05 Ogos 2009

Mat Sabu bertanding di Pmtg Pasir?

Selepas dua kali pilihanraya kecil melibatkan PAS di Semenanjung, nama Mohamad Sabu sekali lagi disebut-sebut untuk mewakili parti pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Selain penceramah politik popular itu, yang juga timbalan pesuruhjaya II PAS Pulau Pinang, nama pesuruhjaya PAS Salleh Man juga muncul.

Pilihanraya kecil DUN itu akan diputusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat susulan kematian penyandangnya Datuk Hamdan Abdul Rahman akibat sakit jantung, Jumaat lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan berkata, suara akar umbi PAS umumnya mahu Salleh atau Mohamad bertanding sebagai calon PAS.

Tambahnya, selain dua tokoh pemimpin tersebut, PAS kawasan juga mempunyai beberapa lagi calon berpotensi untuk mewakili parti itu.

"Calon yang mesra rakyat, yang turun dalam program bersama rakyat," katanya, menjelaskan ciri-ciri calon yang akan dipertaruhkan oleh parti itu.

Permatang Pasir antara tiga DU dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, nama Mohamad turut disebut-sebut menjelang berlangsungnya dua pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Januari lalu dan Bukit Gantang, April lepas.

MalaysiaKini/-

14 ulasan:

ubatkuat berkata...

saya rasa biarlah abg mat menjadi tulang belakang disebalik layar perak parti islam iaitu,,pas..bukan tidak berkebolehan dan tiada karisma,,tapi tunggu dan sabar,,insyaAllah

TAKBIR TERUS TAKBIR RAKAN2 KU

ali.alor setaq berkata...

Sama seperti ulasan saya yang lepas sokong ABANG MAT 200%.

muryadi berkata...

Saya lebih minat kalau abg Mat Sabu diletakkan di peringkat Parlimen...

Gaban Kuantan berkata...

Kelebihan UMNO, kebanyakan calon mereka lebih muda. Orang muda lebih bersemangat dan mempunyai stamina tinggi. Ramai ADUN PAS orang pencen. Jadi slow sikit.

Tanpa Nama berkata...

Jangan kasi chan. kita titik umno skali lg dan Abang Mat Sabu memang sesuai bertanding di Pmtang Pasiaq

Hj Mat berkata...

Mat Sabu kita dah lihat bagaimana hebatnya beliau berdebat didalam dewan rakyat tapi kita belum lagi lihat Pesuruhjaya PAS PP Ustaz Saleh Man. Apa kata kali ini kita berilah kepada Ustaz saleh pula menunjukan kehebatan beliau saya rasa Ustaz saleh pun apa kurang nya.

IRON MASK berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
IRON MASK berkata...

salam....sorry sorry sorry.....saya lupa plak drs khalil juga dah jadi adun titi serong.....aiseymannnn...mcm mcnc bleh lupa daaaa.....

Tanpa Nama berkata...

Drs,Sependapat dgn akar umbi.Sdra Mohammad Sabu calon terbaik buat para pengundiBerkarisma dan tahan uji.Apa pandangan YB? Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

kedua2 calon tu ok,tapi lebih ok kalu PJ sendiri yg jadi calon,tak payah berulang alik,setuju kalu mat sabu tanding parlemen,,

david ahmad muniandy berkata...

Kalau Mat Sabu memerintah Permatang Pasir, orang yang pertama aku nak berguru dengan dia untuk belajar ilmu agama, jadi apa salahnya aku nak belajar agama dengan guru mat sabu.

Orang Permatang Pasir ni dah lama menunggu-nunggu PAS memerintahnya,
semoga politik Allah menang.

Tanpa Nama berkata...

BOLEH JADI EXCO .LIM TAK KAN TAK BAGI KOT. KAWAN RAPAT DIA MASA ISA DULU

Tanpa Nama berkata...

sokong 300% abang mat

Tanpa Nama berkata...

bagilah orang lain pulak