ham yang sedang dalam perjalan ke Putra Jaya untuk mengikuti kes pembicaraan saman MB Perak kudeta,Zambry Abdul Kadir ke atas Speaker Kerajaan Negeri Perak, V. Sivakumar.

Selepas sembahyang subuh bersama dengan penduduk taman Sri Tenggara saya disapa oleh beberapa orang jemaah mengenai kedudukan politik di Perak sekarang.

Dalam bahasa yang mudah saya menceritakan kan kes Zambry dengan Siva adalah masalah rumah tangga(DUN) dengan masalah di mahkamah. Kalau mahkamah sudah putuskan satu keputusan tidak sah, Speaker akan buat keputusan yang baru di dalam mesyuarat jawatan Kuasa hak dan kebebasan. Sesudah itu Zambry ke mahkamah lagi.

Tidak tahulah berapa banyak lagi keputusan akan dibuat, dan berapa lama lagi Zambry akan minta perintah mahkamah. Macam kata P. Ramlee "berapa lama daaaaa".

Tidak ada cara lain kecuali dengan pembubaran DUN yang akan menyelesaikan krisis di Perak sekarang. kembalikan hak kepada rakyat untuk memilih itulah jalan yang terbaik.

21 ulasan:

Awanama berkata...

Drs,Dgn membakar sentimen pengundi Melayu di Bkt Gantang dgn kisah penglipurlara "Boneka derhaka" UMNO masih belum mampu memiliki keyakinan utk berdepan dgn rakyat dgn mengadakan pilihanraya bagi Dewan Undangan Negeri Perak.Akibat byk maslahah raktat terabai sejak isu ini berbangkit.Paling baru saya dengar ada pelajar ke Yayasan Perak utk bertanya peluang Pinjaman dan Dermasiswa pulan g hampa kerana tidak dilayan.Aduhai.. Nona Ratana Chulaborn.

Awanama berkata...

Untuk menarik pengundi Melayu PR, perlu proaktif lagi terutamanya pengundi tua.Oleh itu kita sarankan jentera PR perlu bergerak mulai sekarang utk menerangkan kepada warga Perak, perlunya kekalkan kerajaan PR di Perak utk kebaikan semua.

Wak Labu Farm berkata...

PAS dan UMNO siang malam membahaskan soal, hudud, hadhari dan negara Islam.

Kaum kafir sudah bersatu dalam DAP, dibantu pula oleh PAS dan PKR, maka kaum kafir ini akan bertambah kuat.

Sekarang mereka sudah berani menuntut berbagai perkara yang sangat menguntungkan mereka, dan sebalik nya sangat merugikan kaum melayu/Islam.

Kebodohan kaum melayu/Islam ini akhirnya akan menjadikan kaum melayu/Islam menjadi HAMBA KAUM KAFIR.

Awanama berkata...

salam,
harap tuan dapat ulas/komen posting abdul kadir jasin berkaitan kerajaan PR Perak, saya rasa tuan antara yg layak

Awanama berkata...

Ewah ewah Wak-Labu! Sesuai betui name mike dengan kepala otak mike ye! Selama 52 tahun BN memerintah, kaum kafir tak minta benda pelik2 ke? Bukan hanya deme (MCA, MIC, Gerakan dll) minta benda pelik2, malahan yang meminta tu semuanya golongan jutawan. Dah tu pulak yang deme minta jenis yang merosakkan akhlak, misalnya, judi, pub, dan yang bersekutu dengannya. Ape jadi dengan kaum kafir yang miskin? Apa jadi dengan orang Islam yang miskin? Terbiar dan melarat di bumi mereka sendiri. Dah ditolak rakyat, nak cuba tegak benang basah. Baik mike pikior sendiri di mana silap mike. Lepeh tu kita jumpa di PRU13.

Awanama berkata...

WAK-LABU!
Kabaren, Betui pendapat awak, saya setujuuuu..
Lama dah saya suruh MELAYU/ISLAM bersatu kuatkan suara.lepas tu Cina/Islam,India/Islam
apa lagi islam boleh mai tumpang kita, tak kira
apa lambang apa party,MELAYU/ISLAM misti bersatu bukan di PERAK saja keseluruhan MALAYSIA.
"HERO TUA ATAS URAT"

Awanama berkata...

Hai Wak Labu.
Labu apa ni? labu Peram, atau Labu Labi.

Jom kita tentang Pakatan Rakyat sebab dia dah bersama DAP.Sebab apa? DAP kafir kan. kan...

