21 Mei 2009

Pendakwah kita tiada kreatif dalam dakwah

Ahmad Baei Jaafar

Setiap umat Islam adalah pendakwah, masing-masing ada tugas untuk mengajak manusia lain kepada Islam dan mengamalkan Islam. Malah urusan dakwah perlu dipelbagaikan mengikut sasaran penerimanya.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Mungkin beberapa orang pendakwah perlu dihantar ke beberapa perkampungan orang Asli untuk duduk bersama orang Asli beberapa lama bagi tujuan mengislamkan mereka. Tetapi untuk mendakwah orang Cina atau India, tidak perlu duduk bersama mereka, tetapi cukup dengan bergaul dengan mereka setiap hari.

Tetapi satu persoalan yang perlu fikirkan hari, sejauhmana umat Islam menjalankan kerja dakwah tersebut. Berapa ramai yang turun padang dan berada di lokasi dakwah dalam tempoh yang lama? Negara ini negara kita dan Perlembagaan Persekutuan melindungi Islam dan umatnya dalam urusan dakwah, tetapi kenapa kita takut untuk berdakwah.

Dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Menurut perkara itu Islam menjadi agama untuk seluruh negara termasuk dalam perkampungan orang Asli. Ke mana tempat yang kita pergi di seluruh perusuk negara boleh dilaksanakan Islam di situ. Jika ada pihak yang menghalang pengamalan Islam di situ, mereka sebenarnya telah melanggar perlembagaan.

Walau bagaimanapun perlembagaan memberi kebenaran kepada pengamal agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka dengan bebas. Malah mereka boleh menyebarkan agama mereka kepada orang lain selain daripada umat Islam.

Selain itu dengan peruntukan Perkara 3(1) juga menjadikan Islam berada di atas dalam pentadbiran negara. Ertinya, pemerintahannya mesti berasaskan Islam, pemimpinnya orang Islam dan semua urusan dalam pentabiran dirujuk kepada Islam.

Berdasarkan itu, urusan dakwah di negara ini boleh dijalankan dengan bebas tanpa kekangan mana-mana pihak malah disokong oleh pemerintah. Tetapi sejak negara merdeka sehingga ke hari ini, urusan dakwah di negara ini masih terdapat kekangan kerana semua pihak yang terlibat tidak benar-benar memahami peruntukan perlembagaan itu.
Pendakwah yang melebalkan diri mereka sebagai pendakwah bebas kononnya akan bergerak ke mana-mana tempat di negara ini berdasarkan permintaan. Ada yang memberi ceramah di masjid, ada juga yang berceramah di surau, dan tidak kurang juga yang membentangkan kertas kerja di dewan tertentu. Pendakwah bebas atas nama bebasnya agak lantas memberi hujah termasuk mengkritik pemerintah.

Tetapi belum ada lagi pendakwah bebas ini turun padang ke kampung orang Asli dalam tempoh yang lama. Apatah lagi untuk duduk berkampung dan berkahwin dengan orang Asli. Alasannya, tiada siapa yang sanggup membayar perkhidmatan mereka dalam tempoh dalam perkampungan itu.

Manakala pendakwah kerajaan pula, mereka tertakluk kepada peraturan pejabat, kalau dipanggil untuk memberi ceramah di masjid dan surau atau di mana-mana seminar anjuran kerajaan, mereka dibayar alaun. Malah kadang-kadang penganjur akan memberi saguhati lagi kepada mereka.

Sungguhpun begitu, mereka juga berpeluang berdakwah di tempat tertentu di luar waktu pejabat. Namun mereka pergi ke tempat tersebut atas permintaan penganjur dan dibayar setiap kali memberi ceramah di situ.

Persoalan sekarang, adakah pendakwah kerajaan turut turun padang berdakwah orang bukan Islam termasuk orang Asli? Jawapannya, ada. Tetapi tenaganya tidak ramai dan waktu yang diperuntukkan amat terbatas. Mungkin masuk kawasan orang bukan Islam hanya untuk urusan memberi hadiah. Dan keberadaan mereka di perkampungan orang Asli hanya selama dua tiga hari.

Kadang-kadang pendakwah kerajaan ini menjadikan aktiviti ini sekadar untuk menghiburkan diri bagi menghilangkan tekanan kerja di pejabat. Selain itu mereka beroleh alaun bertugas di luar pejabat.

Keadaan ini amat berbeza dengan mubaligh Kristian, mereka membuat kerja dengan betul-betul. Selain tenaga mereka yang ramai, mereka sanggup berkampung dan beranak pinak di sesuatu tempat yang menjadi sasaran mereka.

