29 Julai 2009

Yahudi, Babylon dan Palestin

Oleh : AMEER ABDULLAH

Tentera Babylon menyerang Palestin pertama kalinya pada 1600 BC. Mereka menawan tiga daripada dua belas puak yahudi yang ada dan membawa mereka balik ke Babylon untuk dijadikan sebagai hamba. Tiga puak ini telah lenyap dan tidak diketahui ke mana hilangnya mereka.

Kemudian, pada 600 BC, seorang lagi pemimpin Babylon menyerang Palestin dan menawan sembilan puak lagi yang ada. Mereka juga dibawa ke Babylon untuk dijadikan hamba. Tetapi pada kali ini mereka cuba menjaga diri mereka agar mereka tidak lenyap seperti tiga puak yang terdahulu itu. Lalu mereka pun menubuhkan kumpulan rahsia mereka dan rabbi-rabbi mereka mula menulis Talmud dan sebagainya.

Tidak lama kemudian, Babylon ditawan oleh Parsi. Raja Parsi yang memerintah telah memberikan kebebasan kepada puak-puak yahudi itu dan mereka dibenarkan untuk pulang ke Palestin. Kebanyakan dari mereka telah enggan dan memilih untuk menetap di Babylon. Hanya sebahagian yang kecil sahaja telah pulang ke Palestin. Oleh kerana itulah sebahagian besar dari orang-orang yahudi menganggap Babylon sebagai salah satu dari bandar suci mereka.

Pada permulaan abad ini ketika mereka hendak memilih satu negeri untuk dikumpulkan semua yahudi yang ada, ramai yahudi yang mahukan supaya Babylon (Iraq) dipilih sebagai negeri mereka. Dan US melantik seorang yahudi sebagai dutanya di Istanbul yang mana tugasnya ialah untuk memastikan bahawa Babylon diberikan kepada yahudi. Bahkan mereka juga ada beberapa orang yahudi (Freemason) di dalam parlimen Turki (’Othmaniah) yang ditugaskan untuk memujuk khalifah agar memberikan Babylon kepada yahudi. Tetapi permintaan mereka itu telah ditolak oleh kerajaan ‘Othmaniah.
Bagaimanapun, mereka kemudiannya mendapati adalah lebih senang untuk mendapatkan Palestin berbanding dengan Babylon. Tetapi sebahagian mereka masih lagi berhasrat untuk mendapatkan Babylon sebagai negeri mereka.

4 ulasan:

Dol kakirempit berkata...

Salam YB,
Amat baik catatan di atas. Sepatutnya ia dijadikan iktibar agar Perak tidak di jadikan sebagai Babylon ke dua PR di bawah pimpinan DSAI .

Alhamdulillah, Allah masih menyangi rakyat Perak kerana memberi semula negeri ini kepada UMNO/BN. Kalau terus di perintah oleh Kerajaan 3 bersaudara (Ngeh, Ngor & Ni). kalau tak, tak tahulah kita berapa banyak lagi tanah akan jadi milik orang asing. Bangsa peribumi akan merempat di tanah sendiri. Dah lah jadi hamba ekonomi kaun Cina. Pastu jadi hamba kuasa pulak.
takdir dan qada Allah masih memihak kepada BN.

YB sedar tak, hampir 90% kuasa peruncitan dikuasai oleh peniaga Cina. Pastu nak bagi lagi kuasa politik kepada kaum Cina. Apa lagi yang bangsa Melayu ada.

Insaflah wahai bangsa Melayu. Bersatulah kita demi bangsa, agama dan negara kita.

Kalau hangpa dok sokong PR, nanti tak pasai2 kita jadi hamba di tanah air sendiri. PAS tu pun bukannya sayang kan bangsa. Dok nak bersekongkol dengan DAP tu buat apa.

Bila sebut tentang pencerobohan oleh pemimpin Babylon terhadap Palestin, kita kena rujuk kepada Singapura yang telah menawan Pinang
( PAP melalui DAP ). tak tahulah apa akan jadi kepada rakyat Perak jika terus berada di bawah DAP. Baru perintah 11 bulan, banyak tanah dan balak di beri kepada bangsa asing. Kalau lagi lama.... tak tahu la. Nasib baik kita selamat dari bala tersebut.

Bangkitla...wahai bangsa ku. Jangan mudah diperdaya dengan janji manis mereka....
Sedarlah bahawa PAS itu hanya boneka DAP.

Selagi boleh diperkuda dan dipergunakan, selagi itulah DAP akan bekerjasama. Nanti habis madu sepah dibuang. Masa itu dah tak guna lagi.... Marilah menyokong perjuagan UMNO yang berjuang demi Islam,bangsa serta negara kita

Unknown berkata...

Terima kasih dol kaki rempit. Aku sokong hang dengan sepenuh hati dan jiwa.

Awanama berkata...

assalamualaikum..
suruh semua bini menteri pakai tudung dulu br boleh ajak sokong umno- menyokong perjuangan umno yg berjuang demi Islam..?

barisan nasional ni umno satu2nya saje atau ada parti komponen lain? mca gerakan ppp mic bukan dlm komponen bn ka?

jefri berkata...

bertaubatlah dol kakirempit dengan pakullazi..... naunzubilah, moga2 tuhan buka hati mereka