31 Julai 2009

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI.

Oleh : M. Firdaus Ibrahim

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada
murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid- murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. ..Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana ten! tu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. .."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

anak murid dulu2 lebih pecaya ckp cikgu dari ibu bapa. lani cikgu pulak dipaksa pecaya ckp mereka dgn ibu bapa

Tanpa Nama berkata...

salam.. alangkah baiknya jika anak2 muda kita ambil iktibar ttg perkara ini.. bukan membaca atau membina cerita yang bukan2 di dalam blog.. semoga Allah membuka pintu hati mereka menjadi insan yang insaf.. Amiin

Tanpa Nama berkata...

tq for the artikel..sy nak buh di blog saya
http://lanunsepet.blogsepet.com

Unknown berkata...

Assalamualaikum.Terima kasih cerita tu. Bagus juga.

Tapi....
malangnya orang Islam..cepat sedar..dan cepat lupa.Macam cerita cikgu tadi.Murid faham,murid insaf tapi hasrat cikgu tak menjadi.Ambil contoh, dah cukup banyak kursus motivasi yang dibuat lengkap dengan LDK.Alamak kalau tengok respons,anak Melayu Islam macam tak ada problem.Pakat sedar semuanya...ada tu pulak menangis-nangis, meronta-ronta dek terlalu insaf.Tapi tak lama...tak sampaipun seminggu, hampas pun tak dak.Kembali perangai lama. Malas mai sekolah,lawan cikgu,merokok....Jadi nak buat macam mana kita ni. Tokoh motivasi kat Malaysia hebat-hebat, selalu muncul kat TV dengan style bermulok-mulok.Habis masyarakat dok macam tu juga.Yang penting fulus.Tak payahlah pegi jauh, saya pernah hubungi seorang kawan(ustaz)minta sampaikan mesej untuk ibu bapa. Bukan dia tanya tajuk apa nak cakap, tapi dia tanya pihak surau nak bagi beghapa duit.Kitapun faham, tak dak niat nak jemput dia free.Minyak kereta, tayar kereta,minyak gear bukan dapat free, kena beli.Jadi tal yah lah tanya berapa duit..buat malu.Kita orang surau akan hulur habuan letih cakap dia. Tapi hulur tak banyaklah. Surau bukan ada duit sangat.Kalau nak harga macam Fazilah Kamsah..susahlah.

saffmukmin berkata...

mahu minta izin utk dicpoy dan oaste kan blog saya..

yes berkata...

Memang banyak kes seperti yang di katakan oleh saudara Pakullazi. Kalau tak percaya lihat sahaja masjid atau surau yang dalam kawasan mewah, selalu saja dapat ustaz untuk mengajar, tetapi surau atau masjid yang tidak mampu membayar banyak pada penceramah.....jawabnya susah nak dapat ustaz. Kalau ada pun hanya mereka yang betul betul nak menyebarkan ugama kerana Allah lah yang sudi datang.

Kita faham ustaz juga cari rezeki, tapi tak semestinya cari mersedes mata belalang atau 4 wheel drive. Kalau ada perniagaan lain ok lah, tetapi dengan berniga ayat ayat Quraan saja rasanya tak patut.

Kalau para ustaz pun begini, macam mana nak sedarkan rakyat yang jahil bahawa harta dan wang ringgit jangan jadikan tujuan utama dalam hidup

Unknown berkata...

Asalamualaikum,

Terima kasih kerana respons. Pada yang minta nak copy komen saya. No problem.Idea tu walaupun datang daripada saya, tapi kalau ALLAH tak datangkan idea, tentu tak leh tulis.

Salam - PAKULLAZI

Tanpa Nama berkata...

memang patut bagi saguhati kat orang yg mengajar kita tentang agama ni.korang ni xpandai berterima kasihla.xberbaloi pun yg korang bagi tu banding nge masa dan tenaga yg dia curahkan utk bawa kesedaran pada masyarakat yang makin buta agama ni.ni pun nk pertikai..apala..