15 April 2009

Mahkamah Persekutuan dengar kes Zambry lwn Speaker

Mahkamah Persekutuan pagi ini memutuskan bahawa Menteri Besar BN Perak rampasan kuasa , Datuk Zambry Abd Kadir dan enam exco kudetanya nya, telah menggunakan prosedur yang betul untuk mencabar penggantungan mereka daripada menghadiri sidang DUN Perak.

Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Md Sheriff, yang mengetuai panel lima orang hakim, berkata ia boleh mendengar perkara itu secara membuat permohonan dan bukannya melalui semakan kehakiman.

Zambry dan enam orang exco kerajaannya memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Speaker DUN Perak, V Sivakumar yang menggantung mereka selepas BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak Februari lalu tanpa pembubaran DUN.

Zambry digantung selama 18 bulan manakala enam exconya digantung selama setahun.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan sebulat suara itu pagi ini bagi menolak permohonan peguam Sivakumar - Sulaiman Abdullah - semalam terhadap permohonan untuk membatalkan penggantungan tersebut.

Sulaiman berhujah semalam bahawa Zambry dan enam pemohon tersebut sepatutnya membuat permohonan secara semakan kehakiman dan bukannya melalui saman asal untuk mendapatkan beberapa pengisytiharan.

11 ulasan:

Pak Lubis berkata...

Belum jugak diputuskan lagi .....

alamalikut berkata...

YB ..apa benda semakan kehakiman

Awanama berkata...

aku fenin lah bab undang ner....

Awanama berkata...

harap harap dun perak di bubarkan.kami di bukit gantang tak sabor nak mengajar umno bn yang masih sombong dan angkuh.bersatu lah melayu cina india dan semua bangsa di bawah naungan pakatan rakyat. lebih lebih lagi melayu umno pak turut kat kampong
ni..tunggu apa lagi..jangan malu kami mengalu kemasukkan kamu semua...tinggal lah parti asobiah
yang dah nak masuk kubor tu....

Awanama berkata...

Bg wa, layan je mahkamah tu... Wat la panjang cita sampe 2 tahun ke?... hehehehe.

Dah menang dlm mahkamah, kang speaker larang lg... naik mahkamah lg.. Bape lama lg tu?... Menang Zambri.. Larang lg, Naik mahkamah lg... Berapa lama da naik turun mahkamah?.. Lama wehhhh.... Peh tu, 3 adun bebas plak x dibenarkan masuk dewan... Masuk mahkamah lg... Sakit dada wehhh... Sampe PRU la xblh masuk dewan... mmm Nasib la... Org pusing tang sini, org lain blh pusing tang sinun... Kita pikior kita jer blh main pusing2 ye?... Org ln pn pandai main pusing2.

Katakan lah menang n Zambri n de geng dpt masuk dewan... silap2 kena gantung lg... masuk balik mahkamah..

berapa kali naik turun mahkamah da?...

Awanama berkata...

bersama kita hancurkan parti yang banyak putar belit

Awanama berkata...

Tapi masaalahnya kalau tak selesai pertengahan Mei ini. Dewan Perak agaknya kena bubar juga sebab tak bersidang melebihi 6 bulan. Tengok Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak, takut-takut "undang-undang **** boleh padam".

Awanama berkata...

macam macam adaaa.komputer boleh padam ooo,he he...last last aku tau dah.....BN menang punyaaa.Law di tangan depa oi, kilas tangan ka, pusing streng ka, pulas tengkok ka, kepak kepala ka, depa leh buat...nasib kita le, kalau menang semua barulah kita okkkk

Awanama berkata...

Jom kita nengok, Zambiri-biri mohon DUN bersidang tapi mahkamah belum istihar pengantungan tidak sah, DUN bersidang Zambiri-biri tak boleh juga nak turut bersidang sama. Katalah mahkamah istihar pengantungan tidak sah, Speaker DUN kalah, kemudian sebelum DUN bersidang, Speaker DUN mesyuarat lagi dan gantung lagi atas kesalahan lain pulak, hina DUN ke, ape ke (keputusan speaker DUN tidak boleh dicabar dimana-mana mahkamah...depa kata), Zambiri-biri tak boleh juga turut bersidang.... sampai bila oiiii, kan senang serah semula pada rakyat Perak selesaikan, apa punya turrr da, ingat la sikit oiii, mahkamah bersidang semuanya guna duit rakyat, bukan duit BN atau PR apatah lagi duit Zambiri-biri. Rakyat bayar gaji hakim, rakyat bayar gaji petugas mahkamah sehingga kepada pencuci tandas sekali pun rakyat yang bayar. Duit air dan letrik pun rakyat yang bayar, walau 1 sen pun tetap duit rakyat, kat sini lepas tapi kat sana kena jawab juga oiii, lainlah kalau hidup lawannya terus hidup..hidup dan hidup.

Awanama berkata...

Salam... apa nak heran weh... perjalanan si mongolia ke malaysia pun takdak rekod.... apatah lagi undang2 tubuh negeri... sap-sap sui hilang... keh..keh..keh...

aku pernah hilang motor...

>>>budak sungkai<<<

Awanama berkata...

dah berapa bulan zambiri-biri xdpt gaji?suruh dia kerja kat ladang jambu sungkai,sebulan 600 pn ok dr xde gaji lgsng keh..keh..keh..


>>>budak slim<<<