26 Mei 2009

Puasa sunat tiga hari, tingkatkan munajat dan doa.

InsyaAllah esok adalah 1 Jamadal Akhir dalm kelendar Islam, Islam menganjurkan puasa sunat 3 hari dalam sebulan dan kebetulaan pula esok hari teman-teman yang bukan Islam mula mengadakan mogok lapar juga selama 3 hari sehingga khamis ini.

Bersempena itu saya berseru kepada semua pembaca blog ini untuk meningkatkan ibadah disisi Allah SWT dengan memperbanyakkan amalan sunat termasuklah puasa. Marilah kita berpuasa 3 hari berturut-turu bermula esok hari.

Semasa itulah kita perbanyakan berdoa dan bernunajat kepada Allah supaya Allah mempermudahkan segala usaha kita untuk menegakkan benaran dan meruntuhkan kebathilan dibumi tercinta ini.

Doakan semuga pejuang-pejuang kebenaran diberikan kekuatan dan keyakinan dengan tanpa jemu untuk terus berjihad walaupun mengahadapi tribulasi dari musuh-musuh dikalangan jin dan manusia.

Semuga Ibadah sunat ini dapat melahirkan kita sebagai insan yang tetap sabar menghadapi ujian dan cobaan yang datang dan pergi dalam kehidupan dan perjuangan ini.

2 ulasan:

ustaz kedah berkata...

Insya Allah esok kita semua berpuasa,sebab kita sedang ditimpa musibah.Kalu kita nak sembahyang sunat istisqa' pun kita diminta supaya berpuasa 3 hari dan tinggalkan segala maksiat,maka pada hari keempat barulah kita bersembahyang beramai2 di padang.Cara ini memang ada dalam ajaran Islam tidak ada dalam Islam hadari sebab itu mufti Harussani kat hal mogok ini tidak kaitan dengan Islam.Comfirm Harussani UMNO>

Tanpa Nama berkata...

Sempena orang kafir mogok, ikut puasa sunat?