Bagi mubaligh Kristian mereka tidak fikirkan soal kewangan kerana banyak NGO bukan Islam yang memberi sokongan kepada mereka. Mereka tidak perlu fikir hendak makan apa kerana di mana mereka pergi, mereka boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat dan boleh makan bersama mereka.

Dalam hal ini saya mengucap syabas kepada kumpulan Tabligh kerana mereka sanggup berjalan seluruh dunia untuk berdakwah tanpa memikirkan soal kewangan. Mereka sanggup keluar duit sendiri malah sanggup cuti tanpa gaji untuk urusan dakwah.
Walau bagaimanapun penulis tidak tahu apakah pendakwah ini turut turun padang menemui orang bukan Islam termasuk orang Asli. Apa yang boleh dipastikan, mereka juga bergeligar dalam kalangan orang Islam dan mengajak orang yang sedia ke masjid dan surau untuk bersama–sama mereka.

Jelas di sini, peruntukan perlembagaan itu tidak digunakan sepenuhnya oleh umat Islam, pihak berkuasa agama, dan kerajaan sendiri. Semua pihak hanya bertindak sekadar melepaskan batuk di tangga.

Hakikatnya kita tidak serius mengajak orang lain untuk mengenali Islam walaupun tidak sanggup mengajak mereka kepada Islam. Buktinya, sepanjang kita bergaul dengan kawan kita yang bukan Islam, pernahkan kita menceritakan kebaikan Islam kepadanya? Kita tidak berani, kononnya sensitif. Padahal mereka tidak pernah berfikiran begitu.

17 ulasan:

Unknown berkata...

Berdakwah pada diri, keluarga, jiran dan masyarakat. mengikut trend zaman.

Nick Chan Abdullah berkata...

bila orang bukan Islam dilayan buruk oleh orang Melayu, secara otomatiknya dia akan merasa tidak sejuk hati terhadap Islam/Muslim.

Perangai buruk yg ditunjuk oleh ahli-ahli politik seperti Mahathir, Khairy, Ibrahim Ali, dan lain-lain tidak membantu keadaan.

Kumpulan Tabligh adalah menakutkan kepada org bulan Islam. Cara pakaian, janggut panjang tidak kemas, memburukkan agama2 lain.

Berdakwah cara paling efektif adalah menjukkan akal budi yang mulia.

Kekacang berkata...

Saya bersetuju dengan saudara dengan isu ini. Mungkin sebagai tambahan, di Malaysia kita ada pelbagai Jabatan Agama samada di Pusat dan Negeri. Malangnya Jabatan ini yang dibayar gaji sepenuhnya, tidak melahirkan pendakwah yang sebenarnya pendakwah. Lebih melahirkan pengampu yang mengejar pangkat dan gelaran.
Dakwah bukan sahaja kepada Orang Asli, tetapi emnjadi tanggungjawab kita berdakwah kepada semua orang kafir. Kita perlu menerangkan Islam kepada mereka. Persoalan mereka memeluk Islam atau tidak, itu bukan urusan kita.
Kita lebih menumpukan kepada orang Asli yang ju,lah mereka tidak sampai pun 100,000 orang di Semenanjung. Mengapa kepada kaum China dan India diketepikan. Jika Perlembagaan meletakkan Islam sebagai keutamaan mengapa perlu takut. Jawapannya mudah ini kerana campurtangan politik dan takut kalah undi.
Lebih malang lagi Jabatan Agama lebih mudah mengeluarkan belanja untuk menyambut Hari - hari penting dari peruntukkan untuk dakwah.

Hamba ALLAH yang hina berkata...

Salam

Mohon izin untuk membuat link dari blog Tuan ke blog saya di http://musafirseoranghamba.blogspot.com

Awanama berkata...

saya setuju..tambahan,pihak universiti juga sepatutnya melatih pelajar2 berhadapan dgn golongan yg berada di bandar,bukan saya katakan pergi ke perkampungan org asli tak boleh,cuma,yg sentiasa bersama2 dgn kita,kita tinggalkan....baru2 ni pelajar ukm,pergi ke perkampungan org asli

Awanama berkata...

Sapa kata pendakwah kristian tak pakai duit. Deme lagi banyak dapat dari pendakwah kita. Orang kristian yang kaya2 menyumbang banyak untuk membiayai mereka. Jadi masalahnya bukan pendakwah tapi orang2 Islam yang kaya termasuk NGO yang tak padai mencari dana

sofi berkata...

kurang setuju dengan komen nick chan..
ape2 pun yang penting semua umat islam kena bersatu dan mengamal segala sunnah nabi..jangan kita sesekali menghina sunnah nabi.wasalam

Awanama berkata...

kurang stuju dengan nick chan.
ape2 pun yang penting umat islam kena bersatu
baru agama lain akan pandang umat islam.
ikut semua sunnah nabi dan jangan sesekali menghina sunnah.
orang kita ni bile ade yang mengamalkan sunnah,kita sendiri yang memperlekehkankannya.
sedar la wahai insan

al-basori berkata...

