31 Julai 2009

Utusan mohon maaf kepada Tok Guru Nik Aziz

BERIKUT PERNYATAAN PERMOHONAN MAAF DIPETIK DARIPADA UTUSAN MALAYSIA ONLINE HARI INI



PERMOHONAN MAAF

Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.

YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.

Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.

Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.

Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.

IKLAN@UTUSAN

5 ulasan:

Awanama berkata...

saman jangan tak saman. senanglah macam tu, buat berita buruk pastu senang2 minta maaf, kalu ada pembaca yang aktif mcm saya tak pelah tahu kata utusan minta maaaf, macammana dgn org kg yg tak tahu apa???? (bkn semua).utusan nie mmg kurang ajar, senang2 minta maaf, kalu nak minta maaf biar keluar minta maaf kat muka depan, besau2 macam fitnah dulu.

member pencen keramat berkata...

Kami harap Tok Guru Nik Aziz tidak akan tarik balik saman tersebut, kita ajar orang yang kurang ajar,bagi orang malu atau pun macam2 fitnah senang aja nak minta maaf soryyyyyyyyyyyyyyy la

Awanama berkata...

dah minta maaf pun tak gak leh terima, kalau tak mint maaf lg la melalak serata dunia..... ape la korang ni......

Suhaimi Said berkata...

Ya, teruskan saman, sbb puak-puak tu bukan tahu malu, kerja dia nak bruukkan pembangkang tak sudah-sudah. "Pergi jahanamlah UMNO tu"

ubatkuat berkata...

peduli ape aku kalau aku suruh tok guru saman gak akhbar ala2 yahudi pendusta rakyat tu sampai kiamat,,pi mampus korang dengan ego korang..ajar sikit sama diaorang tok guru,,jangan kasi can ,,almaklumkan tok guru bukan maksum macam nabi yg diaorang gembur gemburkan ye tak????teruskan