04 Jun 2009

Nizar Fail Rayuan Ke Mahkamah Persekutuan 8 Jun

Walaupun masih belum menerima penghujahan bertulis keputusan Mahkamah Rayuan 22 Mei yang mengesahkan Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar, namun ini tidak menghalang langkah Mohammad Nizar Jamaluddin untuk memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

"Kita masih belum menerima penghujahan bertulis daripada Mahkamah Rayuan. Walau bagaimanapun setelah berbincang dengan peguam pihak kami akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan pada hari Isnin 8 Jun depan," kata Nizar.

Tambahnya pasukan peguam beliau akan memohon agar rayuan beliau akan didengar oleh panel penuh sembilan hakim.

Hakim Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif sebelum ini berkata penghakiman bertulis akan dikeluarkan pada 29 Mei.

Bagaimanapun faks daripada pejabat Mahkamah Rayuan memberitahu bahawa mahkamah tersebut masih dalam proses menyediakan penghakiman bertulis tersebut menurut peguam Nizar, Leong Cheok Leng.

"Kita berharap akan menerima dokumen tersebut pada minggu ini supaya kami dapat bersedia untuk proses rayuan kepada Mahkamah Persekutuan," katanya.

Nizar mempunyai tempoh masa sebulan daripada tarikh keputusan secara lisan untuk memfailkan rauian beliau.

Beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang apabila Parlimen menyambung sidang 15 Jun depan. (TV Antara)

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga kemenangan di pihak yang benar.....

bukan kangkalikong berkata...

knape susah sangat nak sediakan penghujahan bertulis.tu la keje tergesa-gesa,teliti dulu baru buat hujah.ni hujah dulu,fakta tarak..buat per?org tanya ckp konar2,pusing2 kepala naik pening.adoi....hakim kangkalikong ni..

zackeye berkata...

Kita berdoa semoga Nizar akan berjaya berkat ketabahan dan kesabarannya. Nizar adalah seorang pemimpin yang membela hak rakyat dan inilah yang kita semua cukup kagum.
Kalau masuk sekolah undang-undang tak dapat siapkan assignment yang mudah macam ni dah tentu lama kena tendang. Penghakiman lima minit tapi tunggu seminggu lebih alasan bertulis pun tak dapat diberi. Sepatutnya alasan telah sedia ada dan baru penghakiman diberi.