16 Mei 2009

Siapakah hakim yang benarkan permohonan Zambry ?

KUALA LUMPUR, 15 Mei : - Hakim Dato' Ramly Mohd Ali yang membenarkan permohonan rayuan Dato' Zambry Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung status Menteri Besar Perak, pernah disebut dalam rakaman video Hakim VK Lingam yang mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu.

Demikian pendedahan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham tentang Hakim Mahkamah Rayuan itu yang dilantik 15 April lalu iaitu 27 hari sebelum Zambry merayu kes itu di mahkamah.

Mengikut perbualan itu kata Badrul, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3




"Mereka adalah Dato' Heliliah Mohd Yusof, Dato' Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002," katanya dalam blog peribadi beliau.

Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini, katanya.

Beliau membangkitkan persoalan betapa mudahnya Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambry sedangkan Nizar terpaksa menunggu lima hari untuk berhadapan dengan tiga panel hakim.

"Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari tiga orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama.

"Kes ini melibatkan pemerintahan sebuah negeri yang mempunyai 1.5 juta jiwa. Ianya adalah kes yang bersangkutan dengan kepentingan awam yang amat besar.

"Malangnya, kes rayuan Zambry ini telah di dengari oleh hakim yang paling "junior" serta hakim yang sama terpalit dalam skandal VK Linggam," katanya. Harakahdaily.

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

la patutla zambry mamak tu dpt rayu hakim tu yg bg huhu takpela kalo aku dah lama dah aku tembak ngan pistol peng5x biar sampai bersepai kote huhu jgn samapi rakyat gunakan kuasa jalanan jatuhkan kerajaan haram jadah woi zambry bubar dun tak kan settle punye

sumbu berkata...

masyaallah....gitu ropenya. bahaya negeri kita yob. macaman nak buat ni?

Tanpa Nama berkata...

benar tu seperti yang tercatit di Malaysia Waves oleh Tulang Besi seperti dibawah.

Hakim Mahkamah Rayuan Kes MB Perak Adalah Lantikan Linggam
Patutlah tak sampai beberapa jam dah boleh bagi "stay of execution". Itu pun dia bagi penghakiman yang begitu tidak jelas sehingga sekarang ini hakikat sebenarnya MB Haram, Zambery sedang melakukan tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh MB sah yakni Nizar.

Ramly Mohd Ali ini yang dinamakan oleh VK Linggam dalam perbualan yang direkodkan oleh MP Kelana Jaya tempohari.

Mengikut perbualan itu, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim. Mereka adalah Datuk Heliliah Mohd Yusof, Datuk Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002.

Untuk maklumat lanjut boleh baca di sini:

Juga, mengikut Jeff Ooi, Hakim Ramly ini baru menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 15 April 2009, yakni 27 hari sebelum Zambery merayu kes itu di mahkamah.

Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan. Dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini.

Dan kita pun nampak betapa mudahnya Hakim Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambery MB Haram. Mungkin Hakim Ramly ini terhutang budi dgn UMNO. Apa pun beliau bukan seorang hakim yang boleh diyakini sebagai tidak memihak kerana perlantikan beliau sebagai hakim adalah atas ihsan UMNO.

Apabila Nizar merayu, terpaksa menunggu 5 hari dan terpaksa berhadapan dengan panel 3 hakim pula. Heran, heran heran. (Correct, Correct, Correct)

Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari 3 orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama. Kes ini melibatkan pemerintahan sebuah negeri yang mempunyai 1.5 juta jiwa. Ianya adalah kes yang bersangkutan dengan kepentingan awam yang amat besar.

Malangnya, kes rayuan Zambery ini telah di dengari oleh hakim yang paling "junior" serta hakim yang sama terpalit dalam skandal VK LInggam (Correct, Correct, Correct).

Inilah dia rupa keadilan Malaysia. UMNO telah berjaya melacurkan mahkamah di Malaysia untuk menjadi pelacur kelas satu kepada UMNO

Tulang Besi

Tanpa Nama berkata...

begitulah keputasan akhir ni!
dimana keadilan & hak kepentingan awam dibawah jajahan kerajaan BN ni???

Tanpa Nama berkata...

apa ni semua! kes pendengaran rayuan juga ditangguh ke Khamis 21hb mei ini.....
sistem kehakiman negara makin dicemah,sedah jadi bahan ketawa satu dunia luar...

Tanpa Nama berkata...

