29 Julai 2009

Derita akibat suami berzina

Oleh : mohd naim mohd zain

DALAM kesibukan masing-masing, saya mengambil kesempatan berjumpa dengan Puan Nora di tempat yang dijanjikan, lantas membawanya ke Seremban, kebetulan untuk bertemu kawan. Kerana perjalanannya tidaklah begitu jauh, kami singgah di sebuah restoran untuk berbual panjang.

''Saya hairan dengan kelakuan sesetengah wanita, mereka langsung tak takut dosa dengan membuat maksiat dengan suami orang, sedangkan dia sendiri sudah bersuami dan berkeluarga, '' cerita Nora.

''Sudah lama saya tahu hubungan suami saya Farid dengan Zehan melalui cerita kawan-kawan, dan melalui SMS yang Farid terima. Tetapi bila ditanya, Farid tak mengaku. Sebaliknya mendakwa Zehan yang sering mengganggunya. Hubungan mereka sudah jadi cerita sepejabat. Akhirnya rahsia terbongkar, bila saya tahu dia tuduh Zehan yang menggodanya. .

''Memikirkan Zehan yang suka menggoda Farid, satu hari saya pergi bersemuka dengan Zehan di gerai dia menjalankan perniagaan. Dia menafikan. Tapi bila Farid balik rumah saya pula kena marah. Farid mengamuk mendakwa saya pergi serang Zehan. Malah dia menggugut akan memukul saya kalau saya jumpa Zehan lagi. Peliknya kalau dia tak kenal Zehan kenapa marahkan saya jumpa Zehan.

''Sebenarnya ini bukan kali pertama Farid buat hubungan dengan isteri orang dan gadis-gadis, sudah banyak kali, tetapi semuanya saya sabar kerana memikirkan anak-anak masih kecil dan saya bimbang pelajaran mereka terganggu kalau kami bercerai. Oleh itu mengalah.

''Perangai buruknya bila dah bercinta, duit memanjang tak ada, kitalah tempat dia meminta bila 'sesak'. Bila tak dapat dia mengamuk dan akan berakhir dengan tabiat suka memukul. Sejak kecil anak-anak saya sudah biasa melihat saya kena pukul. Alasan Farid, saya jahat dan bodoh sebab itu kena pukul.

''Sejak peristiwa saya bersemuka dengan Zehan, hidup saya semakin terganggu, Zehan menghantar banyak SMS bukan sahaja kepada Farid, dengan pujuk rayu dan meminta simpatinya, malah lebih kerap kepada saya.

''Tetapi ayatnya bukan mohon maaf atas kesalahan yang dilakukannya, sebaliknya dia memaki hamun saya di samping mendakwa dia akan bertindak supaya saya bercerai dengan Farid dan dia akan berkahwin dengan Farid.

''Demi anak-anak supaya saya tak bercerai, saya cari jalan hendak bertemu suami Zehan. Dengan bantuan kawan yang bersimpati saya berjaya menjejaki suami Zehan, Zul, sambil menceritakan apa yang berlaku di luar pengetahuannya.

''Malangnya Zul menafikan, tidak percaya apa yang saya ceritakan. Tetapi berjanji akan bertanya dengan Zehan. Oleh kerana saya sering dapat SMS maki hamun daripada Zehan, saya hantarkan kepada Zul biar dia tahu. Tetapi Zul mendapat cerita salah dari Zehan.

ketakutan ''Akibatnya, saya pula menjadi musuh Zul. Satu hari ketika saya ke kedai saya telah dipukul dari belakang oleh Zul. Kerana ketakutan, saya lari ke sebuah butik kecantikan berdekatan. Zul ikut masuk dan terus memukul saya. Bila saya bertanya, katanya saya jahat menganggu rumahtangganya. Saya melaporkan kejadian itu kepada polis. Bila saya mengadu hal ini kepada Farid, saya pula kena marah.

''Peristiwa itu masih dalam siasatan, sungguh saya tak sangka Zul berani memukul saya, sedangkan kebenarannya dia yang telah dipermainkan oleh isterinya yang membuat hubungan dengan suami orang. Malangnya Zul tak percaya.

''Satu hari saya dapat panggilan telefon daripada seorang wanita bersama ibu dan suaminya yang saya tidak kenali, mereka menasihatkan saya supaya segera berubat, kerana katanya kalau tidak rumah tangga saya akan hancur dan suami saya terus jadi bodoh seperti Zul suami Zehan. Saya terkejut dan bertanya lebih lanjut.