Kita bina Barisan Nasional sebab UMNO tetap besama MCA dan MIC. MCA dan MIC lebih Islamic Hadahari sikit dari DAP.
Tapi ini ada kelemahan semasa Pegawai Melayu yang bekerja dengan penjajahan British yang menjajah Tanah Melayu dulu.

Perundingan pegawai Melayu (Kerajaan British) semasa nak Merdeka dulu telah menerima semua syarat British.

Siapa Pegawai Melayu (British itu ?) Kau fikir la sendiri........

Awanama berkata...

wak labu,umat islam mestilah bersatu atas dasar islam,bukan dengan pelbagai dasar ciptaan manusia yang menyimpang jauh dari agama.masalahnye umat islam sendiri yang tak mau terima dasar islam.kalau jujur nak bersatu sokonglah kumpulan yang nak tegakkan islam

Awanama berkata...

melayu bodoh sebab tak terima islam dan masih menyokong parti yng menolak islam

Awanama berkata...

orang Melayu yang berpecah sebab tak kembali kepada Islam. Mari kita bersatu di bawah PAS. UMNO bukan berjuang untuk Islam tapi semata-mata kerana ta'aksub Kemelayuan. Sebab itu Melayu akan berpecah. Melaka dulunya hebat sebab sultannya menegakkan Keadilan Al-Quran dan Al-Sunnah. MArilah kita kembali kepada Islam sepenuhnya.. selagi kita menyokong UMNO selagi itulah bangsa Melayu terkebelakang!

Awanama berkata...

Wak Labu baik pi belajar sirah nabi. Nabi pun hijrah ke Madinah meninggalkan bangsa dan tanahairnya yang kuffar dan tak mahu menerima risalahnya. Apakah dalam sirah tersebut mengajar kita untuk bersatu dengan bangsa yang kaya dan berpengaruh tetapi melakukan mungkar atau melaksanakan misi dakwah dengan cara yang tersendiri selari dengan matlamat akidah dan penegasan hukum Allah.

mat saman berkata...

wak labu, kalau nak bersatu, patutnya UMNO yang kena muhasabah bayak. Kerana parti itu telah menyimpang dari perjuangan agama,bangsa dan tanahair. Sedangkan PAS konsisten dengan perjuangan berasaskan akidah. Justeru,bersatulah di bawah panji-panji baru ( BULAN PURNAMA ) demi kekuatan umat Islam dan Negara Malaysia.

Awanama berkata...

....YB! Apa wak labu cakap tu? merapu lagi dia,
ni nak bagi tau,yang melayu boleh rugi dan hina
adalah sikap sendiri mengenepikan Islam,pakai separuh (yang menguntungkan disudut kebendaan) yang lain ditolak.memang dah janji Allah barang siapa beriman sebahagian tolak sebahagian akan hina didunia lagi , apatah lagi diakhirat nanti. Ada orang tolong baca terjemahan AlQuran, marah! sendiri baca tak mahu. Insaflah wak ! marilah bantu PAS menyebarkan Islam kepada yang belum islam, tak rugi , malah untung disisi Allah. Bagaimana kalau kawan kawan kita yang tak islam tu nanti diakhirat menuntut kita tak terangkan Islam sebenar kepada mereka semasa hidup? Islam bukan untuk melayu je!

Awanama berkata...

Dear wak-labu (ayor),
benar sekali telahan kamu...dek kebodohan/kejahilan melayu islam dari gerombolan parti rasuah dan sekutunya menyebabkan bangsa melayu islam hancur. harap2 cina islam,india islam,org asli islam tidak terpedaya dan terpesong dan menzahirkan sokongan kepada partai Islam se-tanah melayu & PR. Agama tidak hancur. parti dan bangsa boleh hancur bila2 masa.

Hidup kan mati, dunia kan tinggal;
parut/tanda keris amano di hati, bila nak tanggal?

ikhlas dari
mat hujan,tganu.

Unknown berkata...

UNTUK WAK-LABU....
ORG UMNO SEMUA SEMBANG MACAM WAK...HEHE

SEMUA RUGI MELAYU....MELAYU DAH LAMA RUGI....
TAPI ISLAM TAK PERNAH RUGI

Putra IJ80 berkata...

"TAPI ISLAM TAK PERNAH RUGI"

Betoi, Zarima.

Malah pada setengah setengah perkara(Amalan) Allah ganda pula dgn 10,25,70,malah 1000 kali pahala amalan itu.

Malang nya masih ramai yg.tidak tahu,tidak peka,dan ambil sambil lewa.

Sahingga Allah memberi peringatan"Sasungguh nya kamu dalam kerugian".

Waallahualam.

Awanama berkata...

