02 Jun 2009

Salahkah menyokong perjuangan Anwar ?

Oleh: WFAUZDIN NS

Gelombang politik terbesar di dalam negara ini hanya berlaku sebaik sahaja berlaku peristiwa pemecatan DS Anwar Ibrahim dari kabinet dan parti Umno lebih kurang 11 tahun yang lalu. Sebelum peristiwa tersebut, gelombang politik juga pernah berlaku tatkala berlaku pertembungan merebut jawatan Presiden Umno di antara Tun Dr Mahathir dengan YBM Tengku Razaliegh yang mana mengakibatkan wujudnya Parti Melayu Semangat 46(S46).

Sebelum itu juga, Umno pernah diharamkan sebelum Tun Mahathir menubuhkan Umno Baru yang kekal hingga sekarang. Namun gelombang politik yang menyaksikan pertarungan di antara Umno/Bn dengan Parti S46 yang telah bergabung bersama PAS dan DAP tidak sehebat gelombang yang dibawa oleh DS Anwar Ibrahim selepas tahun 1997.

Saya yakin sesiapa yang membaca kembali sejarah pada awal era reformasi sehinggalah kini, suka atau tidak terpaksa mengakui bahawa pengaruh DS Anwar sememangnya banyak mempengaruhi sokongan rakyat terhadap parti-parti pembangkang yang ketika itu begitu mudah diratah oleh Umno/Bn, kecuali kekuatan kental PAS di Kelantan. Natijah daripada fitnah yang telah dilakukan oleh mereka yang cemburu serta dengki dengan pengaruh DS Anwar sehingga menyebabkan beliau dipecat dari kabinet dan parti, pembangkang terus mendapat tempat dihati rakyat. Rakyat sudah tidak lagi meyakini Umno malahan mereka seolah-olah tidak percaya tergamaknya Umno mengkhianati tokoh Melayu yang Pro Islam ini. Tetapi bak kata orang, benih yang baik dicampak ke mana sekali pun tetap akan boleh hidup subur. Secara jujurnya, parti PAS dilihat lebih banyak memakan hasil daripada peristiwa yang berlaku dan saya percaya ini adalah `kifarah' buat DS Anwar yang mungkin ketika di dalam Umno melakukan beberapa kesilapan di dalam pendekatannya.

Kini, setelah pembangkang mulai mendominasi beberapa buah negeri selepas pilihanraya Ke 12 yang lalu sehingga menyebabkan kerajaan Bn gagal memperolehi majoriti 2/3 di dalam Parlimen, sudah terdapat suara-suara sumbang terutamanya di dalam PAS yang seolah-olah menidakkan sumbangan, ketokohan dan jasa DS Anwar. Perkara sebegini tidak pernah timbul sewaktu PAS di bawah kepimpinan Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Almarhum adalah seorang yang jujur, tidak pendendam serta bijak berpolitik. Budi Almarhum terhadap DS Anwar sudah tentu tidak terbalas. Pulangnya Almarhum Ustaz Fadzil ke Rahmatullah memaksa DS Anwar menitiskan air mata. Semua ini adalah kisah masa lampau yang amat manis dikenang betapa pemimpin bersatu hati dan sedia bermaafan. Kini, masa berubah apabila melihat kepada kekuatan yang ada pada diri masing-masing.

Pemilihan pucuk pimpinan PAS akan bermula beberapa minggu sahaja lagi. Sebagai sebuah parti yang telah kuat sudah tentu pendekatan di dalam berkempen berbeza samasekali. Saya mengucapkan syabas kepada PAS kerana sehingga kini masih tetap dengan pendirian tegas berkenaan dasar Islam mereka. Tetapi, saya kurang selesa apabila terdapat beberapa pemimpin yang sering mengaitkan pemimpin yang lain di dalam PAS sebagai `orang DS Anwar'. Apakah dosa DS Anwar sehingga beliau diheret bersama di dalam kancah perebutan kuasa di dalam PAS? Salahkah sekiranya mana-mana pemimpin PAS berbaik serta menyokong perjuangan DS Anwar selama ini? Apakah dengan menyokong perjuangan DS Anwar bermakna mereka meninggalkan prinsip mereka yang termaktub di dalam PAS ?

Semua persoalan ini tidak mampu saya huraikan melainkan pemimpin-pemimpin PAS itu sendiri. Meskipun saya seorang penyokong DS Anwar tetapi saya juga tetap menyokong serta menghormati pemimpin PAS. Memang benar, mungkin terlalu simpati saya terhadap DS Anwar menyebabkan saya ingin menyuarakan perkara ini kerana bagi saya tidak adil DS Anwar dijadikan bahan tohmahan untuk melemahkan lawan politik sesama mereka. Saya hairan mengapa wujud gelaran pemimpin ini `orang Anwar' dan pemimpin itu `orang Tuan Guru'. Setahu saya di dalam PAS pemimpin mereka adalah Presiden mereka dan Tuan Guru Nik Aziz adalah Muryidul Am mereka , tiada yang lain dari itu. Umum mengetahui bahawa Presiden PAS dan Tuan Guru Nik Aziz sendiri tidak pernah ingin berjauhan dari perjuangan DS Anwar malahan ingin dirapatkan lagi.

Harus diingat bahawa musuh sentiasa berada di sekeliling kita dan jika kita tersilap langkah, musuh akan mengambil kesempatan. Bukan tujuan tulisan ini untuk membela DS Anwar yang bukan seorang yang maksum dan bukan juga seorang Ulamak. Saya sedikit terubat apabila mendengar segala kata-kata Tuan Guru Nik Aziz berkaitan hubungan yang perlu dijaga sesama kita di dalam PR. Jangan dimusnahkan apa yang telah dibina landasannya oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Kesihan juga kepada DS Anwar yang tidak mampu mempertahankan dirinya apabila dikaitkan di dalam mainan politik oleh rakan-rakan seperjuangannya sendiri. Mungkin DS Anwar hanya mampu berkata di dalam hatinya," Kalau lah Almarhum Ustaz Fadzil masih hidup......"

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mungkin perkara ini terjadi disebabkan golongan ahli pas veteran yg agak fanatik dicampur dengan ahli-ahli muda yg kurang diberi pendedahan dan maklumat tentang sejarah reformasi itu sendiri. Mungkin dimasa hadapan ahli-ahli PAS boleh mengadakan atau mewujudkan satu bentuk kursus semacam yg dibuat oleh Biro tatanegara utk menyemai sikap jatidiri yg kuat tentang pakatan rakyat terhadap ahli-ahli pas dan juga PR umumnya.

Tanpa Nama berkata...

ustaz Fadzil Noor memang seorang yang hebat... beliau selalu berjumpa perdana menteri pada masa itu Tun Dr. Mahathir pada setiap jumaat. dan pada setiap jumaat tersebutlah Tun akan bad mood.. mana saya dapat sumber ni? sila tengok sumber tv3 berkenaan penubuhan Air Asia, dato pahaimin ( saya tak ingat ejaan ) yang ckp.

Goh Wei Liang berkata...

Salah memang tak salah sokong perjuangan Anwar Ibrahim. Namun sekiranya PAS ingin menyokong Pakatan yang juga menentang status Malaysia sebagai negara Islam (DAP), ini ada masalah sikit kerana hala tuju dan objektif perjuangan parti PAS tidak jelas lagi.

Muktamar PAS perlu bersidang dan memilih bukan sahaja barisan pemimpin yang mereka mahu. PAS perlu mencorak langkah seterusnya dan perjuangan Parti sama ada perjuangan dan agenda asal kekal bersama parti, atau perlu diubah supaya sesuai dengan agenda Pakatan Rakyat / Anwar Ibrahim.

Mungkin YB perlu baca blog Kickdefella. Ada analisis yang baik supaya PAS menjadi parti dominan pada PRU 13 nanti. Masa itu, apakah Anwar Ibrahim akan setuju memberi jawatan PM kepada DS Haji Hadi Awang?

Kami tunggulah nanti.

Tanpa Nama berkata...

betul.. saya setuju cadangan pertama tu.. sebab ada juga yang saya ketemui sekejap sokong PR sekejap sokong BN.. bila ada satu isu percaya pada satu2 pihak.. tak istiqmah.. oleh itu pertingkatkan memberi maklumat secara kursus dan sebagainya.. elakkan mencaci.. hikmah tu maksudnya tunjukkan teladan yang baik..

Tanpa Nama berkata...

betul..aku tak rasa benda karut macam sekarang erdogan la ulamak la.akan wujud..jika Almarhum Ustaz Fadzil Noor masih ada!!tapi aku rasa ahli PAS adalah ahli parti poltik yg bijak..yg tau mana benar mana salah..yg kurang pasti setengah pemimpin yg kononnya gelar diri sebagai ulama tapi peranga jauh beza dengan gelaran..seorang ulama tak akan buat keja diam2 secara curi2 jumpa musuh..utk apa??Kalu Ketua Ulama-Mursyidul Am pun tak tau yg kononnya ulama tu buat keja diam2 jumpa musuh?

cilam berkata...

saya bersetuju dengan pendapat mengatakan terdapat segelintir ahli Pas yang cuba menidakkan faktor Anwar...

Tanpa Nama berkata...

istilah sama ada pro anuar atau pun pro tok guru
di cipta oleh media pro bn.....jangn terpengaruh dengan istilah itu...

Tanpa Nama berkata...

slm, tk slh utk kita menyokong sesiapa pun @ pihak mana pun yg ingin menegakkn kebenaran, asalkan tahu mana yang lebih perlu diutamakn. Jgn sampai kita membelakangkn pimpinan.

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak faham mengapa secara tiba-tiba wujud persoalan sekiranya PAS dpt dominan sokongan rakyat di negara ini, adakah DS Anwar setuju terima Tn Guru Hj Hadi menjadi PM? Adakah ini yg dikatakan oleh Tn Guru Hj Hadi sendiri umpama `angan-angan Mat Jenin'? Sudah tentulah parti yang dominan itu bakal ditabalkan sebagai pemimpin utama. Tetapi jangan awal-awal lagi persoalan ini ditimbulkan,,,apakah sekarang PAS sudah dominan ?

Tanpa Nama berkata...

Aku dah kenal PAS sejak aku darjah 5 lagi iaitu sekitar awal 80an. Daripada 20 keluarga di kampung aku hanya sekitar 2 atau 3 keluarga sahaja yang menyokong PAS. Aku ingat lg ketika musim pilihanraya aku tlg bapak aku tampal poster PAS yg kebanyakan bersaiz A4 kat pokok nyor dan tiang letrik sambil atuk aku memandang sinis. Beza dgn BN paling kecik pun saiz A3 siap balut plastik lg maklumlah duit banyak.Pada masa tu takde sapa pedulipun dgn PAS. Lantaklah muktamar ke pemilihan ke org tak tau pun. Orang lebih suka dgn BN sbb dgn BN org boleh buat duit, dpt jd ajk semejid malah boleh jd tok ketua. Kalo sokong PAS boleh dpt apa, perabih beras je, silap-silap kena pulau dek org kampung. Tapi skrg dah berubah, bukan setakat DUN aku org PAS malah MB akupun org PAS jugak. PAS ni bolehlah diibaratkan sbg peria dan BN tu gula. Peria memang pahit dan gula itu manis. Dulu org berebut-rebut nakkan gula sampai bunuh org pun takpe, takde sape pun nak peria. Tapi apabila org dah sedar gula itu bwk penyakit org mula cari penawar. Dan apabila org menyedari yg pahit itu boleh jd penawar org berebut-rebut nakkan penawar tu sampai berbunuhan pun takpe. Moralnya apabila suatu kumpulan tu dah dpt sokongan dan dgn join kumpulan tu boleh buat duit dan jawatan hingga ke tahap boleh jd MB, maka ramailah org-org yg mabuk duit dan mabuk jawatan nak menyelinap masuk, itu sbblah ada yg sanggup fitnah memfitnah, jatuh menjatuh walaupun dlm kumpulan yg sama. Mungkin inilah yg jd pd PAS hari ini..sedih aku..tak mcm dulu-dulu..

yopnph berkata...

inilah kelemahan kita krna sering terikut rentak lawan,mereka akan mencipta isu yang akan membuat kita menlatah.mereka takut akan perpaduan pakatan.jadi sebelum bertambah parah sedarlah supaya kita tahu siapa MUSUH kita sebenarnya.ALLAH sentiasa bersama dengan orang yang benar !

Tanpa Nama berkata...

pro anwar memang sokong anwar. bagi kami tiada masalah cuma membawa anti islam DAP kedalam PR itu banyak yang telah memburukkan lagi imej PAS. banyak perkara yang dahulunya kita tentang terpaksa kita relakan demi menjaga hati rakan PR kita. Jangan dimimpikan lagi angan2 kita untuk menjadi malaysia sebuah negara islam yang unggul dan menjalankan hukum hudud memandangkan rakan kita yang anti islam. Adakah anda terfikir parti DAP saja2 masuk menjadi Rakan PR tanpa mempunyai agenda yang tidak diketahui umum? perlu diingatkan bahawa parti PAS adalah satu2nya parti yang bertunjangkan islam sebagai landasan. adakah DAP perlu menawan parti PAS untuk memudahkan agenda masa depan parti tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat sokong pas bukan kerana Anwar tapi dah nampak jelas lagi terang yg umNO memang jahat!
Aku boleh lupa kerja2 jahatnya semasa dalam tong taik umNO terhadap Pas, dengan sedikit simpati tapi takkan sampai menghentam, memperlekehkan dan memburuk2an pemimpin sendiri!seperti dilakukan oleh sebahagian pemimpin bawahan Pas. Agenda apakah ini semua?

dfario berkata...

Bagi aku, perjuangan utk umat Islam ini hanya satu. Tak kira di bumi mana pun kita berada, perjuangan umat Islam itu tetap sama. Dari zaman Rasulullah S.A.W. hingga ke hari ini, perjuangannya tetap sama. Seperti mana agama yg sebenar itu satu, spt itulah juga perjuangan yg yg dipertanggungjawabkan kpd kita.

Jika seseorang Muslim mempunyai perjuangan lain selain dari perjuangan utk menegakkan Islam, aku pun tak paham kenapa ianya perlu ada. Tak kira, siapapun yg menjadi ketua, as long as perjuangan tersebut berada di landasan yg benar, maka kita harus bersama2 perjuangan tersebut.

Kita berjuang kerana Allah S.W.T. Bukan kerana Anuar, Bukan kerana Nik Aziz & bukan juga kerana Hadi Awang, tetapi kerana Allah S.W.T. Selagi pemimpin kita mengamalkan kepimpinan Islam yg sebenar, tak akan menjadi masalah. Kecualilah kalau kamu juga turut mengikut sistem kroni yg selalu diamalkan oleh puak2 yg sesat tu. Bagi aku, siapa yg layak, maka dialah yg patut memimpin kita utk kebaikan dunia & akhirat.

Yg menjadi persoalan diminda aku dari dulu hingga hari ini... kenapa DS Anuar tidak berada bersama2 dlm perjuangan yg satu itu?

Tanpa Nama berkata...

Saya perhatikan akhir-akhir ini ada kelompok yang beria-ria sangat untuk membela pihak tertentu yang dianggap mangsa fitnah seperti DS Anwar, Husam, Mujahid dll. Tapi peliknya, pembela-pembela ini tidak teragak-agak pula untuk melemparkan tuduhan yang buruk-buruk terhadap ulama'. Nada kenyataan dan perkataan yang dipilih menunjukkan tahap kebencian yang tinggi terhadap ulama'. Inikah sikap pejuang Islam? Saya khuatir ini manifestasi emosi golongan anti Islam yang menyamar!