31 Julai 2009

Kenyataan Media 3/2009 / ISA Haram atau Himpunan Haram ?

Berikutan dengan kenyataan terbaru Mufti Perak, Harussani Zakaria, yang berkata jika perhimpunan yang boleh mendatangkan huru hara, maka adalah haram mana-mana pihak untuk menyertainya apatah lagi perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Nampaknya Mufti Perak ini cuba berpolimik dalam persoalan yang remeh-temeh dan tidak mengeluarkan pandanganya dalam persoalan yang lebih besar dan penting. iaitu Adakah ISA itu Halal atau haram disisi hukum Islam.

Sehubungan ini saya suka mengeluarkan kenyataan seperti berikut :

1. Ternyata semakin di penghujung jawatannya Mufti Perak menambahkan lagi koleksi peribadinya dengan mendiamkan diri dalam banyak hal yang diperlukan jawapan yang segera dalam banyak perkara, dalam masalah ini sebelum 1 Ogos rakyat Malaysia ingin tahun adakah ISA bersesuai dengan Islam atau tidak, manalah tahu ada nash dalam Al Qquran dan Sunnah yang boleh dihujjahkan bagi menghalalkan atau paling tidak mengharuskannya.

2. Khusus kepada rakyat Perak, Kem Tahanan yang terletak di kamunting adalah gambaran yang tidak baik sekiranya undang-undang yang haram itu diteruskan, dan kita akan berbangga kalau ia harus atau halal , biarlah dia berada di perak, dan kita berbangga kerananya.

3. Mengeluarkan pendapat mengenai halal atau haram berhimpun dan dikaitkan dengan permit, macamlah Harussani menjadi jurucakap kepada pasukan keselamatan pula ?

4. Adakah mengeluarkan kenyataan berhimpun tanpa permit disandarkan dengan dalil dan nash yang mana, kalau pun sebetulnya yang menghuru-harakan setiap perhimpunan adalah pihak lain, bukannya kami yang berhimpun. Sepatutnya Harussani juga mengeluarkan pandanganya kepada pihak yang menghalang rakyat berhimpun dengan aman, halal atau haram hukumnya.

Demikianlah kenyataan saya.

30 July 2009

Drs. Khalil Idham Lim
Ketua Penerangan PAS Perak.

15 ulasan:

Awanama berkata...

sebenarnya kenyataan org2 spti inilah yang mencelarukan(huru-hara) islam.beliau sebagai seorang ilmuan dlm islam patut lebih tahu halal haram bukannya ikut telunjuk pemerintah yg zalim.sebagai seorang mufti jika mengeluarkan sesuatu kenyataan patut lebih berhati2 kerana boleh menyebabkan ramai org awam lebih keliru yg mana betul atau tidak.seorang mufti amat dipandang tinggi oleh semua orang.harap beliau dpt muhasabah diri selepas ini .WASSALAM

Awanama berkata...

ehemmm. apa nak jadi dgn malaysia ku

Awanama berkata...

Perhimpunan selalunya akan mula menjadi huru hara bila pihak keselamatan mula menembak gas pemedih mata, mengejar dan menangkap orang2 yang berhimpun..oleh itu sebagai Mufti, Harussani harus menasihat pasukan keselamatan janganlah mengganggu orang hendak berhimpun,nanti hukumnya jadi haram, bila haram tu tentulah berdosa..

Awanama berkata...

Biasalah mufti cari makan bang,nanti mis soru plak.kalau tang cita permit,Permit konsertka ,nyanyika ,nari nari ka,cepatlah dapat,ni ari pohon semalam dah lulus.itu ari sure heboh punya fatwa amacam haram ke halal.Jadi jugak,kira halalla.Well you pun tau i kan.

anak tokpeti berkata...

ISA tu Harussanasini kut? ish ish ish dunia..dunia ...ada ilmu pon tertipu.

yes berkata...

Harussani sepatutnya bukan membincangkan tentang perhimpunan haram tetapi tentang anak haram yang ramai di negara ini. Apakah sebabnya dan apa yang harus di lakukan agar perkara ini tidak berterusan.

manjailu berkata...

haram..haram dapat tan sri terus jadi harus...!

Awanama berkata...

dah ,malas nak komen,,,lantak la dunia aper nak jadi,,,ade mufti pun tak bole nak bagi nasihat yg betul,,tak boleh pakai...keliru lagi mengelirukan..jawap la esok kat akhirat...

jebat berkata...

salam perjuangan ...

bila Si Tuah alaf 1 Malaysia keluar .....
berkorban apa saja ... agama & maruah
apa yg digenggam tidak menjadi abu kerana mengapai bintang dilangit ...
lupakan bumi yg dipijak kerana dongak langit yg dijunjung ...
mabukan kuasa & nama terlupakan janji setia ...
kerana angau sumbanglah langkah

Awanama berkata...

Dimana Harussani letak hadis nabi mengenai Ulama Ussu....?

Awanama berkata...

Beliau bukanlah seorang Mufti dan hanya fizikal sahaja.Secara Roh tidak ada.Hanya diluaran .Dengar boleh hayati jangan.

toksagor berkata...

Harussani perlu tahu dan prihatin perkara-perkara di bawahL:
1. Haram pihak atau kumpulan tertentu menganggu pihak-pihak yang ingin berkumpul secara aman berniat untuk menghapuskan akta yang nyata zalim.
2. Haram bagi pihak kerajaan meluluskan permit konsert maksiat yang biasanya diluluskan dengan segera bukannya permit perhimpunan aman dalam usaha untuk menghapuskan akta ISA yang nyata zalim dan kejam itu.

Awanama berkata...

tak taulah apa nak jadi...musykil agama patutnya tanya mufti tapi mufti pun pening ....nak tanya siapa pulak????

Awanama berkata...

Renungilah mereka yang telah kehilangan tempat bergantung kerana ISA. Apakah ada pihak yang bertanggungjawab memastikan keluarga mangsa terjamin untuk menyambung hidup?

dfario berkata...

Ingat, tuan mufti pun tidak akan terlepas drp hukuman Allah S.W.T. Tuan mufti juga dipertanggungjawabkan utk menegakkan agama Allah. Sendiri mau ingatlah...