Sebenarnya dlm hal pendakwah ini sepatutnya kerajaan seharusnya lebih lagi memberi inisiatif kepada pendakwah yang khusus.

Hari ini mungkin tidak ramai yang sedar bahawa tugas pendakwah khususnya di dalam Jabatan Agama atau disebut mubaligh orang asli contohnya sehingga kini kesemua mereka hanya diberi taraf kontrak sahaja dengan gaji dan elaun yang rasanya memang tidak berbaloi dengan tugasan mereka.

Jika dihitung hanya sekitar Rm 600 - RM 700 shj.Berbanding mubaligh kristian mereka mempunyai sumber kewangan yang amat mencukupi. Benar kita perlu lakukan tugas dakwah kerena Allah tetapi jika untuk pekerjaan di lain bidang kita mampu untuk memeberikan kadar gaji dan elaun yang tinggi mengapa tidak bagi mereka yang menjadi mubaligh Islam sepenuh masa. Renungkanlah....

http://albasori.blogspot.com

Edyes berkata...

maaf yb, ada racist di blog saya...

siapa boleh jawab persoalan di sini

Manickam Nadeson berkata...

Untuk perhatian saudara saudari yang saya hormati.
Dengan ini saya pohon, agar dapay saudara saudari sekilan untuk sembayang untuk pada 21 Mei 2007.kemenangan Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin (MB yang Sah) Megeri perak

أوفين & إيفين.Com..hehe berkata...

betul...betul...betul...betul...betul...betul...betul...betul...dakwah rajin2 kata opah..

Sammaituhuadam berkata...

Islam itu bermula dari diri sendiri..akhlaq..tutur kata..pemikiran..dan segala mu'amalat kita, kemudian keluarga kita tengok..mereka akan ikut(kerana tiada manusia yang mempunyai hati yang luhur tak suka pada kebaikan)...kemudian bila keluarga dah bagus...jiran kita tengok.mereka kagum...mungkin mereka cuba nak ikut..bila jiran dah ikut...kampung akan jadi harmoni...kampung jadi contoh pada daerah....daerah pulak ikut atas kehebatan amalan² Islam yg sebenar diamalkan kampung tue....Daerah jadi mantap..Daerah jadi contoh tauladan...daerah tue akan jd buah mulut orang ramai kerana mereka melakukan amalan Islam yg sebenar...dan kemungkinan satu negeri akan ikut..negeri mantap..dlm setiap negeri ada pemimpin...jadi bila kata negeri mantap dgn amalan islam..maka secara auto...pemimpin negeri itu juga mengamalkn Islam...dan seterusnya pd negra dan negeri.. Ini tidak mustahil...jika kita ikhlas membantu agama Allah yg mulia. jika kene dan bertepatan dgn nuzum islam(cara-cara islam) yg sebnar...

adam berkata...

salam to all,,,

dakwah yg berkkesan melalui diri individu tu sendiri,,hanya org kuat iman nya yg boleh menjadi pendakwah,,,pendakkwah yg ceramah ramai tapi bagaimana untuk kite mencari pendakwah yg boleh bertahan bergerak kesana sini,,lg2 org asli n byk lagi la,,,kene fikirkan bende ni,,any idea? ape yg patut kita wat,,wat seminar ke,,n ape2 jela,,boleh la kita berkongsi idea bersama,,wslm,

Awanama berkata...

saya lihat banyak orang tabligh mengajak sesama umat Islam pergi ke masjid tetapi cina dan india duduk satu taman pun tidak bergaul dan berdakwah untuk mereka amat merugikan...

idasan berkata...

nick chan jangan menghina janggut nabi...berdosa tuh!! Kita semua khalifah dimuka bumi ini, ada tanggungjawab untuk berdakwah....paling asasnya kena tunjuk akhlak yang baik, dengan itu lebih mudah untuk ajak orang buat baik (amal makruf nahi mungkar)...

adam berkata...

sapa yg tidak mengikut ajaran allah n nabi nya,,,sudah menempah satu tempat yg diberi nama neraka,,,dan juga kepada mereka yg menghina allah n rasulnya sama seperti diatas neraka la tempat nya,,oleh itu jgn jaduikan diri kita ini salah seorang penghuni neraka,,nauzubillah min zalik,,