UNTUK RENUNGAN PENYOKONG PKR.....
mari kita lihat dari sudut mana yang di kata kan orang bukan Islam tidak boleh sesuka hati membaca dan menterjemah kan Al Quran sesuka hati.

Apa kah tujuan Ngor memetik dan membaca serta menterjemahkan sepotong ayat Al Quran ketika itu?
Ada kah tujuan dia berdakwah? Tentu sekali tidak....... .
Dia bercakap di atas pentas politik, maka tujuan dia ada lah semata mata untuk tujuan politik ia itu untuk memancing undi ketika berkempen hari itu.
Maka di sini kita lihat dia telah mempergunakan ayat Quran sebagai alat mainan politik nya untuk tujuan meraih undi.
Bukan kerana dia berminat dengan Islam tetapi semua pemerhati tahu bahawa ianya bermotif politik.
Begitu murahkan maruah dan nilai Umat Islam hingga orang bukan Islam boleh beli dengan surah Al Quran "senjata" Umat Islam sendiri???
Sudah pasti Ngor tidak akan ulang membaca surah ini di hadapan rakan rakan parti nya atau pada kaum cina untuk tujuan tarik mereka kepada Islam selepas ini.
Biasa nya orang Melayu mudah jadi hairan dan seronok apabila melihat orang Cina boleh baca walaupun sepatah ayat Al Quran.Sekali pun bacaan nya lintang pukang.
Persoalan nya, ada kah Al Quran boleh di pergunakan oleh orang bukan Islam ikut sesuka hati? Lebih lebih lagi dalam berpolitik?
Walhal orang Islam sendiri di larang mempergunakan atau memperalatkan Al Quran untuk tujuan keduniaan saperti umpama nya untuk meraih undi dalam berpolitik, apatah lagi bagi orang bukan Islam.
Orang Islam sendiri pun tidak boleh membaca Al Quran sesuka hati
Mengapa?
Sebab sebelum membaca dia kena pastikan dia sudah belajar membaca Al Quran.Kalau dia belum pandai dan ingin baca juga, kena lah dia baca di hadapan orang yang mahir Al Quran atau guru.
Kalau bacaan Fatihah tidak betul dalam solat maka solat tidak sah.
Begitulah betapa teliti nya syarat syarat membaca Al Quran
Di larang membaca Al Quran dengan tidak tahu hukum hukum tajwid.... dan hukum hukum yang berkenaan dengan nya.
Maka bagaimana dengan Ngor? Tidak mengapa kah dia baca surah yang bunyi nya pun lintang pukang? Dan menterjemahkan nya ikut rentak ceramah nya malam itu?
Tidak di nafikan orang bukan Islam boleh baca Al Quran dengan tujuan hendak belajar dan berjinak dengan Islam, namun dia kena baca di hadapan seorang yang mahir.
Bukan baca saperti Ngor, berdiri di atas pentas saperti tuan guru dan orang orang Islam di bawah pentas saperti anak murid nya pula.(Terbalik kan?)
Mana maruah orang Islam di situ ketika itu? Sebalik nya apa yang terjadi pada hari itu, penyokong penyokong beragama Islam turut bersorak dan bertepuk tangan.Malang. .......dan memalukan... ......... ..!!!
Orang Islam wajib melarang orang bukan Islam mempergunakan Al Quran sesuka hati lebih lebih lagi untuk tujuan kempen politik.
Kalau hari itu nama ALLAH tidak di larang di gunakan oleh bukan Islam sudah tentu nama ALLAH juga akan di salah gunakan untuk tujuan politik.

Awanama berkata...

sudah la wak labu

Awanama berkata...

hanya orang islam seperti wak labu yang diperintah oleh kafir....sebabnya apa....fikiran wak labu semacam orang kafir....apalagi kalau dah jadi anggota United Munafik National Organization=UMNO

Awanama berkata...

Kuncinya Sultan!!Mesti ada org yg boleh pujuk Sultan bubarkan DUN..kenapa DSN x ble mengadap lagi?

Awanama berkata...

Dulu DSAI nak rampas kerajaan, dgn cara menarik AP BN lompat Pakatan Republik(PR) takpe DSAI kata MASIH ADA DEMOKRASI...... Pastu ADUN BN lompat kat Pakatan Kencing Rakyat (PKR) di PERAK NIZAR kata tak ape2,tak salah dan tak perlu kosongkan sebab tak salah dalam perlembagaan....
TAPI bila ADUN PR lompat ke BEBAS mengelipit nak bubar DUN, pastu bukan MEMINTA PERKENAN SULTAN PERAK tetapi MEMAKSA SUlTAN PERAK bersetuju.....
Mane keADILAN..... Mane Aturcara...... Mane adap