Apa boleh buat mereka semua tu..tak ingat mati.....mereka kekal hidup tongkat langit sebab itulah dia tak kesah dan tak rasa bersalah bila menganiaya orang lain......Ingatlah wahai pemimpin dan penguasa....hari pembalasan nanti segala perbuatan aniaya akan dibalas dengan setimpal....ingatlah wahai orang yang berkuasa..dosa pada orang ALLAH TIDAK DAPAT AMPUNKAN SELAGI ORANG YANG BERSALAH DATANG MEMINTA AMPUN PADA ORANG YANG DIZALIMINYA....

al kerrango berkata...

salam yb,
saya sebagai pengamal undang undang juga merasa kagum dengan kepantasan mahkamah rayuan menetapkan dan memutuskan kes dengan kepantasan kilat tersebut.tapi sayang sekali kes yang amat penting ini diputuskan oleh panel satu orang hakim sahaja di peringkat rayuan dan dibuat sebelah pihak sahaja.saya yg punya pengalaman appear before the said yang Arif tidak ada sangsi akan kebijaksanaan dan keadilan yang Arif tersebut cuma lebih elok dan molek jika keputusan tersebut didengar panel tiga hakim atau lebih dan peguam YAB Nizar diberi peluang untuk berhujah balas.
Apapun, moga Isnin nanti kehakiman negara dapat menegakkan keadilan dan memulihakn imej yg tercalar lama dulu.

Mr Sultonic berkata...

aayyoooo...ammaaaa...korek...korek,,korek. Dulu aku suda kasi taw ini hakim suka korek-korek juga. Kenapa juga mau angkat ini hakim... ayooayooyoo manyak busuk ini umno....

AHIM KAMPONG berkata...

VK lingam lagi...tak habis2 VK lingam....macam mana ni...bila nak habis cerita ni...Apakah pihak parti politik sama ada BN mahupun PR sudah atau memang ada perancangan sulit utk melengah-lengahkan perkara seumpamanya bagi maksud atau tujuan yg tertentu...namun apa yg pasti rakyat memang sudah ada yang naik jenuh dan bosan....para pemimpin @ ahli politik tidak ada kerja lain...menghabiskan boras aje....

Pesanan berkata...

Aik, adakah kita hairan? Sedangkan hakim Hacks Augustine Paul pun naik pangkat ke Mahkamah Persekutuan dengan lajunya melangkaui ramai senior judges yang lain.

Manickam Nadeson berkata...

This is Malaysia, everything is possible to BN and UMNO more. That's why we have to change the BN government as soon as possible.

Tanpa Nama berkata...

malaysia dah haru...selamatkan negara ini dari kerajaan BN yang korup

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Jadi tahulah saya bhw keputusan tersebut penuh keraguan dan tidak neutral.
Sepatutnya sistem keadilan kita malu dgn apa yg berlaku ini.
Dgr khabarnya penghakimannya pun tak bertulis hingga menyukarkan pihak peguam DS Nizar.
Semoga Allah terus memberikan bantuanNya kepada makhluknya yang sentiasa bertakwa. Wallahua'lam...

Tanpa Nama berkata...

Saudara

Kita boleh meletak Hakim yang paling berpengalaman atau hakim yang tidak pernah ada masalah kredibiliti tetapi adakah Hakim tersebut akan melaksanakan keputusan yang adil dan mengikut perlembagaan negara. Pada pendapat saya inilah persoalannya?? KEPUTUSAN YANG ADIL DAN SAKSAMA.

G
Belfast

musafirlalu berkata...

Tidak ada apa lagi yang rakyat boleh harapkan apabila badan kehakiman dilacurkan oleh BN.Satu perkara yang amat mengejutkan apabila MB haram memohon dilanjutkan tempoh sebutan kes dimahkamah Rayuan dengan segera dibenarkan.Mahkamah pun dah di 'MEE SEGERA'kan oleh kerajaan yang dilaung-laungkan degan slogan Rakyat Didahulukan.Inikah yang kerajaan yang menyatakan akan memutihkan badan kehakiman..........Macam malu pula nak mengaku rakyat Malaysia.

TpK berkata...

Mahkamah delay plak rayuan DS Nizar ke tarikh 21 Mei sama hari dgn kes rayuan Zambry. Memgle...isshh geram sungguh dgn puak2 nie!!

hmmmm.....dah agak dahh...ada je putar belit depa nak buat dgn perguna mahkamah cukup2. Delay apa saja depa boleh dgn bantuan pencacai. Tak malu betoi puak2 yg jadi pencacai nie punnn.....Wooi!! tak malu kat Tuhan ka? tak malu kat rakyat ka dgn kerja bobrok hangpa tu?...meluat aku!! Mptuihh!! Memg tak bagus maki, tapi kdg2 tu dah geram sgt nak buat camno? maki pi lah...pengkhianat amanah rakyat memng layak terima pun.

Depa tetap nak elak bubar DUN. Sket hari lagi depa akan "nyahkan" DS Nizar dgn undi tak percaya...tgk la... Bab speaker haram ke tak haram ke, vote tu sah ke tak sah ke? peduli apa? depa serah kat mahkamah...konpom drag panjg mana pun takpa,last2 puak2 tu menang, rakyat marah pun takpa, janji depa berkuasa di Perak boleh kebaih lagi harta meghedak rakyat sampai PRU-13.

Desas desus depa nak bubar DUN tu hanya psywar je, stop lah ckp pasal tu. Bullshit la!! Depa tak akan setuju nak bubar DUN punyalah, pengecut!! Hanya Tuanku Sultan je kot2 tiba2 mimpi bubar DUN? Kot tertonggeng JW kot??
Tapi...malammmm skettt la....jgn harap!! So, kita tunggu PRU-13 je lah.

ninja97 berkata...

yb, sila lihat e-mail yb untuk melihat e-mail yg saya kirimkan...harap yb terima e-mail saya itu..wassalam..allahuakbar

MamaKaisah berkata...

erm....hakim paling cekap...hampas

Tanpa Nama berkata...

memang saya sudah mengagak tatkala mendengar berita mahkamah rayuan membenarkan rayuan Zambri kudeta untuk penangguhan pengisytiharan Hj Nizar sebagai MB sah Perak. pada saat tu otak saya ligat berfikir mudahnya dia terima rayuan zabri, sekarang nah segalanya diuraikan oleh bloggers disini akan ada yang tidak kena dengan penghakiman hari tersebut.

Wamakaru wamakarullah wallahukhairul makirin
(mereka merancang Allah balas perancangan jahat mereka)

seruan saya kepada PR danrakyat yang setia berdiri di atas kebenaran agar banyakkan munajat dan doa serta bersabar menanti bantuan dari yang Kuasa, insyaallah kebenaran sentiasa bersama kita dan menjadi hak kita sekiranya bersabar.....

Tanpa Nama berkata...

Jika benar sedemikian maka sahlah MB Kudeta Haram, perintah pun cara haram dari hakim haram. Sahlah maksud dialog dalam satu filem allahyarham TS P.Ramlee Tiga Abdul; semuanya penyamun. "KOREK, KOREK,KOREK................" dialog siapa? .... tidak lain dan tidak bukan V.K. Linggam.

Tanpa Nama berkata...

Semoga kes yang sengaja Allah rencanakan ini menjadi pemangkin kebangkitan rakyat seluruh Malaysia dalam menjatuhkan sebuah kerajaan yang penuh noda dan dosa. IngT kemenangan tentra Islam dalam dalam setiap peperangan adalah juga berpunca maksiat yag dilakukan oleh pihak musuh.
Berdoalah dan bekerja kuat serta siasah yg tinggi insyaallah kemenangan yg hak semakin hampir. Takbir ALLAHU AKHBAR

ANAK MELAYU berkata...

DLM BABNI MUNGKIN BANGSA CINA CUKUP SEDAR FENOMENA INI TAPI SAYA SELAKU MELAYU MERASA MALU DGN MEREKA KERANA ORG MELAYU AKAN LAYU DGN SECAWAN KOPI,DPT ANAK2 AYAM DAN KELI,WANG RINGGIT DAN BERMCM2 LAGI TERUS PANGKAH BN, PERKARA INI TERJADI DI B.GTG. NILAH HAKIKAT YG PERLU DITERIMA. MOGA ORG MELAYU KITA AKAN LEBIH SEDAR KETIKA INI. BANGUNLAH BANGSAKU! KITA BENTERAS KEZALIMAN INI...

Tanpa Nama berkata...

Bengang betul bila dengar kes kena tunda, celaka betul la geng2 zambry pele tu.... Mmg x adil betul, klu tang PKR tu ada jer alasan yang di korek sana sini, sbb mrk tau PKR akan mengikut perintah tapi bila tang BN, semua correct, correct, correct.... x de kuasa dan sapa yg boleh menentang mereka...

Ye la orang2 malaysia, marilah kita beramai2 memohon petunjuk Allah agar kita di berkati dan berakhirnya satu kemelut yg menyakitkan hati semua rakyat, lebih2 lagi rakyat Perak sendiri... Begitu juga pada semua bangsa, mereka tau yg mana baik dan yg mana tidak..
Berdiri la kita pada kebenaran yang di redhai.

Tanpa Nama berkata...

wa percaya dgn kuasa allah s.w.t