19 Julai 2009

Zina itu biasa?

Email : OraNg KaMpoNg

Hamil sebelum perkahwinan "perkara biasa, tolong jangan pandang serong,"

Ini adalah petikan kata-kata ayah kepada seorang setiausaha politik yang meninggal kerana terjatuh di bangunan SPRM selepas ia mengetahui bakal menantunya itu sedang mengandung dua bulan hasil perhunbungan dengan anaknya.

Sememangnya perhubungan seks sebelum perkahwinan bagi masyarakat cina sudah menjadi kebiasaan dan tidak dianggap menjadi kesalahan yang besar. Malah tiada batasan dalam pergaulan lelaki dan perempuan yang tanpa hubungan perkahwinan.

Budaya pergaulan bebas ini bukan hanya menular di kalangan masyarakat cina sahaja, malah ianya sudah menjangkiti masyarakat Islam. Di mana-mana kita dapat melihat remaja-remaja kita berpeleseran dengan pasangan masing-masing tanpa rasa segan silu. Bahkan ramai yang merakam perhubungan intim mereka melalui telefon dan menyebarkannya kepada orang lain tanpa rasa malu dan bersalah.

Berkasih sayang sebelum kahwin ini sedikit demi sedikit telah menjadi budaya kita umat Islam di Malaysia. Ianya seolah-olah diterima sebagai sebahagian lumrah hidup yang tidak dapat di elak. Ini dapat dilihat melalui arus perkembangan media semasa. Kebanyakan drama dan filem sekarang dilihat mempromosikan budaya cinta dan kasih sayang, begitu juga rancangan-rancangan realiti, iklan-iklan, majalah dan sebagainya.

Allah Taala telah memberi panduan melalui firmannya:

ولا تقربوا الزنا إنه كان فاحشة وساء سبيلا

Jangan kamu dekati zina (perbuatan yang menjurus kepada zina) sesunggunya (zina) itu adalah perbuatan yang keji dan jalan kehidupan yang buruk

Budaya zina ini telah diingatkan oleh Allah sebagai budaya buruk dan hubungan seks tanpa kahwin itu adalah perbuatan keji dan berdosa besar. Tetapi malangnya ianya telah semakin berakar umbi dalam masyarakat kita. Sudah ramai yang tidak segan silu mengamalkan budaya zina ini di mana sahaja.Bahkan kita sendiri yang sedar tentang kemungkaran ini pun tidak dapat melakukan sesuatu untuk mengubah budaya ini. Hanya dengan sekadar mengadakan ceramah dan kuliah agama yang hanya terbatas dalam kelompok kecil sahaja.

Sedangkan promosi budaya zina amat meluas dan tidak terkawal malah memasuki rumah-rumah kita meresapi jiwa anak-anak muda kita setiap masa dan ketika.

Apakah yang perlu kita lakukan? Kita sebagai umat Islam perlu melakukan sesuatu lebih ampuh untuk mengatasi masalah ini. Bukan hanya sekadar mengeluh dan meletakkan kesalahan ke atas bahu orang lain.

Marilah kita sama-sama mengerah fikiran kita

Dari web sahabat lama abi : abmuaz

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

amalan bersekedudukan dikalangan masyarakat cina tidak muslim sudah lama berlaku setahu saya (sebagai orang melayu dan muslim dari kelantan). Sekarang ni orang melayu pun sudah mula ikut.

Abdullah Ngah berkata...

Jika benarlah orang melayu juga turut ikut feel orang kafir, maka apa bezanya orang melayu Islam dengan orang china yang kafir.

Orang kafir tiada pantang larang sama ada mahu melakukan hubungan seks belum kahwin, tapi orang Melayu ada agama dan agamanya melarang keras malah hubungan seks itu adalah zina.

Sesiapa yang melakukan zina, jika mereka sudah kahwin hukum rejam sampai mati bagi mereka yang belum kahwin rotan 100 rotan.

Bagi kafir pula tidak menjadi sebarang kesalahan, kerana agama mereka bukan agama yang diturunkan oleh Allah.

Betapa malangnya orang melayu yang mengaku beragama islam tapi tidak ikut ajaran Islam, malah ikut ajaran kafir.

Mengapa jadi begitu? mungkin salah pemimpin, kerana pemimpin tidak mahu undang undang Islam dilaksanakan.

Hendak mengharapkan ulama, ulama juga jual agama dengan harga yang sedikit. Apatah lagi ada ulama ulamak jahat jadi macam syaitan bisu.

Ya tak ya juga, orang Melayu tidak mestinya Islam yang ikut ajaran Rasulullah SAW. Ditambah pula umat islam terbahagi kepada 73 puak.

Cuma satu puak sahaja yang diterima oleh Rasulullah SAW. Mereka itu terdiri daripada puak yang ikut ajaran Rasulullah SAW sahaja.

Manakala yang tidak ikut Rasululllah SAW mereka tidak diterima keislaman.

Oleh itu tidak hairanlah jika ada orang melayu yang ikut feel orang china yang kafir. Yang kafir boleh buat apa sahaja.

Cuma islam yang syumul sahaja yang tidak boleh. Agama haramkan zina. Manakala yang tidak syumul pasti cenderung melakukan mungkar.

Malah mungkar suatu ajakan syaitan yang menjadi musuh ketat dari azali lagi.

saadlebaiseman berkata...

sebab itu kita kena laksanakan hukum hudud yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.

Maha suci Allah, peliharalah kami dan zuriat keturunan kami daripada menghampiri zina dan lain-lain perkara mungkar....

silver soldier berkata...

erm..remaja dan masyarakat sekarang memang dah melarat..

kesimpulan yg boleh dibuat..

ISLAM hanya tertegak melalui DAKWAH dan TARBIYAH..
tetapi..pada masa kini tidak sama sekali...

remaja dan masyrakat sekarang perlu didik.

utk 'polish' hati yg berkarat utk menjadi putih..

semua orang kena main peranan..pemimpin dan lain2 lagi...

semoga kite berada dalam jalanNYA...

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya TIADA AGAMA lama yang mengizinkan ZINA. Tapi orang berzina kerana kehendak sendiri bukan kehendak agama.

Hanyalah melalui dakwah manusia akan kembali kepada agama Allah.

Jom berDAKWAH.

yes berkata...

Zina di kalangan yang dah kawin pun ramai.

dedak berkata...

zina ni dah berkembang biak sejak 15 tahun dulu...sekarang?bayangkanlah sendiri....