28 Jun 2009

APABILA MENTERI EXPIRED LEBIH GEMARKAN BABI

oleh 1Utama 1Ismud-Semarak
bypass308.blogspot.com

Apa punya bahlol menteri penerangan yang separuh terang ni, dia dah jadikan kementeriannya sebagai markas politik diri, dengan sombong mengetepikan keputusan yang telah dibuat oleh kementerian kesihatan dengan berkeras nak juga pakai nama Selesema Babi bagi Influenza A (H1N1).


Si botak luput tarikh lupa kot dia sepatutnya akur dengan keputusan kementerian kesihatan yang sudah umum guna H1N1, itu keputusan kerajaan BN jugak, yang dia ngok sangat nak pakai juga Selesema babi tu apa hal? Kira nak tunjuk lagak bahawa kementerian penerangan boleh buat apa saja termasuk menolak apa-apa yang diputuskan oleh kementerian lain.

Badut tua ni memang lupa daratan, kementerian awak tu adalah penyalur maklumat, penyebar maklumat kerajaan BN kepada rakyat, maka maklumat tu kenalah dibawa secara tepat, bukan ikut kehendak hati kamu saja. Sekarang ni, rakyat pun naik resah, sama-sama kementerian dalam BN tapi buat benda yang bertentangan, tak sekata. apa punya menteri kamu ni, botak luput tarikh?

saya was-was awak ni dr fotostate ke dr kaki lima, dah kalau kemneterian yang terbabit kata guna H1N1, satu dunia pun sebut gitu, awak pula nak sebuat cara awak. minat sangat ke dengan perkataan babi tu? atau saja awak nak kenakan menteri kesihatan kerana dia Cina dan makan babi? kalau menteri kesihatan tu Melayu dan nak kekal sebut selesema babi, agaknya awak si badut orang pertama akan sanggah marah menteri tu sebab cuba hina masyarakat islam dengan namakan penyakit ada kaitan babi.

Kalau esok lusa ditakdirkan awak badut tua kena jangkitan (maklumlah suka nak melawat luar negara)H1N1, nak ke orang sebut Menteri Penerangan, Rais Tua Lagi Yatim kena penhyakit Selesema Babi, tak ke pasal-pasal budak kecil salah anggap awak terjangkit kerana makan babi kot? nak ke macam tu????

Kalau deme yang tak faham lagi apa saya cakapkan ni, baca apa yang badut ni kata pada laporan bernama nih, sombong gila, tak jaga perasaan kementerian lain. Leow Tiong Lai, kalau awak dok senyap dengan pendirian Rais Badut ni, lebih baik awak bungkus balik jual kacang rebus kat Raub ka Kuala Lipis pun ok.

[ KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memutuskan untuk terus mengguna istilah selesema babi dalam laporan dan berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) walaupun berlaku perbezaan pendapat dengan Kementerian Kesihatan.

Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata penggunaan istilah selesema babi bagi menggantikan influenza A (H1N1) oleh RTM adalah bersesuaian untuk menegaskan maknanya kerana ia lebih mudah diterima penduduk negara ini, khasnya orang kampung.

Rais turut menafikan penggunaan istilah itu boleh menimbulkan perbalahan dan kekeliruan kerana yang penting masyarakat memahami maksud yang ingin dinyatakan.

"Perkara ini (penggunaan istilah selesema babi) tidak timbul sebagai isu langsung. Pokoknya masyarakat harus faham selesema itu bukan selesema gajah tetapi selesema babi...jadi sekiranya H1N1 digunakan maka RTM akan gunakan selesema babi untuk menegaskan ertinya.

6 ulasan:

Alif H'ng berkata...

ADAKAH baik kalau kita umat Islam sentiasa cakap keluar dari mulut perkataan 'babi' 'babi' 'babi'?
Secara kerelaan hati dan sesuka hati? Jadi fikir-fikirkanlah.

hamid,klang berkata...

ONE MALAYSIA diperkenalkan
H1N1 pulak yg melanda negara
macam ada persamaan
mungkin itu sebabnya
menteri nak tukar nama kpd selsema babi
kebetulan...

Tanpa Nama berkata...

apa salahnya dgn istilah selsema babi?biar org tau terutamanya org yg suka sgt ternak dan makan haiwan tu bhw puncanya dr babi yg mmg Allah haramkan memakannya...
kalau puncanya bkn dtg dr haiwan tu x lh jd mslh dtukar istilah tu kpd apapun..
kalu x silap aku mcm tu lh...

Unknown berkata...

apa yg risau sgt pakai BABI? pakai je. selesema burung tak kisah pun tp time BABI nak kecoh! kalo dia ckp selesema khinzir kang, marah plak! HINI pon sama jer. mana2 boleh. ada share ker dlm babi?

Tanpa Nama berkata...

Elok lah penyakit tu di panggil selesema babi supaya orang tahu yg babi tu tak elok, yg kita nak sembunyikan keburukan babi yg diharamkan oleh Allah tu kenapa? Kenapa kita menganggap perkataan babi tu mencarut. Babi adalah babi bukan yg mencarut, tetapi memaki orang dengan perkataan babi tu barulah mencarut!!!

Alif H'ng berkata...

pening...pening.... :))