''Dalam perjumpaan dengan saya wanita ini menunjukkan gambar-gambar Zehan bersama keluarganya. Katanya gambar-gambar dirakamkan ketika mereka menjadi kawan baik. Mereka bersahabat lebih 20 tahun lamanya.. Dia juga mengaku mereka anak beranak disuruh oleh Zehan mengganggu saya di telefon satu ketika dahulu.

''Katanya kini mereka sedar atas kesalahan yang dilakukan, kerana rumahtangganya juga hampir musnah. Setelah berubat kini baru dia insaf dan meminta maaf daripada saya.

''Daripada wanita ini saya mendapat alamat rumah ibu Zehan. Katanya saya patut cuba pergi meminta bantuan, mungkin ibunya boleh menasihatkan Zehan.

''Beberapa bulan kemudian saya pergi ke rumah ibu Zehan, tujuan saya supaya ibunya yang lebih matang itu boleh menasihatkan anaknya supaya tidak lagi mengganggu rumahtangga kami. Malangnya, belum sempat saya bercerita, ibu Zehan menghalau saya dengan sebatang paip plastik yang diketuk ke lantai dan ke dinding sekuat hati supaya saya tidak menghampirinya.

''Esoknya Zehan bawa ibunya buat laporan polis menuduh saya serang ibunya. Kepada ibunya saya katakan bahawa Zehan mengacau suami saya. Zehan pula dengan bangganya mengaku di depan ibu yang dipimpinnya, bahawa dia bukan sahaja mengacau tetapi dia memang selalu berzina dengan suami saya. Pengakuannya itu didengar oleh ibu dan adik lelakinya.

''Rentetan peristiwa itu hubungan saya dengan Farid jadi tak tenteram, dia tuduh saya menghasut anak-anak kami yang telah dewasa dan telah bekerja dan menuntut di universiti membencinya. Katanya, semakin hari anak-anak jadi kurang ajar tak mahu bercakap dengannya.

''Setelah diceraikan barulah saya sedar tidak ada gunanya dipertahankan perkahwinan ini, kerana selepas peristiwa itu barulah saya tahu banyak keburukan Farid,'' katanya.

Menurut Nora, jiwanya semakin tenang dan tenteram. Kata anak-anaknya, ayah mahu bercerai kerana tak lama dia akan bersara, akan dapat banyak duit, dan dia merasa dia cukup mewah dan tidak mahu hidupnya diganggu. Kepada kaum wanita semua ambillah iktibar.. Sebaiknya kayakan diri sendiri.


8 ulasan:

Awanama berkata...

MAIN CINTA DENGAN BINI DAN LAKI ORANG....MMMMM ENTAHLAH....KAT TEMPAT SAYA PON ADA....

mat_kilau berkata...

mmg teruk masalah umpama ini, ini akibat drpd pergaulan bebas yang x dpt dibendung. ditambah lg dgn pemahaman songsang sebahagian umat islam hari ini yg sgt menyusahkan dalam hal berkaitan poligami. sedangkan ianya perkara yang telah digazet dlm syriat islam. dan ianya mmg sudah menjadi amalan manusia sejaz zaman berzaman......w'alam

Awanama berkata...

It takes two to tango...in the first place masing2 tak tahu jaga batasan pergaulan lelaki perempuan...pergi mana2 pun jadi fenomena biasa suami orang bergaul mesra dengan isteri orang di pejabat...keluar makan sekali...mula2 kawan sepejabat lepas tu berkongsi masalah...lama2 berkongsi segala2nya...Doa saya pada Allah semoga semua gejala ini dapat dibendung...amar makruf nahi mungkar...

Awanama berkata...

dunia nak kiamat..

hasnizam berkata...

KALAU UNDANG-UNDANG HUDUD DILAKSANAKAN, PASTINYA MASALAH SOSIAL SEBEGINI TIDAK MENULAR.

Awanama berkata...

Utusan penipu...depa reka cerita nak bgi lakuu suratkhabaq depa....kahkahkah.

Awanama berkata...

allah maha adil, setiap perbuatan akan ada balasannya, cuma masa menentukan. Sememangnya resam manusia, yang haram tetap nampak indah sedangkan itulah gula2 syaitan, Tahniah kerana sudah bebas dari rakan karin syaitan.

Din berkata...

memang betul.. semua orang tidak kira laki k puan ke masing2 kene faham memahami... insya allah bahagia..... ingatlah solat itu tiang agama...