01 Ogos 2009

YB Hamdan dalam Kenangan

BIODATA

MOHD HAMDAN ABD RAHMAN

Bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, juga merupakan Calon Barisan Alternatif yang mewakili PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS), bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.11 PERMATANG PASIR di Kawasan PERMATANG PAUH. Berkhidmat sebagai ADUN N.11 Permatang Pasir selama 2 penggal (1999-2004 dan Penggal 2004-2008). Berumur 59 Tahun, beristeri dan mempunyai 6 orang cahaya mata.

Pendidikan/Latihan.

* Mendapat Pendidikan awal di Sek. Wan Mohamad Saman, Sg Korok, Alor Setar, Kedah.
* Dipilih memasuki Special Malay Class Di bawah Jabatan Pelajaran negeri selama 3 Tahun.
* Lulusan Senior Cambridge Pada Tahun 1965.
* Mendapat pendidikan Agama Islam di bawah Majlis Agama Islam, Kedah sehingga tamat Tahun IV pada tahun 1968.
* Mengikuti Program Intensif Pentadbiran Awam di Institut Tadbiran Awam (INTAN) Pada Tahun 1975.
* Mengikuti Kursus Pentabiran Umum di Kolej Pentadbiran & Latihan Kastam & Eksais Di Raja Malaysia di Melaka Pada tahun 1977.

Pengalaman Berkerja :

* Pernah berkhimat sebagai Guru Bahasa di Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah dari tahun 1965 - 1966.
* Berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbir dalam Kerajaan Negeri Kedah mulai tahun 1966 sehingga 1977.
* Berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbir di Jabatan Kastam & Eksais Di Raja Malaysia dari tahun 1977 sehingga 1983.

Jawatan Dalam NGO :

* Pernah menjadi AJK Majlis Belia Malaysia peringkat negeri (MBN) dalam tahun 1973.
* Pernah menjadi Pengerusi ABIM Bahagian Alor Setar bandar serta Setiausaha ABIM Negeri Kedah dari tahun 1973 hingga 1976.
* Pernah menjadi AJK PEMADAM Negeri Pulau Pinang, mewakili PAS negeri dari tahun 1989 - 1999.
* Menjadi AJK PEMADAM Daerah Seberang Perai Tengah mulai 2008.

Penglibatan Dalam Politik:

* Pengarah Bilik Gerakan PAS Negeri dari Tahun 1983 - 1986.
* Bendahari badan perhubungan PAS negeri Pulau Pinang 1985 - 1989.
* Ketua Lujnah Penerangan PAS Kawasan Tasek Gelugor dari Tahun 1984 - 1986.
* AJK Lujnah Ekonomi Dewan pemuda PAS Pusat 1985 - 1986.
* Yang DiPertua PAS Kawasan Kepala Batas 1989 - 1997.
* Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Negeri Pulau Pinang 1990 - 1998.
* Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang 1989 - 2003.
* Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang 2007 - 2008.
* Ahli Dewan negeri Pulau Pinang. 1999 - 2004 (Penggal Ke-10).
* Terpilih semula sebagai Ahli Dewan negeri Pulau Pinang dari 2004 - 2008 (Penggal ke - 11).
* Terpilih semual sebagai Ahli Dewan Negeri Pulau Pinang. 2008 - (Penggal Ke-12).



14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga rohnya dicucuri rahmat.

asmawardah berkata...

innalillahi wa inna ilaihi raaji`uun...

mAlonG Sufina berkata...

semoga roh mu ditempat bersama orang orang yang beriman serta diredhai Allah .... amin

Tanpa Nama berkata...

semoga rohnya dicucuri rahmat..amin

azmal berkata...

Pohon Bang Mat Sabu bersedia, anda sesuai mengisi kekosongan di Permatang Pasir.

Semoga roh Hj Hamdan diletakan bersama orang-orang soleh.

Gedong Lalang berkata...

Selamat sejahtera pembaca budiman.

Innalillahi wa inna ilaihi raajiun semoga roh mu ditempat bersama orang yang beriman. Kepada seluruh keluarga allahyarham di ucapkan takziah dan dapat bersabar diatas dugaan ini.

Bagi PRK Permatang Pasir yang akan dijalankan nanti saya rasa Sdr Mat Sabu adalah calon yang paling layak untuk mewakili Pakatan Rakyat. Walaubagaimana pun itu bergantung kebijaksanaan pemimpin Pas untuk memileh calon tersebut.

Anak Sungai Derhaka berkata...

Assalamualaikum W.B.T YB...
minta izin nak copy dan paste artikal ni masuk blog saya..

Tanpa Nama berkata...

(MAT SABU..MAT SABU..MAT SABU...MAT SABU )PERJUANGAN BELUM SELESAI. HUDUD TETAP DITERUSKAN PERJUANGANNYA .HIDUP KAN HUKUM ALLAH SELAGI KITA BERNYAWA.YANG TELAH MENINGGAL ITULAH KEADILAN BAGINYA UNTUK MENUAI HASIL DI AKHIRAT ATAS APA YANG DIPERJUANGKAN SEMASA HIDUP. SEMOGA ALLAH MENERIMA HASRAT NYA UNTUK ISLAM...

ibnu bocaay berkata...

salam. arwah memang dah dua tiga kali tolak nak jadi adun sebab tak sihat tapi sebab arwah memang seorang yg betui betui berkhidmat untuk rakyat memanjang tak diperkenan je. sama je macam cerita arwah pak su wei, manek urai. hopefully semua adun pas and pr later org akan kata macam ni.

ibnu bocaay berkata...

salam. actually ustaz salleh man (psuruhjaya penang) pun ok gak jadi calon. ramai org kenai kat penang or ustaz sobri arshad. ni dun punya pilihanraya. bukan parlimen. choose org kat around sini pun ok. bukan abg mat tak layak!! amat layak tapi abg mat lagi amat bagus p parlimen

Ubaid Madani berkata...

Mudah2an rohnya ditempatkan bersama orang2 yang solih, jangan dok fikir Mat Sabu ke Sapa ke...berdoa dulu dan insaf diri yang kita pun akan mengikutnya nanti..apa persediaan kita? bukanya persedian PRK...Semoga Allah mengampunkan dosa2 kita dan almarho YB Hamdan

hilmi berkata...

saya sokong mat sabu jadi calon.Banyak pengalaman, matang, berjiwa rakyat, tahan lasak, hebat, pandai berhujah, apa lagi nak kate..calon kan dia. Takbir!

Tanpa Nama berkata...

Af fatihah.
Semuga ditempatkan almarhum besama org2 yag betakwa dan saleh. SEgala baktinya utk rakyat ALLAH jua membalsnya.Semuga ALmarhum berbahagia dan perjuangan rakyat terus bersemarak....
Salam perjuangan Permatang Pasir
ALLAH AKBAR

aini

ubatkuat berkata...

alfatihah....
takbir