27 Ogos 2009

500 Ahli UMNO tidak keluar mengundi

Oleh : Ahmad Baei Jaafar

Syabas dan tahniah kepada calon PAS kerana memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar walaupun merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai pada pilihan raya umum tahun lepas. Calon PAS, Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN, Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882 daripada pilihan raya lalu. Namun kekurangan ini sudah dijangka kerana pengundi dari luar kawasan tidak mendapat cuti, selain menganggap bahawa calon PAS akan tetap menang walaupun tanpa kepulangan mereka.

Walau bagaimanapun kekalahan calon BN yang jumlah undi yang diperoleh lebih rendah dari sebelumnya, amat tidak diduga. Ahmad Sahar Shuib memperoleh 5,571, manakala Rohaizat hanya mampu mengumpul 5,067 undi. Kekurangan lebih 500 undi daripada orang UMNO adalah tamparan hebat buat Perdana Menteri dan Timbalannya.

Jelas di sini sebahagian Ahli UMNO tidak keluar mengundi kerana protes kepada calon dan pemimpin UMNO sendiri. Dengan kekalahan ini seharusnya menyedarkan pemimpin UMNO dan ahli semua bahawa mereka sudah ketandusan pemimpin yang berwibawa. Pemimpin yang ada sekarang sudah tidak bernilai kepada mereka lagi.

Sekali lagi tahniah kepada ADUN baru dan PAS Pulau Pinang, semoga pada pilihan raya akan datang, banyak lagi kerusi diberikan kepada PAS. Selamat bertugas kepada ustaz Mohd Salleh Man, dan tengok-tangoklah kampung keluarga saya, Sama Gagah yang masih ketinggalan itu.

Selain itu, jika sudah menerajui Majlis Agama Islam Pulau Pinang, lihat-lihatlah kelemahan pengurusan agama dan perbaikilah dengan segera. Harta wakaf perlu dilihat semula dan diberi nafas baru. Islam dan umatnya mesti lebih mulia dan baik daripada orang lain. Jadi, pentadbiran agama Islam perlu lebih canggih daripada pentadbiran lain.

5 ulasan:

mantul berkata...

Salam YB,

Tahniah menang lagi

Abdullah Ngah berkata...

kemenangan calon PAS di Manek Urai dengan majoriti 65 (yang maknanya rukun iman 6 perkara dan rukun Islam 5 perkara) undi membuat hati perdana menteri dan timbalannya gembira bangat.

Kata perdana menteri dan timbalannya, ini menunjukkan UMNO sudah pulih dan mula mendapat sokongan.

Apa pula dengan keputusan pilihanraya kecil DUN permantang Pasir itu.

Kemenangan PAS dengan majoriti 4,551 yang dikatakan merosot sejumlah 882 undi berbanding PRU 12.

Apakah UMNO sudah pulih dan mendapat sokongan semula?

Bagaimana dengan 500 pengundi UMNO tidak keluar mengundi itu.

Kalau betul dengan dakwaan itu, ini menunjukkan yang UMNO sendiri tidak mahu pada UMNO. Kalau orang umno sendiri tidak mahu pada umno apatah lagi yang duduk atas pagar.

Mungkin pilihanaraya kecil DUN Permantang Pasir tidak dilakukan macam pilihanraya kecil DUN Manek Urai, sebab itu hanya 882 sahaja yang dapat diraih.

Maksudnya, tidak diberi wang macam diberi wang kepada rakyat di manek Urai yang juga tidak berbaloi.

Wang ada di peruntukan tetapi tidak dilabur, kerana lebih baik masuk dalam saku para pemimpin masing masing kerana jika dilabur pun pasti tidak berbaloi.

Rakyat undi Umno di manek Urai kerana dapat banyak wang bukan memberi sokongan pada UMNO.

Itulah hakikat dan realitinya.penganalisis politik negara juga beranggapan demikian. Oleh itu jangan harap UMNO boleh pulih dan dapat sokongan rakyat.

Lebih lebih lagi presiden dan timbalannya seorang pelakon dan telah mempamerkan watak buruk disamping menanam tebu dibibir mulut dengan kata kata rakyat didahulukan untuk tutup aib perilaku dua insan yang jelas berpanduankan iblis dan syaitan.

anak bagan datok berkata...

Pengundi masih terguris dengan sikap Pengarah Pilihanraya BN Dato Zahid yg membuat hubungan dengan Israel laknatullah.

Tanpa Nama berkata...

tidak tepat jika berpandangan begitu..
bole juga dikatakan PAS kurg hampir 1500 undi,jika berpandangan ahli UMNO lebih 500 tidak keluar mengundi.adakah ketidakpercayaan kepada tuan presiden atau pemimpin lain?TIDAK! ini semua keran a peratusan keluar mengundi kurg.

IRON MASK berkata...

500 undi yang umno tak dapat tu....sebenarnya...pengundi yang dah kalih ke PAS....sebab apa....pengundi BN umno ni.....99% adalah dari mak cik mak cik, pak cik pak cik, abang abang, kakak kakak yang tak dak kerja tetap....atau pun yang jenis karat biru tebal 2 inci......ana rasa pengundi yang duduk kat luar pmtg pasir tu 99% adalah pengundi PR/PAS....sebab depa nih dah open minded....depa dah nampak kemungkaran yg bn umno duk buat kat malaysia.....tapi pengundi yg karat biru tebal 2 inci ni....sumber maklumat depa hanyalah tv3 suku, rtmumno, berita hairan dan utusan meloya....tu sebab depa mcm katak bawah tempurung....