16 Mei 2009

Mahkamah dengar rayuan Zambry, Nizar Khamis depan

Mahkamah Rayuan akan mendengar Rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada Khamis ini.

Mahkamah itu juga akan mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi pada hari yang sama.

Sebelum ini mahkamah menetapkan untuk mendengar rayuan Nizar pada Isnin depan.

Peguam Nizar, Amer Hamzah berkata beliau berharap mahkamah akan mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dahulu supaya mengekalkan pelaksaan keputusan yang memutuskan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Isu perundangan melibatkan Nizar dan Zambry telah bermula sejak February lalu apabila Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Nizar. Pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Sehinggalah pada Isnin lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.

Bagaimanapun Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali membenarkan Datuk Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak dengan membenarkan permohonan Zambry bagi menangguhkan keputusan itu sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

10 ulasan:

zizi3131 berkata...

apa jua keputusan rayuan zamry seluruh dunia sudah tahu YAB IR Nizar adalah MB Perak yang sah saperti keputusan Mahkamah Tinggi hari isnin lepas

zizi3131 berkata...

Apa Jua keputusan rayuan Zamry Seluruh dunia sudah mengetahui YAB IR Nizar adalah MB Perak yang sah.

Tanpa Nama berkata...

all other reasons raised after High Court decision are irrelevant especially in the case of Datuk Sri Nizar position however we must bare in mind it may be relevant for other cases where our intelect being challenged.

Tanpa Nama berkata...

Betapa hapraknya sesetengah hakim kita. Kes YB Nizar vs YB Zamry ni macam kes Tuan Rumah lwn Perompak2. Perompak2 telah merompak rumah YB Nizar, kemudian melarikan harta milik beliau. Apabila dibicarakan di mahkamah, memanglah Perompak2 tersebut akan didapati bersalah, itu perkara biasa. Lalu diarah untuk memulangkan kesemua harta rompakan tanpa tangguh lagi. Malangnya Mahkamah Rayuan(Malaysia Boleh) menangguhkan keputusan tersebut kerana terdapat kesilapan teknikal dalam perbicaraan, itu masih boleh diterima untuk sementara waktu bagi membetulkan kesilapan. Yang tak masuk akal, apabila Mahkamah Rayuan suruh serahkan balik harta rompakan kepada Perompak2 untuk diguna pakai tanpa syarat... Tidakkah HAPRAK namanya !

AnakMaharani

Tanpa Nama berkata...

Kepada Bakal Hakim Yang Akan Membicarakan
Rayuan Penentuan MB Perak Yang Sah;

Pemimpin yang dizalimi berhak mempertahankan hak dan pemimpin itu berhak mempertahankan ancaman kepada rakyat yang berdaulat. Rakyat yang berdaulat ialah rakyat yang dahagakan kebaikan dan perubahan paradigma dan menyesali serta membenci kepada kepincangan dan kezaliman.

YAB DS Nizar telah dibukti oleh meahkamah bahawa beliau adalah Menteri Besar yang sah kerana beliau telah dilantik oleh Rakyat dan diperkenan oleh Sultan, sementelahan beliau juga tidak pernah meletak jawatan dan tiada usul undi tidak percaya yang diluluskan dalam persidangan DUN negeri perak. Manakala Zambry dimasukkan bersumpah menjawat MB atas anggapan DS Nizar sah dipecat; tetapi perlembagaan negeri perak tiada memperuntukan sultan memecat MB melainkan jika perkara tersebut di atas itu telah terlaksana.

Walaupun rayuan itu hak individu tetapi kecenderungan rayuan itu lebih kepada sifat peribadi takut DUN dibubarkan walahal apa yang dilaksanakan ialah perlantikan MB adalah hak rakyat dan wajar diserah kepada rakyat semula untuk tentukan. Orang yang takut kepada norma-norma umum adalah orang yang gila kuasa dan tidak mempunyai keyakinan diri bahawa beliau adalah pilihan rakyat.

Kepada hakim yang akan mengadili kelak diharap membuat keputusan atas prinsip yang sebenar bukan didorong atau didesak oleh sesiapa. Jika Hakim itu beriman takutlah azab Allah dari cengkaman manusia yang zalim. Sayapun teras takut kerana azab allah datang dengan berbagai=bagai; dari bencana alam hinggakan menularnya penyakit yang berjangkit seperti sekarang ini penyakit selesema babi dahpun masuk kedalam negara kita. Ingat negara kita kecil sahaja 8 jam perjalan dari perlis boleh sampai ke Johor melalui Lebuh raya dan tidak sampai 2 jam melalui udara.

Ingat amanah terhadap pemerintahan negeri/negara adalah satu tuntutan allah dan allah sentiasa memantau dan akan membantu orang yang dizalimi tidak kira bangsa, agama, manusia haiwan atau tumbuh=tumbuhan tetap dalam skop pembelaan. Adililah dengan penuh keimanan.

Tanpa Nama berkata...

knape sblm perbicaraan mula aku mcm dah tau je yg yb nizar kalah.haish..umno mesti pegang mahkamah punye kali ni.hakim pun boleh overnight je putuskan result mahatma zambry tu.xmustahil akan sebelah dia kali ni. apa pun yb nizar adalah menteri besar perak.
TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

nak lawan macamana??? tuhan pun ialah mereka, hantu pun ialah mereka juga

Tanpa Nama berkata...

hakim makan gaji.... dapat gaji ujung bulan... kalau tak ikut kata Umno nanti kena tindakan tatatertib lak... kalau kena tukor tempat lain nanti dapat gaji kecik... nak taknak kena ikut macam lembu....janji dapat gaji besor ujung bulan... dapat juge bayor kete mewah, ghunmoh cam istaner dan makan minum 5 bintang pada anak2 bini... gitu ler ghopenye ye...

Tanpa Nama berkata...

mahkamah pun udoh biase makan deghoyan ... kang tak dapat makan deghoyan kalau tak ikot arahan oghang besor perut besor....

Tanpa Nama berkata...

teman boring lawat kat sini...asyek kena tapis aje... walhal teman oghang Pas seumor hidop... kalau cam ni tak payah2 ler lagi teman nak masok kat blog ni lagiii.... macam oghang penting sangat deme ni.... wasalaaam...