19 Julai 2009

Chua Jui Meng umum sertai PKR

Bekas menteri kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.

Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.

Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang. Demikian satu laporan dari malaysiakini hari ini.

Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.

Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.

Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno.

Menurut Chua, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara.

Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang.

Mayat Teoh ditemui Khamis lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, selepas disoal siasat semalam oleh SPRM, berhubung dakwaan salahguna wang peruntukan untuk DUN di Selangor.

Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.

Dua hari lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Chua akan melompat menyertai PKR.

5 ulasan:

zackeye berkata...

Selamat datang kedalam PR dan selamat berjuang untuk membina Malaysia yang lebih adil, aman dan berkebajikan untuk semua.

Tanpa Nama berkata...

ini betul2 ke cubaan??? tak la nanti jadi macam kat perak hari tu. kejap BN, kejap PR, pastu masuk BN balik....

Baba siam berkata...

PKR dah semakin jadi Tong sampah kitar semula sisa2 politik BN dah....

Tanpa Nama berkata...

yg lelain tu bila lagi..
apa pun..syabas d ucapkan..
yg benar tetap menjadi ikutan..

Tanpa Nama berkata...

Askum...
Semua yg masuk PKR atau PR yg kena rejected daripada BN,MCA,MIC atau UMNO...
macam Datuk chua jui meng dh du kali kalah dalam cubaan untuk brtanding bagi jawatan Presiden MCA pada 2005 dan 2008...

Itu maknanya dah putus asa...dan org MCA pn dah tak nakkan dia...sebab itulah bila dia umum masuk PKR, DS AnwarIbrahim kata nak bagi jawatan dalam PKR...apa maknanya tu???

fikir2kanlah sendiri....

wassalam.