04 Ogos 2009

Drs. Khalil :Semangat gotong royong bersih surau perlu dicontohi



PARIT BUNTAR, 2 Ogos :- Semangat gotong royong yang ditunjukkan oleh jemaah Surau Kampung Perak perlulah dicontohi oleh mesjid dan surau yang lain, demikian kenyataan ringkas ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, Semasa singgah menyaksikan jemaah surau tersebut sedang bertungkus lumus membersihkan rumah ibadah yang terletak di pinggir jalan sebelah kanan dari Simpang Tiga ke Titi Serong.

Pada kesempatan itu ADUN titi Serong dimaklumkan tentang kegiatan rutin tersebut dilakukan seboleh-bolehnya setiap tahun sebelum bulan Ramadhan tiba.





Tiada ulasan: