26 Mei 2009

Mat Sabu lengkapkan saingan tiga penjuru Tim. Presiden PAS.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu turut mengesahkan akan mencabar Nasharuddin Mat Isa bagi jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan minggu depan.

Beliau telah mengsahkan telah menghantar borang penerimaan pencalonan kepada jawatankuasa pemilihan parti tiga hari lalu.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, lima orang calon layak bertanding iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Murysidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dua Naib Presiden PAS sedia ada, Datuk Paduka Husam Musa dan Mat Sabu sendiri.

Minggu lalu, Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dan Haron Din telah mengumumkan tidak akan bertanding jawatan tersebut.

Kenyataan Mat Sabu itu melengkapkan saingan tiga penjuru bagi jawatan nombor dua parti itu.

Pagi tadi Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa yang juga Exco Kerajaan Kelantan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Salor turut mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut.

Nasharuddin, Timbalan Presiden PAS sejak dua penggal, juga pagi tadi mengesahkan akan bertanding bagi mempertahankan jawatan yang telah dipegagang sejak 4 tahun yang lalu.

5 ulasan:

Bangsa Cina Malaysia berkata...

there is not a part of this country that is clean neat and in orderly fashion...NS is no exception.....

i have been telling all PR state assemblymen to organize more gotong royong and win the hearts of the rakyat but it has fallen on deaf ears.

come next general election PR will lose like shit...

we voted for change but where are the changes..

except charles santiago the king of gotong royong..he knows how to win over new customers/voters...

alamalikut berkata...

Kalu tak bertanding tak boleh ker???.. Apa salah kalau setiap perwakilan terus saja memilih siapa yang mereka suka tanpa ada pengisian borang pencalonan dan sebagainya..???
Bila dah terpilih tidak ada persoalan nak tarik diri dan sebagainya. Ini perjuang Islam, jihad Islam.. hukumnya wajib syarie.. Bila ada bertandingan akan ada iri hati,akan ada lobi melobi... boleh tak kita ubah sistem ini??.. PAS dah matang.. takut nanti kita cerca umno walhal kita pulak yg lebih..

Unknown berkata...

Aku sokong sapa yg menang drp 3 calon TP tu. Yg kalah jgn marah-2, dengki & terus sumbang bakti seikhlasnya. Us. Nasha pun ok...not bad.

Mat Sabu ,memang dah favorite aku drp dulu..leh buat kerja dgn baik, toleransi tinggi, agresif,firm, nampak ikhlas & jujur dia..pasai kalu dia hentam tu dia dah tak kira sapa & bila.

Husam pun takpa ... aku dengar dia bagus. Elok untuk pelapis kita... Allahu Akbar 3x

Rahsia 4 Angka Sebulan berkata...

Menarik. Tokoh-tokohnya juga berkarisma dan berkaliber. Moga-moga berjalan dengan baik belaka.

Biar siapa pun yang bakal menang, semua pimpinan adalah sayang kepada parti. Hanya musuhnya sahaja yang tidak nampak akan perkara ini.

Perkembangan yang sihat. Bak antara kata Tok Guru Nik Aziz: telah ramai ahli yang memang mengambil berat dan tanggunjawab terhadap parti.

SI PENULIS: www.YangAkuBaca.blogspot.com

kapurcino berkata...

kes 1

BN hantar adun Bota join PKR...
adun Bota join BN semula + 3 katak

kes 2

Mahkamah tinggi umum Hj Nizar menang....
Mahkamah Rayuan umum Mahatma Zambery menang

STRATEGI SAMA...
kalah dulu menang kemudian